14 February 2010

Kisah Tahun Baru Cina Ayah Saya

-pix credit to google-

Salam semua,
Hari ni saya dapat idea nak berkongsi kisah Ayah kesayangan saya menjelang Tahun Baru Cina (CNY). Sebelum itu, jangan salah anggap ye, Ayah saya bukan mualaf tau. Kisah ini saya ceritakan kerana rasa kagum dengan nilai persahabatan yang dipamerkan antara Ayah dan rakan-rakannya berbangsa Cina.

Ayah saya seorang pesara tentera. Selepas tamat perkhidmatan, Ayah yang sudah terbiasa dengan rutin kerja keras telah mencuba pelbagai pekerjaan termasuk tolong kawan berniaga ikan di pasar (3 hari je ayah mampu bertahan), membuka kedai runcit serta membawa kereta sewa (teksi) - ni lama sikit coz ayah terus beli kereta sewa baru.

Namun, selepas Ayah dan Emak balik menunaikan Haji buat kali pertama awal 1990-an, Ayah yang sebelum itu ada memohon tender sebagai pengusaha kantin sekolah mendapat surat tawaran menguruskan sebuah kantin sekolah rendah angkatan tentera di Kem Terendak.

Sejak itu, bermulalah kehidupan kami sekeluarga menceburi bidang perniagaan makanan sehinggalah ke hari ini di mana Ayah melebarkan sayap bisnes sebagai katerer terkenal di seluruh negeri tadbiran Tok Ali (bukan nama sebenar). So, bila dah berbisnes ni, maka contact rakan bisnes amatlah penting. Sejak itu, kami secara tak langsung mengenali rakan-rakan bisnes Ayah seorang demi seorang.

Mereka panggil Ayah saya Haji. Mungkin Ayah saya kacak berkopiah putih maka mereka memanggilnya begitu (kekeke...Ayah saya encem tau). Kadang kala, apabila mereka telefon ke rumah untuk bercakap dengan Ayah (Ayah saya tak suka bawa henpon, nyusahkan katanya), mereka gemar mengucap Salam pada si penjawab panggilan. Sampaikan kami terkadang konfius antara yang pemanggil itu Islam atau sebaliknya.

Malahan, ayah juga suka mengusik dengan panggilan Aji di awalan nama mereka (kata Ayah, tu doa moga-moga mereka diberi hidayah). Antara nama-nama rakan bisnesnya yang amat kawtim seperti Robert@Aji Robert (tokeh Aiskrim), Gemok@Aji Gemok (tokeh buat rumah), Along bukan Ah Long ye(tokeh kedai runcit - bujang lagi o...) dan Ah Fatt (tokeh minuman berkarbonat.

Walaupun mereka berlainan bangsa, namun apa yang terpancar di sebalik hubungan yang pada mulanya atas dasar perniagaan itu adalah satu ikatan persahabatan berteraskan kepercayaan dan kejujuran antara satu sama lain.

Pernah satu ketika bisnes Ayah dilanda kerugian (akibat seorang ketua kampung yang buat kenduri kawin anak tapi tak nak bayar baki RM5,000 duit katering dengan 1001 alasan - (huh...tak de duit cakaplah. berlagak je lebih - erkh...terkeluar topik lak., i'm sorry). Ayah kekurangan wang untuk membayar duit barangan runcit yang sebelum itu diambil terlebih dahulu daripada tokeh kedai runcit.

Ayah berterus terang dengan Along mengenai masalah yang dihadapi. Apa yang membuatkan Ayah rasa terharu adalah keprihatinan dan kata-kata yang terkeluar dari mulutnya. Kata Along, biasalah tu Aji, olang bisnes ni kadang kala ditimpa ujian olang tipu kita. Ini lisiko yang perlu dihilapi. Tak pelah, nanti Aji ada duit, baru Aji bayar pada saya. (ayat dia okey sikit daripada itu tokeh Metrowealth. Lu olang ada kenai ka? he3...!)

