28 March 2012

Aktiviti Dalam Tren

Perjalanan hampir tiga jam ke KL Sentral gara-gara Ibu diorang ni salah beli tiket. 
Patut beli tiket ETS. Tapi beli tiket tren biasa. *sengal
Nasib baik Khalish naik tren je tidur. Adik kena leka kan dia tengok video Upin Ipin dalam fon.
Asalkan diorang tak mengamuk dan buat sesi lawatan dalam tren dah cukup baik.
Lain kali kita boleh balik Melaka naik tren ye nak....>Ayah budak2 ni keje, tu pasal tak ikut sama.

22 March 2012

Kisah Kelambu Kami (eh, nenek punyalah)

Khalish dan Ilhan tak pernah tidur berkelambu. Kalau ada, kelambu baby macam tudung saji ketika mereka berusia bawah tiga bulan. Lepas tu, kelambu berkenaan disimpan dalam kotak sampai sekarang.

Ayah mereka juga tidak pernah tidur dalam kelambu. Maklum le, orang bandar. Kan En Bapak kan. Tapi, akhirnya merasa juga pengalaman orang kampung ni.

Semasa berada di Melaka selama sebulan tempoh hari, mereka berpeluang (tiga malam sebenarnya) menikmati pengalaman tidur berkelambu di rumah moyang mereka.

Teringat saya semasa hayat atuk, jika tidur malam wajib pasang kelambu di bilik kecil arwah. Kalau tak pasang kelambu, tak lena lah jawabnya.

Malam pertama bermalam di rumah nenek, saya enggan memasang kelambu kerana risaukan anak-anak kepanasan. Namun, tidak lama selepas membentangkan tilam, saya membatalkan niat berkenaan kerana lebih risaukan kami yang berdarah-manis ini bakal menjadi 'hidangan' untuk nyamuk-nyamuk yang berkeliaran.

Khalish hanya melihat saja perlakuan saya menggantungkan tali kelambu di empat penjuru ruang. Diam tapi berminat. Ilhan pula merengek mahukan tali untuk dibuat mainan. (Ilhan memang minat benda-benda bertali untuk dijadikan bahan mainan).

Selepas itu, saya ajak mereka masuk dengan segera-cepat-dan tangkas (untuk mengelakkan nyamuk sekali masuk). Selepas masuk, Ilhan mula meronta mahu keluar. Selepas dipujuk-pujuk, barulah dia mula menyesuaikan diri.

Lepas itu, lain pula ceritanya. Dia mula mencucuk lubang-lubang kecil yang ada di jaring kelambu. Pergh...kalau dibiarkan maunya Ilhan bikin laluan masuk untuk nyamuk pula.

Dah tu pula, siap main gegar-gegar kelambu sampaikan malam kedua kami bermalam di rumah nenek, salah satu tali kelambu terputus. Ilhan, Ilhan...Nasib baik ada tali lain untuk diganti.

Tidur dalam kelambu memang panas ok. Jalan penyelesainnya, saya pasangkan kipas lain di penjuru kelambu supaya tidur kami nanti tidak kepanasan. Hingga ke Subuh, lena kami diulit mimpi tanpa gangguan nyamuk. Yeah, ada kelambu tiada shieltox. hehe...
ceritaceriti: sekarang ni kelambu pun ada yang moden tau. Macam-macam bentuk seperti khemah dan kubah pun ada. Yang kecil macam kelambu baby pun ada, tapi versi dewasa la.

15 March 2012

Tenanglah Atuk di sana

Isnin lepas, genap sebulan Atuk pergi mengadap yang Maha Esa. Moyang kepada Khalish dan Ilhan menghembuskan nafas terakhirnya selepas hampir sebulan terlantar akibat patah tulang pinggul dan peha selepas menunaikan solat.

Masih terbayang dalam kotak ingatan kenangan manis bersama arwah atuk ketika kecil. Memandangkan saya dan adik-adik adalah cucu yang paling dekat dengan atuk dan nenek, saya pernah menikmati zaman kanak-kanak sebagai 'kampung girl' yang sangat manis.

Bersara sebagai tentera yang pernah ke Congo, atuk menghabiskan sisa usianya di kampung halaman dengan membuat kerja-kerja kampung untuk mengisi masa lapang dan menambah sumber pendapatan.

