19 April 2011

Saya Tak Ternak Makhluk L!!!

*credit to google - geli nak guna imej sebenar*

Sejak beberapa bulan kebelakangan ni, hidup saya diselebungi 'kegelian' bila tiap kali hujan turun.
Asal masuk je bilik air bawah mesti mata tu terus melilau kat lubang air, kat dinding dan mangkuk tandas. Jirus-jirus air sikit nak tengok ada tak makhluk banyak kaki melepak kat situ.

Kalau ada, harus saya jerit kecil dan buat aksi geli-geliman sambil laju-laju cari penyembur lipas nak 'fire' itu makhluk banyak kaki. Lepas fire ketuk sepenuh tenaga pakai cebok. Dah boleh teka makhluk apakah itu, saya bagi klu ye, namanya bermula dari abjad L. Lipas?? no..no...kalau tak hujan pun dia ada gak.

Jawapannya adalah LIPAN. Ish...meremang je bulu tengkuk saya walaupun tengah tekan keyboard dan sebut dalam hati. *bukan cerita hantu pun boleh guna perkataan meremang tau*. Sejak zaman bebudak hingga kini saya memang fobia dengan haiwan yang melata, berkaki banyak dan jenis lembik-lembik ni. Harus jegil mata besar-besar dan angkat bahu geli-geli sebagai tanda tindakan refleks.

Bila dah jadi mak orang ni, keselamatan anak-anak adalah menjadi keutamaan. Saya risau kalau L tu round sampai ke dalam rumah dan membahayakan keselamatan anak-anak or suami. Dijauhkanlah...

Dah google cari penyelesaian - ada yang jirus air panas kat lubang air, ada yang sembur pakai penyembur lipas dan bubuh cloroc. Semua try dah, tapi yang pasti setakat ni penyembur lipas yang paling berkesan.

Tau je hujan, terus sembur kat lubang dan tepi pintu masuk. Sure pening-pening lipan dan pastu mati kejong bergelimpangan. Kalau 2-3 ekor ok tu boleh tahan lagi, tapi bila dikira-kira dekat 7-8 ekor anak lipan yang ada.

Geli tau, dok terbayang sarang dia kat celah mana dalam salur air tu. Scary...Kata En Bapak, mungkin kawasan perumahan ni dulu asalnya ladang kelapa sawit, tanah lembab dan musim hujan memungkin faktor makhluk tu bermain dalam bilik air kami. Tapi...tahun-tahun sudah tak de pun...???

Tulah, bilik air aku ni bukan taman permainan korang, kan dah kena 'pembunuhan beramai-ramai'.

notakaki: sebelum ni masalah anak anjing masuk rumah selesai dah, ni masalah cik L bilalah nak selesai. mesra alam sungguh taman perumahan nih. agak-agaknya ada tak ubat khas bunuh lipan yer???

18 April 2011

Ibu Khalish - Calon MasterChef Malaysia??

ni calon junior masterchef malaysia

Saya adalah peminat setia rancangan realiti masakan luar negara.

MasterChef, Top Chef, Junior MasterChef, DC Cupcake, Unlimited Cake Off semua saya tengok.

Kalau tanya saya pandai masak, idak le...takat boleh masak-dimakan- dan kadang kala tak berapa nak jadi, tu tolak tepi.

Walaupun begitu saya tetap suka makan dan mencuba menu masakan baru. Saya lagi suka kalau masakan saya tu menjadi, sedap dan ada orang makan dengan penuh nafsu dan minta buat lagi!!

Suami suruh saya cuba masuk,tapi saya segan sebab saya ni amatur tahap paling rendah sekali. Kalau nak masak gulai misalnya, kadang-kadang saya masih rujuk resepi kalau-kalau tertinggal bahan.

Buatnya saya terpilih, kena la pulak ujian tekanan teka nama ikan, lagi la haru dibuatnya. Suami lebih kenal jenis ikan apa sebab dia yang pergi pasar tiap-tiap minggu. Zaman bujang lak, ayah dan mak yang pergi pasar beli ikan. Saya?? Kenal la juga. Tapi konpius antara ikan merah dan ikan kerisi. Tapi paling tak konpius ikan sardin dalam tin. hehehe...