Saban tahun, tokeh aiskrim lak suka sponsor aiskrim buatan kilangnya bila Ayah buat rumah terbuka Aidilfitri. Bukan sikit-sikit, sekali 500 biji siap dengan ice box yang jual kat kedai tu dia bagi pinjam. Tokeh rumah pun gitu, bila nak renovate rumah dia suka cadangkan rekaan yang macam2 (bajet pun bertambah la), Ayah dah hint kata tak mampu nak bayar kalau lebih bajet. Tapi, bila dia cakap dia percayakan Ayah dan tak kisah bila nak bayar, hah...gasak. Ayah tak kisah...

Ada tu, siap bagi Ayah pinjam duit sementara nak dapat bayaran dan Ayah pun ada memberi pinjaman kepada mereka tatkala mereka ditimpa kesulitan.

Kebiasaannya sejak 10 tahun lalu, bila menjelang Aidilfitri seorang demi seorang tokeh datang bawa hamper raya. Ada tu siap bagi sepasang baju Melayu dan beberapa kain sarong (berbau wangi) untuk Ayah. Pernah sekali, berbelas hamper jugalah tersusun dekat ruang tamu rumah. Sebagai menghargai persahabatan mereka, Ayah menjemput mereka dan keluarga datang meraikan kemeriahan berhari raya bersama kami.

Sehari sebelum CNY pula, Ayah akan ke rumah rakan-rakan bisnesnya untuk menghantar bungkusan istimewa yang mereka gemari. Apa isinya? Setelab kuih ros, dodol dan beberapa kerepek yang ditempah khas untuk mereka. Kata Ayah, tak de salahnya kita menggembirakan rakan sendiri - tak kisah la apa bangsa sekali pun.

Dulu masa saya masih bersekolah, saya 5 beradik suka ikut Ayah beraya di rumah rakan-rakannya yang berbangsa Cina itu. Tapi, kami selalu jeles sebab Ayah dapat angpau RM50 tapi kami dapat RM20 je. Tak acikan?...- budak-budak yang materialistik sungguh.- (perhatian- nilai ni Mak Ayah tak ajar k, kami yang belajar sendiri. kekeke)

Hingga kini, saya dapati hubungan Ayah dan rakan-rakannya itu masih erat dan akrab seperti dahulu. Kata Ayah saya lagi, duit boleh dicari tapi Kepercayaan orang pada kita, Kejujuran dan Kesihatan tiada dijual di mana-mana. Saya bangga dikurniakan seorang Ayah seperti ini. Sungguh saya bangga. Bangga sangat. BANGGA!!!

Notakaki :
Esok saya sekeluarga nak balik kampung di Melaka. Rindunya...Selamat bercuti semua. Jangan makan limau banyak2, nanti batuk.

Wassalam

12 February 2010

Hepi Bestday Khalish - 9 Bulan


Salam semua,

Just nak gitau anak bujang saya dah masuk 9 bulan hari ni. Alhamdulillah, sihat walafiat dan makin lincah mengawal anggota badannya. Sejak dah boleh mara ke depan ni, Khalish bertambah seronok explore keadaan sekelilingnya.

Rumah saya kelihatan sangat berserabut sekarang ni. Mana barang-barang perhiasan kecik yang selama ni cantik je tersusun rapi now kena alihkan coz Khalish akan anggap sebagai barang mainannya. Dia pun dah mula 'berkenalan' dengan anak-anak tangga. Adui...kalau 'dah dapat kaki' nanti, alamatnya main naik-turun-terjunlah jawabnya.

Gigi Khalish masih lum bertambah lagi. Baru 2 batang. Hobi baru dia sekarang, suka menggigit lengan dan bahu saya yang gebus ni. Mungkinkah dia mengikut tingkah laku saya yang suka menggigitnya saban hari? hehehe...

Nak senyapkan dia yang merengek minta dukung senang je. 1) Bagi biskut kat tangannya. 2) Bagi tengok Wonderpet (confirm tercaduk je kepala depan tv). 3) Naikkan atas stroller.