Saya pernah menemani atuk ke laut untuk menarik jaring dan merasa pengalaman menolak dan menarik sampan ke laut. Perit panahan matahari dan kemasinan air laut saya lupakan seketika kerana seronok meredah ombak laut bersama atuk dan hasil tangkapan.

Saya juga pernah meredah ladang getah selepas subuh menemani atuk dan nenek menoreh. Itu pun setakat jadi peneman membawa bekalan sambil beraktiviti menampar nyamuk. Seingat saya, kerja yang pernah saya bantu adalah membantu memutar mesin untuk menipiskan getah beku yang telah dipijak dan dinipiskan.

Getah keping yang telah siap dimesin akan dibawa pulang untuk dijemur hingga kering (ladang dan bangsal letak kira-kira satu kilometer dari rumah atuk). Selain itu, atuk juga gemar membawa cucu-cucunya naik motor ke kedai untuk membeli rokok. Kami juga diizinkan membeli jajan kegemaran sebelum pulang.

Atuk seorang ringkas, suka berjenaka dan tegas. Kami selalu diberi nasihat yang berguna bergantung kepada situasi yang berlaku. Seorang penghisap rokok tegar sejak usia muda, rokok berkotak hitam emas sering menjadi pilihannya.

Makanan kegemaran beliau adalah nasi yang dimakan bersama santan, durian dan gula merah. Paling ringkas, adalah biskut tongkat yang ditumbuk bersama kelapa parut dan gula merah. Minuman kegemarannya pula adalah kopi dan air sirap.

Aduhai, banyak kenangan menerpa di minda tatkala menulis memori ini. Saya pasti Khalish juga masih terkenangkan Tuk Yangnya apabila terlihat gambar kenangan dalam blog Aku Bapak dan album kami. Soalan "mana Tuk Yang" seringkali meniti di bibirnya.

Manakan tidak, ketika atuk berada di Hospital Melaka selama hampir tiga minggu, kami kerap ke sana menziarahi. Bila pulang ke rumah pula, saban petang Khalish (kadangkala memimpin Ilhan) pergi ke rumah atuk untuk bermain.

13 Februari 2012 jam 3.30 pagi adalah detik atuk menghembuskan nafasnya terakhir. Sejujurnya, saya dan emak tidak berasa kehilangannya kerana seolah-olah kami telah bersedia dengan pemergiannya. Manakan tidak, sejak terlantar sakit, boleh dihitung berapa suap atuk jamah dan berapa teguk ditelannya setiap hari. Kami terutamanya nenek dan emak hiba mengenangkan keadaan atuk.

Suasana paling hiba ketika nenek mencium dan menatap jenazah atuk buat kali terakhir. Sungguh...air mata kami yang ada ketika itu turun mencurah tatkala nenek bercakap perlahan dengan nada bergetar..."awak rehatlah sepuasnya. nanti kita jumpa di sana ye.." Sungguh...itu adalah sesi paling menyedihkan pernah saya tempuh.

Terima kasih kerana menjadi atuk yang pernah mewarnai dan membahagiakan saya dan keluarga. Semoga atuk di tempatkan di kalangan orang-orang beriman.

Al-Fatihah.








05 February 2012

Bila Isteri Cuti Sebulan

Genap seminggu saya dan anak-anak balik kampung di Melaka.

Balik kerana untuk membantu apa yang patut untuk majlis perkahwinan adik, Hakimah yang akan berlangsung hujung bulan ni. So, sebagai perancang perkahwinan tak rasmi ni, boleh katakan jadual agak padat dengan macam-macam aktiviti.

Disamping merangkap driver tak rasmi (sebab adik-adik lain tak balik lagi), saya sibuk bantu mak buat hantaran, teman Mak menjemput, beli barang untuk hadiahkan tetamu dan macam-macam lagi. Secara tak langsung aktiviti Khalish dan Ilhan juga agak padat sebab mereka kan handbeg saya yang akan dibawa kemana saja. hehe...(padahal ibu mereka ni banyak pakai beg sandang jer). hehe...