Borang uji bakat online tamat harini. Walaubagaimanapun, boleh datang ujibakat bermula 23 April ini di lima lokasi berasingan. Korang klik sini untuk maklumat lanjut.

Tak sabar nak tengok versi Masterchef versi Malaysia. Harap-harap setanding dengan versi asal. Saya bercadang nak join musim ketiga atau keempat nanti. Mesti time tu saya dah pro. Harap-haraplah...

Khalish @ Setahun 11 bulan

Sejak mengenalpasti hasil kamera hp C3 say tak sharp macam hp nokia lain, mood memblog saya turun sama sekali. Ok, tu salah satu alasan bagi mereka yang bermasalah disiplin dalam dunia blog seperti saya. kekeke...

Baik terus bercerita - sementara dua hero tu tengah lena diulit mimpi.

Di mata saya, Khalish masih seorang bayi yang memerlukan sepenuh perhatian. Mana taknya, jarak usia dia dan Ilhan selang setahun. orang kata tak puas manja lagi dah dapat adik.

Serius cerita, saya pernah berada dalam tahap tekanan yang paling tinggi kerana menjaga kedua-dua anak yang masih kecil. Rasa macam diri sendiri yang terdera.

Dalam rumah ni, rasa macam tak terurus sebab banyak barang satu hal, satu hal lagi ada tukang selerak. Pendek cerita 10 kali kemas, 10 kali kali jugalah dia buat selerak. Pantang kemas sikit, siaplah dia mula baling sana-sini barang macam kapal karam jadinya.

Bila kata "Khalish no...", dia buka almari kasut, ambik kasut Ayah dan pakai dok keliling ruang tamu. Saya susun balik kasut, dia punggah koleksi Vcd dalam almari tv pulak. Tak habis susun vcd dia timbun pulak koleksi majalah saya dari almari buku. Adeh....tekanan mak tau.

Penyelesaiannya, hiasan kecik-kecik ni simpan dalam kotak dan bunga hiasan pun basuh dan balut elok sebab habis Khalish petik buat tabur setaman. Almari kasut dan vcd saya angkut letak kat tangga. Dia tak dapat naik sebab ada pagar. Itu belum bab menyapu...fuh...mencabar betul.

Walaupun aktiviti harian saya dan Khalish hampir sama saban hari, Khalish tetap anak yang saya sayang. Ibu lepok-lepok dan cubit-cubit tu nak mengajar. Biarlah ibu yang buat anak camtu, kalau orang lain maunya saya naik hantu suka-suka-hati nak pukul anak aku. *heh...terkeluar topik ok.

Bab makan, dah pandai memilih. Dia paling suka makanan bergoreng seperti nasi goreng, mee or bihun goreng. Paling dia suka makaroni bolognese. Buah-buah semua dia suka - epal, lai dan terkini durian, semua dipanggilnya "apal..." *tomato dan bawang juga termasuk sekali.* hehehe

Bila nampak Pak Nil dalam tv dia sebut "biak...'*maksudnya bijak (asyik tengok rancangan Clever edisi Malaysia). Selain Upin & Ipin, dia dah boleh layan channel Playhouse Disney, Backyard Science dan BoBoiBoy.

Pantang nampak iklan makanan dia sebut "nak..../ masak.."
Paling tak tahan, anak bujang saya ni berjiwa patriotik.
Asal nampak lagu 1 Malaysia or Bunga Raya, dia mula hentakkan kaki macam askar kawat dan goyang-goyangkan tangan sambil tunjuk satu. *1 Malaysia!!! Bagus berjiwa kenegaraan anak Ibu nih...

Dah faham arahan-* boleh suruh-suruh* ngeh...ngeh...ngeh. Cth ambilkan bantal adik, jom mandi, buka tv, pakai kasut, ambilkan barang itu, ini...Bila adik nangis dalam buai, cepat je dia berlari dodoikan adik sambil sebut "Allah...Allah".

