19 February 2009

40 Perkara Lelaki Selalu Buat & Kamu Sakit Hati...


1- Bila dia terteleng-teleng kepada seorang gadis cantik lagi seksi tidak jauh dari tempat kamu berada. Walaupun dia sedang bercakap dengan kamu, kamu tahu matanya melekat dan mengekori gadis itu.

2- Kamu sudah menghabiskan ratusan ringgit untuk menggunting rambut dan membeli pakaian baru tetapi dia buat-buat tidak tahu malah langsung tidak berkata apa-apa tentangnya -mengkritik tidak, memuji jauh sekali.

3- Bila dia menjadikan bekas bunga kesayangan kamu sebagai habuk rokoknya.

4- Dia suka mencium kamu, tetapi malas menggosok gigi.

5- Bila dia selalu mengamalkan habit 'penalaan kurang tepat' setiap kali membuang air kecil di mangkuk tandas rumah walaupun sudah berulang kali menegurnya supaya berbuat sesuatu tentang dot2 kuning yang bersepah atas mangkuk tandas.

6- Bila kadang2 / selalu dia membaca majalah dan menonton cd porno.

7- Dia suka melepaskan angin (beserta bunyi dan bau) merata2 tempat dan buat tidak tahu mengenainya.

8- Bila badan sudah naik sedikit dia mula membebel dan menyamakan kamu dengan tong drum. Pokok pangkalnya, kita saja kena slim tetapi dia yang perut jalan ke depan (Pjk) tidak apa.

9- Membandingkan saiz payudara kamu dengan wanita lain, mungkin dengan Pamela Anderson.

10- Membanding-bandingkan punggung kamu dengan Jenifer Lopez.

11- Bila kita berinisiatif lebih daripada biasa utk mendandan dan mencantikkan diri misalnya pakai pupur, krim pemutih dsbnya, responsnya amat sarkatis dan menyakitkan hati," Saya tengok muka awak laguu tu juga!".

12- Tidak ingat hari jadi kamu.

13- Tidak ingat tarikh perkahwinan kamu dan dia.

14- Tidak ingat nombor telefon kamu.

15- Dia ada usaha membelikan kamu hadiah hari jadi tanda ingatan tetapi dia membalutnya seperti membalut ikan di pasar. Konsepnya, "Asal sempat, janji ada, beb!"

16- Dia berjanji kamulah intan payung gunung meletupnya sampai bila-bila, tapi jelas lebih sayangkan keretanya. Kerana bila kamu kotorkan keretanya dengan apa cara (tisu terpakai bersepah, losen tangan tertumpah pada tempat duduk kereta), dia marah bukan kepalang dan masih mengungkitnya walaupun kereta sudah bersih dihantar cuci.

17- Menyolekkan kereta lebih daripada menyolekkan isteri.

18- Bila ereksinya terbangkit kerana melihat wanita lain, dan dia pula mula mengada-ngada macam kucing siam dengan kamu selepas itu.

19- Menyimpan senarai nombor telefon wanita dengan banyak dan bermain sms pula, dan bila kita bertanya jawabnya, "Itu nombor klien saya". Tetapi anehnya bila dia lihat kita menerima beberapa panggilan daripada lelaki lain, dia cemburu bukan kepalang dan kerananya boleh menjadi pertengkaran besar.

20- Apabila dia memberi komen kononnya kerja kamu tidak sepenting kerjanya.

21- Ketika berjanji untuk keluar bersiar2, si dia cepat melenting dan mengatakan kamu terhegeh2 bersiap namun apabila dia berbuat demikian kamu hanya mampu mengutuk dalam hati.

22- Jika satu2 perkara yang sensitif berlaku dan kamu berasa tersinggung atau kecil hati, dia buat2 tidak tahu malah menuduh kamu sengaja membuat perangai.

23- Dia selalu merungut tubuh kamu kurang enak walhal mulutnya berbau lebih teruk daripada itu.

24- Menyimpan gambar bekas teman wanitanya di dalam dompet atau sebagai latar desktop.

25- Bila dia menipu kamu.

26- Apabila kamu merungut coli rosak dan kamu perlu perlu membeli yang baru, dia marah2 mengatakan kamu tidak pandai berjimat cermat. Walhal hakikatnya dia tidak sedar coli2 kamu rosak kerana dia selalu memasukkannya ke dalam mesin cuci, hinggakan talinya putus, rendanya koyak malah dawai mangkuk coli terpelanting keluar.

27- Tidak pernah ada keinginan atau rasa belas mahu menolong kamu di dapur selepas makan - tidak mahu mengangkat pinggan kotor apatah lagi mencucinya, tidak juga mahu menolong mengelap meja. Yang dia buat hanyalah bersendawa, tengok tv sambil mengorek gigi.

28- Bila mengejek bulu roma tangan kamu lebih lebat dari bulu roma kakinya.

29- Makan masakan kamu dengan banyak, dan selepas kenyang dia memberi komen : "Sebenarnya bukanlah sedap sangat tapi sebab perut dah lapar....".

30- Suka memampersendakan ahli keluarga kamu dan memandang rendah terhadap mereka.

31- Bercakap kasar dan mengeluarkan kata2 kesat apabila berselisih faham.

32- Berlaku kurang sopan dan tidak menghormati ahli keluarga dan kawan2 kamu.

33- Melebih2kan keluarganya dan tidak bersikap adil terhadap keluarga kamu.

34- Bila kamu ketawa berdekah2 dan dia tiba2 menegur mengatakan kamu ketawa macam serigala bunting.

35- Tidak pernah bersikap serius apabila kamu cuba membawanya berbincang tentang harapan dan masa depan.

36- Menegur kamu supaya berbelanja secara berhemah dan berjimat cermat, namun apabila kamu menghidangkan lauk sardin dan sup sebagai hidangan dia menunjukkan muka dan bertanya, "Ini saja lauk yang awak tahu masak?"

37- Tidak berusaha belajar tentang diri kamu.

38- Tidak berbincang dahulu dengan anda apabila dia tiba2 memutuskan hari kamu perlu bercuti dan perlu pulang ke kampungnya.

39- Menyimpan stoking busuknya di dalam kasut berminggu2 lamanya.

40- Bila dia tidak tahu bila masanya dia patut meminta maaf.

(Sumber diperolehi menerusi majalah Eh! Mac-2004 + kajian rambang)

3 comments:

  1. Sakitnya hati kalau dapat lelaki yang macam nih...
    menyakitkan jiwa...
    haruslah ku pukul-pukul ngan penyapu saja...

    ReplyDelete
  2. huih bangganya aku jd lelaki... ada juga rupanya yg ambik berat.. sampai diterbitkan dlam majalah lg tuh... tahniah teruskan usaha anda.. hik hik hik

    ReplyDelete
  3. Ada juga yang terkena..tapi tak lah sampai 40 sikap ni ada pada dia...sebab tu lah kalau sampai 40 sikap tu ader kat dia..mau sakit jiwa haku...

    ReplyDelete