Khalish sekarang pagi dan petang akan ke rumah moyangnya yang hanya beberapa langkah dari rumah mak. Nak tengok Tok Nyang katanya. (Atuk saya yang berusia 84 tahun baru saja pembedahan tulang peha akibat terjatuh ketika solat tiga minggu lalu.). Rasa belas sebab Atuk yang selama ini aktif ke sana sini terlantar atas katil saja. Mujur kesihatannya makin bertambah baik.

Ilhan pula, pada usia 1 tahun tiga bulan baru dapat keyakinan berjalan. Letih juga nak mengejarnya. Masuk bilik keluar dapur terus ke hall. Sorry ye B, tak dapat nak upload gambar sebab tak de card reader plus kamera pun tak bawa.

Ni pun ikut adik kejap gi cc dan terpaksa menaip sambil mata perhati Ilhan meronda sana sini. Mujur Khalish ikut atuk nenek pergi jemputan kahwin sambil menjemput sekali. Kalau tak maunya mereka bergabung tenaga kat sini.

Rasanya cukup setakat ni, buat Ayah kepada anak-anak saya, jaga diri ye B. Jangan lupa balik dua minggu lagi tau. Jaga diri semua. muaahhsss...


























25 January 2012

Sawadika Hatyai (last part & tips)

Hari terakhir di Hatyai.
Berpagian kami terpacak depan hotel cari tuk-tuk untuk ke Pasar Pagi (caj tambang 20baht seorang). Lepas breakfast di tingkat atas, kami meneruskan misi mencari kasut, baju dan ole-ole makanan.

2 jam di sana bagaikan tidak cukup tangan-kaki untuk ronda seluruh kawasan. *terbayang alangkah bagusnya si kecik berdua ni tak ikut. hehe...

Lepas checkout jam 12 pm, kami menumpang barang di hotel dan sambung ronda di area Lee Garden Plaza untuk kali terakhir.
Sempat ke Swensen's menikmati ice-cream basket dengan harga rm11++. Sangat sedap seperti baskin.robin.
Saya tersenyum melihat staf Swensen's menghulurkan crayon dan kertas lukisan untuk diwarnakan tatkala Khalish dan Ilhan mula tak reti duduk diam-diam sementara menanti aiskrim sampai. Syukurlah, mereka cool seketika.

Selepas itu, kami naik ke tingkat atas untuk melihat Idea's Market (dibuka Sabtu dan Ahad sahaja). Tertarik melihat barangan buatan tangan yang sangat comel dan kreatif. Malangnya, sempat mencuci mata hanya 15 minit sebab Khalish tak mahu tinggalkan sini....*iskhh...ibu kuciwa tak dapat round habis.
Seterusnya, last shopping di kawasan kedai berhampiran. Sampaikan siap tukar lagi 1000baht sebab kehabisan wang. pheww...
Dan penghabisannya, tapau nasi goreng daging merah kat restoran Salma {tom yam, kerabu mangga, kerabu mihun terbaek}. En Bapak sempat lagi sambar kacang chiangmai yang dijual di tepi jalan. Rasa lemak, tapi bila makan banyak2 rasa melekat di lelangit. Masa ni baht dah habis, bayar dengan RM10 terus sanggup posing konon sedang berkandar kacang. hehehe...
Dalam jam 2.30ptg, laju-laju ke hotel dan terus ke stesen keretapi. Masing-masing leka bergambar sementara tren sampai. Bergerak jam 4 petang ke Padang Besar.
Bersama adik & sepupu2
Ilhan si penjaga beg
Bersama putera2 hati beta
  Ini pula adalah sebahagian ole-ole dari Hatyai-Songkhla. 


Tak rugi beli pes kari hijau dan tom yam botol besar. Bila dimasak rasa macam tom yam asli thai. Sayang tak jumpa pes laksa thai. Mungkin di Danok ada kot. Buah mata kucing kering pun sangat enak dimakan begitu sahaja atau dibuat air. Sebahagian ole-ole lagi telah selamat dikirimkan untuk keluarga Melaka dan PJ.
 
Keseluruhannya, percutian kali pertama ke luar negara adalah sangat menarik dan menyeronokkan. Seronok sebab berpeluang melihat budaya dan cara hidup negara orang. Harapnya ada peluang untuk singgah ke sana lagi kelak. Insyaallah.