Tu belum lagi gelabah sebab tengok adik dia meniarap dan muka tertangkup. Kalau ada air liur cepat je dia sebut "isu..isu"*maksudnya tisu* nak lap mulut adik yang banyak air liur. Bijak anak ibu, itu la gunanya seorang Abang!!

Jumpa lagi.

24 March 2011

Tukar Lagi

Sapa-sapa yang pernah terjah blog saya ni mesti ngumpat cakap dalam hati asyik-asyik tukar background je, tapi update blog sebulan-dua bulan sekali. hehehe...

Saya tak kisah....ada masa saya update la, tapi kalau ada banyak masa saya blog hopping blog orang lain. boleh lak cenggitu. kakaka...

Bila banyak idea, ada je rintangan yang dihadapi.

Ok, kali ni saya cuba update tiap-tiap hari eh.

Jangan jemu datang lawat saya ye.

Jumpa lagi.

02 March 2011

Khalish @ dugaan yak...yak


Malam tadi adalah satu dugaan besar buat kami suami isteri.
Mana taknya, dari jam 10.30 malam hingga ke 3.30 pagi hampir 20 kali Khalish meragam ajak kami ke toilet cuci tangannya.

Kisahnya,saya bercerita dengan suami keletah Khalish bila dia buang air besar. Biasa bila terberak dalam cd dia akan cakap "ma...yak-yak". Tapi siang semalam dia terkorek lak kat montots dia lalu tercalit la yak-yak kat jari dia.

Mungkin pelik apa mendanya, dia pi cium lak jari tu. hahaha...(jangan muntah hijau ok).

Apalagi, kami suami isteri bantai gelak tak ingat depan Khalish. Paling kuat, Ayah dia ye. Khalish time tu, mungkin faham apa yang kami bualkan. Budak dekat 2 tahun faham apa yang orang dewasa bualkan tapi belum boleh nak respons dengan percakapan lagi.

Reaksinya ketika itu memandang kami dan mula tunjuk jarinya minta dibasuh. Dah basuh, ajak pi toilet nak basuh lagi, dan lagi...dan lagi...hah...satu kerja lak melawat toilet berkali-kali pada waktu malam.

Lepas suami, saya, lepas suami saya, lepas tu saya, saya, saya...sampai kami berdua naik darah. Saya tensi sebab masa yang sama Ilhan minta disusui.

Bila Khalish menangis dalam waktu yang lama, dia akan selsema dan batuk. Lepas batuk-batuk dia muntah. Pakej lengkap ok. Bila dah bab-bab muntah ni, sapa lagi nak buat? Ibu jugak...

Sesi lawatan ke tandas tamat kira-kira jam 12 tengah malam sebab suami bawa dia tidur bilik atas. huh...ingat azab dah habis, sekali diorang turun bawah jam 3 pagi dan bajet Khalish dah lupa aktiviti sebelum tidur.
Malang ah, dah ingat tangan dia kotor dengan yak-yak, maka suami la jadi mangsa membawanya ke toilet sebab Ilhan sedang menyusu.

Nangis punya nangis, 3.30 pagi suami bawa balik naik atas. Tak lama pastu saya naik tukarkan baju dan seluar Khalish yang basah. Saya pujuk dia tidur dan syukur jam 4 waktu ayam berkokok akhirnya dia lena sampai pagi.

Pengajaran:

1- Jangan sesekali ketawakan anak perihal perkara yang memalukan mereka. Ketawa bukan tak boleh, sikit2 sudahlah. Nak ketawa kuat-kuat pastikan diorang tak dengar.

2- Kadangkala, anak-anak ni meragam sebab emosi mereka terganggu dengan situasi yang tidak dapat dilupakan. Cth di sini, bau yak-yak yang menggelikan. Kita tak tahu apa yang mereka rasa dan tidak selesa.

