02 March 2011

Khalish @ dugaan yak...yak


Malam tadi adalah satu dugaan besar buat kami suami isteri.
Mana taknya, dari jam 10.30 malam hingga ke 3.30 pagi hampir 20 kali Khalish meragam ajak kami ke toilet cuci tangannya.

Kisahnya,saya bercerita dengan suami keletah Khalish bila dia buang air besar. Biasa bila terberak dalam cd dia akan cakap "ma...yak-yak". Tapi siang semalam dia terkorek lak kat montots dia lalu tercalit la yak-yak kat jari dia.

Mungkin pelik apa mendanya, dia pi cium lak jari tu. hahaha...(jangan muntah hijau ok).

Apalagi, kami suami isteri bantai gelak tak ingat depan Khalish. Paling kuat, Ayah dia ye. Khalish time tu, mungkin faham apa yang kami bualkan. Budak dekat 2 tahun faham apa yang orang dewasa bualkan tapi belum boleh nak respons dengan percakapan lagi.

Reaksinya ketika itu memandang kami dan mula tunjuk jarinya minta dibasuh. Dah basuh, ajak pi toilet nak basuh lagi, dan lagi...dan lagi...hah...satu kerja lak melawat toilet berkali-kali pada waktu malam.

Lepas suami, saya, lepas suami saya, lepas tu saya, saya, saya...sampai kami berdua naik darah. Saya tensi sebab masa yang sama Ilhan minta disusui.

Bila Khalish menangis dalam waktu yang lama, dia akan selsema dan batuk. Lepas batuk-batuk dia muntah. Pakej lengkap ok. Bila dah bab-bab muntah ni, sapa lagi nak buat? Ibu jugak...

Sesi lawatan ke tandas tamat kira-kira jam 12 tengah malam sebab suami bawa dia tidur bilik atas. huh...ingat azab dah habis, sekali diorang turun bawah jam 3 pagi dan bajet Khalish dah lupa aktiviti sebelum tidur.
Malang ah, dah ingat tangan dia kotor dengan yak-yak, maka suami la jadi mangsa membawanya ke toilet sebab Ilhan sedang menyusu.

Nangis punya nangis, 3.30 pagi suami bawa balik naik atas. Tak lama pastu saya naik tukarkan baju dan seluar Khalish yang basah. Saya pujuk dia tidur dan syukur jam 4 waktu ayam berkokok akhirnya dia lena sampai pagi.

Pengajaran:

1- Jangan sesekali ketawakan anak perihal perkara yang memalukan mereka. Ketawa bukan tak boleh, sikit2 sudahlah. Nak ketawa kuat-kuat pastikan diorang tak dengar.

2- Kadangkala, anak-anak ni meragam sebab emosi mereka terganggu dengan situasi yang tidak dapat dilupakan. Cth di sini, bau yak-yak yang menggelikan. Kita tak tahu apa yang mereka rasa dan tidak selesa.

3- Tolonglah sabarkan diri dengan secukupnya. Betul kita selalu letih dengan tugas harian dan paling penting tanggung jawab pada anak adalah lebih utama.
Saya tak nak nanti sebab sesuatu kejadian yang terpahat di mindanya hingga besar akan menjejaskan kehidupan akan datang. (terbayang drama yang si anak marah maknya terbuang air merata-rata. jauhkanlah...).

4- Elakkan meninggi suara or keluar perkataan negatif pada mereka. Sebab, otak diorang belum boleh memproses maklumat dengan sempurna. Lebih molek pujuk mereka dengan bawa jauh dari toilet supaya dia dapat lupakan aktiviti yang memenatkan mak bapak itu.

5- Ibu bapa elakkan stress melampau sebab dikhuatiri akan wujud kejadian menganiaya kanak-kanak mental or fizikal.

Hari ni, syukurlah Khalish mungkin lupa dengan apa yang berlaku semalam. Kalau tak, maunya saya kunci dia dalam bilik air. hehehe....

Khalish oh Khalish. Kaulah penawar kaulah racun Ibu Ayah.

Wassalam.

2 comments:

  1. huhuhu..kesian ibu dan ayah Khalish...ada extra kerja lah pulak aritu. hihihi

    ReplyDelete