Antara tips ke Hatyai:

1- Book tiket tren pergi-balik sekurang-kurangnya sebulan sebelum tarikh pergi.

Better ambil bed {lagi bgs bed bawah- sbb luas dan tak payah terpanjat2}. Biasanya, koc bed dan 1 lagi koc seat dibawa ke hatyai selepas transit di Padang Besar. Hanya satu trip ke sana setiap hari. Khabarnya, untuk mengelakkan penyeludup bebas keluar masuk.

Siapa suka naik bas, sila pilih bas konsortium dari Shah Alam ada, KL, Ipoh dan Butterworth ada dengan bayaran hanya RM40 sehala *kalau tak silap. Bas ni akan turun betul2 depan Lee Garden Plaza.

2- Booking hotel menerusi agen hotel online.

Caranya, bandingkan harga yang mereka tawarkan dengan harga sebenar hotel. Saya booking menerusi agoda.com. Sangat berbaloi2 dan servis adalah bagus. Boleh juga booking menerusi booking.com atau asiarooms.com.

Boleh juga terus terjah sebab ada banyak bajet hotel di sana. {hotel pink.lady malamnya ada tarian tiang dan hotel regency ada anak kerbau pendek cucuk di jual depannya.*motip: hotel luar biasa.}

3- Jika hendak ke sesuatu tempat, pastikan anda tidak tertipu dengan taktik sesetangah pemandu tuk-tuk yang demand harga lebih tinggi. Deal dulu dengan mereka sebelum naik. Jika mereka tak nak, cari je yang lain.

4- Nak tau makanan halal ke tidak, ada logo halal dan lambang bulan bintang.
5- Jangan lupa mencuba urutan kaki yang sangat best di Hatyai. Tukang urut ada lelaki dan wanita. Saya rekemen tiga kedai betul2 depan Lee Garden Plaza dan kalau urutan badan di spa New Season Hotel.
6- Kalau rasa lapar, dalam tren ada kafe. Tapi, cafenya berada dalam gerabak paling belakang. Kalau dok kat koc bed memang azab le nak tempuh tujuh koc sampai jumpa cafe. Lagi azab, sampai cafe, yang tinggal air dan megi cawan segera. huh...

Sebagai panduan, tren akan singgah di stesen Bukit Mertajam selama 20 minit. So, cepat-cepatlah turun dan beli makanan kat kedai dalam tu. Lambat nanti habis tau kena serbu. Beli dan makan dalam tren senang.
Ok, itu sahaja perkongsian dari percutian kami ke Hatyai tahun ini.
Kapkunkap kerana sudi membaca entry ni. Wassalam.

21 January 2012

Sawadika Hatyai - Songkhla (part 2)

Hari kedua kami di negara jolokan Gajah Putih ini kami ke Songkhla. Dari segi geografiknya Hatyai berada dalam wilayah Songkhla. Jarak perjalanan kira-kira 40 kilometer.

Plan asal adalah untuk menaiki tuk-tuk dengan tambang standardnya 750baht (RM75) bagi perjalanan pergi-balik.

Namun, mengenangkan perjalanannya memakan masa 2 jam, faktor cuaca dan ketidakselesaan Khalish dan Ilhan, kami mengambil keputusan bertanyakan harga untuk sewa teksi atau van.

Rata-rata menawarkan bayaran 1500 baht untuk sewa van manakala untuk teksi (kereta ala-ala Honda Accord) pada kadar 90baht.

Nasib menyebelahi kami, akhirnya terjumpa satu agensi sewa teksi berhampiran restoran Salma menawarkan bayaran 1000baht (RM100) untuk kenderaan MPV yang memuatkan kami semua. Lega juga sebab anak-anak dapat tidur dengan selesa dan kami pun dapat berehat seketika.

Kalau naik tuk-tuk, alamatlah dengan ruang yang terhad dan sah-sah tak de aircond. hehehe...Nak pergi jauh kan, bayar lebih sikit tak pe asalkan semua selesa.

Destinasi pertama kami ke adalah ke Aquarium Songkhla. Bayaran masuk adalah RM20 dewasa dan RM15 bagi kanak-kanak. 