3- Tolonglah sabarkan diri dengan secukupnya. Betul kita selalu letih dengan tugas harian dan paling penting tanggung jawab pada anak adalah lebih utama.
Saya tak nak nanti sebab sesuatu kejadian yang terpahat di mindanya hingga besar akan menjejaskan kehidupan akan datang. (terbayang drama yang si anak marah maknya terbuang air merata-rata. jauhkanlah...).

4- Elakkan meninggi suara or keluar perkataan negatif pada mereka. Sebab, otak diorang belum boleh memproses maklumat dengan sempurna. Lebih molek pujuk mereka dengan bawa jauh dari toilet supaya dia dapat lupakan aktiviti yang memenatkan mak bapak itu.

5- Ibu bapa elakkan stress melampau sebab dikhuatiri akan wujud kejadian menganiaya kanak-kanak mental or fizikal.

Hari ni, syukurlah Khalish mungkin lupa dengan apa yang berlaku semalam. Kalau tak, maunya saya kunci dia dalam bilik air. hehehe....

Khalish oh Khalish. Kaulah penawar kaulah racun Ibu Ayah.

Wassalam.

14 February 2011

Wayang di rumah...10q to Astrofirst


Tak ingat movie apa terakhir yang saya tonton tapi time tu masa ngandungkan Khalish.
Apa yg pasti sejak kahwin aktiviti nonton filem di cinema dikurangkan kerana tak de movie yang best untuk ditonton.
Bila Khalish lahir, lagilah tak yah sebab takut kami yang jadi bahan tontonan lak dalam cinema nanti. Tak pasal-pasal....
Tup..tup...Ilhan lak lahir, punah harapan konon berangan nak kembali ke zaman bujang dan berdua bersama suami berganding bahu ke panggung sambil makan popcorn.

Teringat zaman single mingle dulu, bila boring (kengkawan gi dating) saya membawa diri tengok movie.
Kalo cerita best saya beli dua tiket marathon sekaligus.
TGV KLCC jadi saksinya...
Siap seludup masuk fries mcD dan Aunty Anne's masuk.

Antara memori yang sukar dipadam : gara-gara teruja nak tonton Puteri Gunung Ledang. Berhari-hari tunggu sebenarnya beli tiket asyik habis, kami (saya dan teman serumah - Yani, Fara dan Faradia) sanggup tahan sakit tengkuk kerana duduk barisan depan sekali.
Time tu mmg ibarat PGLmania sebab full house padat macam sardin kat TGV tu.
Malas nak ke tempat lain sebab tren dari rumah ke KLCC dekat saje.
Pada masa sama tahan sakit sebab filem tu jadi bahan review subjek kami. Makanya bersabar jelah...

Lagi...pernah buat cinema macam sendiri punya sebab hanya ada 4 orang tengok movie tu. Asalnya nak tengok cerita lain, tapi bila lambat lak nak tayang, kami (saya n suami yg dulu berstatus pakwe) rempat je cerita Kayangan. Nyesal tak sudah oo...Tu kenangan kat MBO Melaka Mall yang baru buka kira-kira 4 tahun lepas.

Saya enjoy tengok movie dengan skrin paparan besar, rasa puas semacam. Seat pulak nak tengah-tengah. Kalau depan sangat sangat tengkuk dan kalau belakang sangat sakit mata tengok free show.

Apapun, saya hepi sangat sebab now dah ada astrofirst. Walaupun tv kat umah tak lah besar mana, tapi dapat tengok latest movie dah kira ok.

Baru-baru ni langgan Hantu Mak Limah Balik Rumah.
Caj RM15 yang berbaloi-baloi sebab boleh tengok sampai lebam selama 48 jam.
Boleh tonton macam-macam gaya sambil makan keropok bawang sambil baring.
Plus boleh gelak kuat-kuat dengan anak-anak dan suami.
Lagi best dari tengok kat cinema.

Thank u astrofirst kerana dengan adanya kewujudanmu saya yang beranak kecik plus meronta-ronta nak tonton movie dapat gak melepaskan gian.

