05 February 2011

Apa jadi dengan Keletah Khalish??


As-Salam,
Saya, suami dan dua hero sihat-sihat belaka. Harap anda yang membaca blog saya secara kebetulan atau tidak, begitu juga.

Ini entry kedua tahun ini. Maafkanlah saya kerana asyik bertangguh nak berkongsi cerita terbaru. Insyaallah, selepas ini saya berusaha suka-rela-paksa diri untuk mencatatkan sesuatu di blog yang macam chipsmore ini.

Jangan terkejut jika terperasan nama blog ini yang dulunya 'KELETAH KHALISH' dah diubah kepada 'MY KEJU & COKLAT'. Asalnya saya nak letak KELETAH KHALISH & ILHAN. Rasa macam panjanglah pula.

Setelah memeras otak beberapa jam, akhirnya saya mendapat inspirasi nama blog terbaru ini. Masa Khalish dulu saya sangat suka makan coklat hingga mendapat diebetes semasa mengandung. Masa Ilhan pula asyik 'menggila' dengan keju - terutamanya pasta carbonara dan kek keju. Maka terhasillah 'MY KEJU & COKLAT'.


Moga ada sesuatu yang bermanfaat saya dapat kongsikan dengan pembaca dan rakan blogger kelak.

Bercerita mengenai anak-anak.

Hero sulung saya : Khalish, now nak masuk 1 tahun 9 bulan.

1- Dah tahu mengira sampai 5, mengenal dan menyebut beberapa abjad dan huruf jawi, dah kenal anggota badan sendiri spt kepala, rambut, gigi, perut, kaki dll.

2- Dah pandai meniru perlakuan orang lain- cth melihat iklan orang menjerit dan dia akan sama-sama menjerit. Kalau kita sebut papa...mama..carrot...suma dia akan ikut.

3- Bijak mengekspresi perasaan mengikut situasi. Cth: jika dia terjatuh dia kan sebut "Akit...huhuhu" (dan terus pukul meja atau lantai yang menyebabkan dia terjatuh - taktik saya nak alih perhatian tak bagi nangis).

4- Kalau lapar : samada dia cakap "Lapar...Nasi... atau ambil mangkuk biru dia tu - tahulah saya perutnya dah berkeroncong". Sebut air "ayie..." kalau haus.

5- Tukang serepah rumah namun ada kesedaran sivik nak kemas semula. Konon-konon menyapu amik hati saya balik. ceh...

Dan banyak lagi perkembangannya yang kadangkala membuatkan saya tersenyum dan semakin sayang padanya. Walaupun kadang kala naik angin dek kerana kelincahan dan keaktifannya bergerak sana-sini, saya sedaya upaya menikmati momen indah ini dengan sesabar mungkin. hehehe...

Hero kedua saya : Ilhan, akhir bulan ni akan mencecah 4 bulan.

1- Boleh senget-sengetkan badan walaupun sebenarnya dia mencari 'ubat tidurnya'. hehe...

2- Bila ajak berbual dah pandai respon dan gelak-gelak manja bila diagah. Akan tersenyum bila dengar orang sebut namanya.

Time moodnya baik, sangat bising ok cakap sensorang. Bila mood kureng, abangnya terbersin pun dia akan mencebik nak nangis. haih...awak tu boy la adik...

3- Suka hisap jari telunjuk sampai naik terserdak dibuatnya. (Ilhan sejak kecil suka genggam dan masukkan ibu jari ke dalam genggaman).

4- Malam hanya bangun menyusu sekali je iaitu jam 2 atau 3 pagi. (Sangat suka sebab saya boleh zzzz...dgn lena sekali).


Oklah, rasanya cukup takat tu, nanti kita cecerita lain.

Wassalam.

No comments:

Post a Comment