Mula-mula masuk dah berkejar nak tengok live feeding show. Sangat kiut melihat trainer yang bermesra dengan penyu, jerung dan ikan-ikan lain. Kagum seketika.
Khalish tak boleh duduk diam. Kejap-kejap e...fish, kejap-kejap cantiknya ikan...Jenuh En Bapak mengekor dia ke sana sini,
Posing lagi konon macam duta akuarium
Budak ni sempat menangkap ikan nemo lantas menjadikannya topi. Sekor dekat RM30 okey.
 
Masa sampai di Pantai Samila, hujan dan angin sudah mengganas. Ombak kat belakang tu lagi la, risau juga kot-kot la tsunami. Masa ni dok mendukung Ilhan sambil snap pix En Bapak yang berhajat sangat nak bergambar dengan patung ikan duyung tu. 

Bergasakla dalam hujan dengan basah dan seluar habis kena pasir. Dugaan sungguh. 

Selepas itu, kami ke National Museum Songkhla. Mari lihat apa yang kami jumpa. 

Kebetulan, hari berkenaan adalah sambutan hari kanak-kanak Thailand. Maka, banyak aktiviti disediakan untuk kanak-kanak di seluruh negara terbabit.
Gigih maknya mengajar kukur kelapa cara tradisional.

erat Ilhan adalah melebihi berat sekampit beras 10kg ok. Saya kuat...
 Ok, jangan tertipu melihat gambar sebab semuanya adalah berada di sebuah dewan di kaki bukit menuju ke muzium. Muziumnya sinun atas bukit yang lebih tinggi dari bukit St Paul di Banda Hilir ye. Nah...kalau berangan nak naik dengan heels dan muatan lebih, kem salam je la jawabnye. 

Jika cukup stamina, silalah ikut laluan bertangga yang disediakan. Agak-agak dah daki sampai jumpa daun pokok paling atas. Sampailah muzium tu gamaknya. 
Bila digoogle, macam nilah rupa muzium kat atas bukit tu
Lepas tu, pemandu teksi kami bawa lunch berhampiran pantai Samila. Jangan risau, sebab restoran makanan muslim banyak dibuka di sini. Songkhla merupakan wilayah yang mempunyai ramai penganut Islam. Bukankah ramai yang datang ke sini untuk bernikah? {motip? tak de kena mengena dengan cerita. hehehe}.

Sebelah petang, kami balik ke hotel. Lepas berehat selama sejam, saya, adik dan Yam gigih mencari spa untuk memanja diri. Terdapat banyak kedai khidmat urut di sepanjang laluan ke Lee Garden Plaza,  Pilih saja mana yang berkenaan.

Cuma mereka tiada khidmat khusus seperti rawatan badan dan muka.  Dalam iklan di peta, ada spa khas seperti Preuksa Spa, Cenvaree Spa atau Sittara Spa. Asal berhajat nak pergi Preuksa, bila tengok macam jauh je, rasa malas nak pergi pula.

Buat pertama kali seumur hidup saya mencuba rawatan manicure dan urutan kaki dengan bayaran 550 bath. Sangat selesa dan kaki rasa ringan semacam. Memandangkan En Bapak sponsor semua bayaran spa, maka wajiblah mencari tukang urut untuk satu badan.

Maka, kami sepakat ke spa di hotel penginapan kami, New Season Hotel. Mereka yang jenis suka urutan jenis kuat boleh mencuba thai massage  manakala yang jenis lemah lembut macam kami bertiga ni mencuba oil massage. Siap dengan urutan pecah angin dalam perut tau. Bayaran hanya RM55 sejam.

Apa yang saya rasa menarik, tukang urut ni akan mengelap badan kita dengan tuala suam untuk mengurangkan rasa berminyak di badan. Selepas itu, kami dihidangkan dengan segelas air pati halia. Ofkos saya minum separuh je sebab tak tahan rasa pedar halia.
Urutan mak cik tukang urut tu, saya bagi 9/10 bintang. Sangat melegakan ok. Kalau tinggal sini, maunya setiap minggu datang urut. hehehe...