Tapi...ada syaratnya, sebulan 1 movie ye sayang...demikian pesan en suami. Jadilah...daripada tak de.

NOTA: menanti bila agaknya Khurafat nak keluar kat astrofirst.

05 February 2011

Apa jadi dengan Keletah Khalish??


As-Salam,
Saya, suami dan dua hero sihat-sihat belaka. Harap anda yang membaca blog saya secara kebetulan atau tidak, begitu juga.

Ini entry kedua tahun ini. Maafkanlah saya kerana asyik bertangguh nak berkongsi cerita terbaru. Insyaallah, selepas ini saya berusaha suka-rela-paksa diri untuk mencatatkan sesuatu di blog yang macam chipsmore ini.

Jangan terkejut jika terperasan nama blog ini yang dulunya 'KELETAH KHALISH' dah diubah kepada 'MY KEJU & COKLAT'. Asalnya saya nak letak KELETAH KHALISH & ILHAN. Rasa macam panjanglah pula.

Setelah memeras otak beberapa jam, akhirnya saya mendapat inspirasi nama blog terbaru ini. Masa Khalish dulu saya sangat suka makan coklat hingga mendapat diebetes semasa mengandung. Masa Ilhan pula asyik 'menggila' dengan keju - terutamanya pasta carbonara dan kek keju. Maka terhasillah 'MY KEJU & COKLAT'.


Moga ada sesuatu yang bermanfaat saya dapat kongsikan dengan pembaca dan rakan blogger kelak.

Bercerita mengenai anak-anak.

Hero sulung saya : Khalish, now nak masuk 1 tahun 9 bulan.

1- Dah tahu mengira sampai 5, mengenal dan menyebut beberapa abjad dan huruf jawi, dah kenal anggota badan sendiri spt kepala, rambut, gigi, perut, kaki dll.

2- Dah pandai meniru perlakuan orang lain- cth melihat iklan orang menjerit dan dia akan sama-sama menjerit. Kalau kita sebut papa...mama..carrot...suma dia akan ikut.

3- Bijak mengekspresi perasaan mengikut situasi. Cth: jika dia terjatuh dia kan sebut "Akit...huhuhu" (dan terus pukul meja atau lantai yang menyebabkan dia terjatuh - taktik saya nak alih perhatian tak bagi nangis).

4- Kalau lapar : samada dia cakap "Lapar...Nasi... atau ambil mangkuk biru dia tu - tahulah saya perutnya dah berkeroncong". Sebut air "ayie..." kalau haus.

5- Tukang serepah rumah namun ada kesedaran sivik nak kemas semula. Konon-konon menyapu amik hati saya balik. ceh...

Dan banyak lagi perkembangannya yang kadangkala membuatkan saya tersenyum dan semakin sayang padanya. Walaupun kadang kala naik angin dek kerana kelincahan dan keaktifannya bergerak sana-sini, saya sedaya upaya menikmati momen indah ini dengan sesabar mungkin. hehehe...

Hero kedua saya : Ilhan, akhir bulan ni akan mencecah 4 bulan.

1- Boleh senget-sengetkan badan walaupun sebenarnya dia mencari 'ubat tidurnya'. hehe...

2- Bila ajak berbual dah pandai respon dan gelak-gelak manja bila diagah. Akan tersenyum bila dengar orang sebut namanya.

Time moodnya baik, sangat bising ok cakap sensorang. Bila mood kureng, abangnya terbersin pun dia akan mencebik nak nangis. haih...awak tu boy la adik...

3- Suka hisap jari telunjuk sampai naik terserdak dibuatnya. (Ilhan sejak kecil suka genggam dan masukkan ibu jari ke dalam genggaman).

4- Malam hanya bangun menyusu sekali je iaitu jam 2 atau 3 pagi. (Sangat suka sebab saya boleh zzzz...dgn lena sekali).


Oklah, rasanya cukup takat tu, nanti kita cecerita lain.

Wassalam.