Aktiviti malam, wajiblah berjalan untuk membeli belah dan makan-makan. Saya takkan lupa...
Ayam goreng {yummy...khalish pun suka}, pulut mangga {nyesal tak makan banyak} dan wantan halal {sedapnya sos dia}. Iskh...sempat terliur lagi.
Rasanya cukup untuk kali ini yer. Bersambung di bahagian terakhir kelak.
Terima kasih kerana sudi membaca. 
































19 January 2012

Sawadika Hatyai (Part 1)

Pada 13-15 Januari lalu, kami sekeluarga, adik saya, Hakimah, sepupu Yam dan Kak Piza serta kawan mereka, Ila berpeluang ke Hatyai dan Songkhla, Thailand.

Percutian yang telah dirancang sejak akhir bulan lalu berjalan seperti yang dibayangkan meskipun cuaca di sana kebanyakkan masa mendung dan hujan. Kita sambung cerita bergambar sajalah yer....

 Menunggu tren sampai hampir jam 12.40 pagi. Mata anak-anak dan kami suami isteri kelip-kelip burung hantu dibuatnya. Kami bergerak dari stesen keretapi Ipoh sementara adik dan sepupu dari Kl Sentral.

 Budak kecik ni paling susah nak tidur dalam tren. Asyik terkejut bila tren bergoyang-goyang atas landasan. Bila bangun jer, terus nak terjun katil. Adush...mujur bangun pagi tak banyak ragam. Khalish naik tren je terus tidur. 

 Sampai Padang Besar jam 8.30 pagi, lepas cop pasport kenalah tunggu kepala tren dari thai sampai. Dekat sejam menunggu baru sampai. Khalish meragam time ni siap muntah bagai. Haishh...dah la masing-masing tak mandi pagi. 

 Lepas check-in hotel (New Season Hotel), sebelah petang kami naik tuk-tuk (bayaran 20 bath=RM2 sorang) ke Klonghae Floating Market (Pasar Terapung). Masa tu, hujan mula renyai-renyai. Mahu tak mahu, misi tetap diteruskan dengan harapan merasai pengalaman mengisi perut seperti yang digambar gemburkan oleh mereka yang telah ke sana.

 Walaupun hujan, sesi bergambar wajib dilakukan. Khalish adalah sangat kiut berbaju hujan. Senang nak jalan sendiri. Saya dan Ilhan saja berpayung. Ahli rombongan lain masing-masing berbaju hujan. hehehe...

 Misi utama saya adalah untuk mencari luk choop. Siap bawa tupperware lagi konon kalau sedap boleh bawa balik makan di hotel. Tapi saya hampa sebab sampan yang menjual makanan ni tiada pada hari tu. Sedey ok, nasib baik bukan mengidam yang 9 bulan tu.

*Gambar ni diambil oleh En Bapak tahun lepas ketika melawat hatyai atas urusan kerja. Beliau beritahu rasanya seakan kuih rengas. Cuma kulitnya dibentuk daripada gelatin dan diwarna menjadi buah-buahan dan sayur-sayuran comel.

 
Pun begitu, En Bapak tak puas hati sebab katanya ini bukan pasar yang pernah dia pergi dulu. Lain sangat-sangat. Sampaikan berpusing-pusing dia mencari tanda, siap bising katanya pemandu tuk-tuk bawa kami ke tempat yang salah. 

Rupa-rupanya kami dapat tahu, sebelum ni tempat berniaga yang dulu tu habis banjir sampaikan pondok makan dan tiang lampu habis tenggelam. *Gambar ini tahun lepas masa En Bapak ke sana. Banyak sampan menjual makanan. 
Yang gambar sebelah atas adalah terkini, di mana tempat berniaga di tukar ke sebelah bahagian jambatan lain. Peniaga sampan tak ramai berniaga hari tu. Ada la dalam 10 biji sampan. Nasib baik ada gerai jualan makanan, pakaian dan cenderahati berhampiran.Terubat la jiwa sikit.

 Makanan yang memikat selera untuk dibeli pada hari berkenaan adalah home made sosej dan sotong bakar yang sangat sedap dimakan dengan kuah pedas. Harganya RM2 secucuk, beli sikit sangat la B. 

Ok, nanti sambung lagi di lain entry ye. Terima kasih sudi membaca pengalaman percutian kami.