Khalish juga sekarang dah pandai suka menonton iklan. Tapi hanya sebahagian yang ada lagu berentak perlahan dan mempunyai gambar yang menarik perhatiannya. Antaranya iklan susu yang ada budak nyanyi "Ibu...Ibu engkaulah ratu hatiku...'. Tak pun iklan Digi - Mudah saja... Malah, slot cuaca seluruh dunia tajaan Colorland (tak silap) dalam Buletin Utama pun dia layan. kekeke

Yang tak leh tahan, Khalish mesti tak duduk diam bila kami berada di meja makan. Confirm dia nak join sekali dan mula menghampiri kami dengan harapan 'tolonglah angkat, saya pun nak join'. Tapi kami wat donno je - pujuk sikit-sikit dan teruskan menikmati hidangan. Bukan apa, agak sukar nak pegang dia sekali coz tanggannya amatlah aktif mencapai pinggan nasi dan mangkuk lauk. Adoi...

Sudahnya, dia akan berhelah untuk masuk ke bawah kerusi dan meja makan. Nangis sikit-sikit dan buat-buat terhantuk kepalanya kat kaki kerusi. Kami yang gelabah ni, cepat-cepat basuh tangan, dan bila di angkat boleh lak si kecik ni gelak. Fuh....sabar-sabar....

Salah satu rutin harian Khalish yang saya rasa berjaya kami corakkan adalah, bila waktu malam, Cik Abang yang akan menidurkan Khalish. Tapi sebelum tu, Khalish akan mendengar Ayahnya membaca buku cerita bergambar. Kadang-kala Khalish respon bila dibaca dengan suara yang berbagai-bagai. Seolah-olah faham lagaknya.


Saya bangga melihat dua beranak itu menghabiskan masa bersama walaupun hanya beberapa minit. Maklumlah, siang - sepanjang hari Khalish menghabiskan masa bersama saya. Manakala Cik Abang pula keluar mencari rezeki untuk kami sekeluarga.

Apapun, saya rasa Khalish berpeluang bermanja dengan Ayahnya pada waktu malam. Walaupun beberapa minit, namun waktu itu mampu mengeratkan lagi hubungan mereka anak beranak. Tepat jam 10, Khalish tahu siapa yang perlu didekati untuk membawanya tidur. Saya pula? Dapat waktu bersendirian - mengemas, menonton tv dan bermain Sudoku. Syukur...

Setakat ini, wassalam.

08 February 2010

Tak Sabar Nak Borong Buku Satu Kontena


Salam semua...
Just nak war-warkan jangan lupa pakat terjah ke Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur 2010 bakal berlangsung pada 19-28 Mac di PWTC nanti.

Macam-macam aktiviti diadakan seperti kuiz, seminar, pelancaran buku, kempen cipta lagu 1Malaysia, games untuk kanak-kanak di samping jualan pelbagai bahan ilmiah pada harga yang cukup berbaloi. (bukan celcom je tau). Keterangan lanjut klik KLIBF2010

Saya harap sangat dapat beli 1 kontena buku untuk bacaan sepanjang tahun...kekeke...angan-angan kalau tak dilengkapkan dengan RM tak kan jadi der...lagipun mana nak letak oi...Dapat borong 10 buku / novel dah kira ok. Untuk Khalish lagi...and for sure Cik Abang pun mesti nak cari buku kegemarannya juga.


Minta2 la ada kelibat penulis kegemaran saya iaitu Ramli Awang Murshid dan Abd Jalil Ali (hmm...kagum dengan penulisan mereka berdua). Pastu, nak minta sign n bergambar kenang2an. he3...Harap sangat tapi biasanya yang rajin / berkesempatan turun padang novelis wanita jek. (saya cadang nak email diorang suh datang time saya datang PWTC nanti. kekeke)

Lagi...harap dapat jumpa teman sebilik 1 MIIM dulu - Yani, budak Pahang- hampir 3 tahun tak jumpa , rindu sangat...kami dah janji nak jumpa di pesta buku tu nanti. So, jangan lupa masuk dapat kalender tau . To my follower yang berkesempatan ke sana, leh kita jumpa sekali ye. Roger2 la nanti k.

Wassalam...

04 February 2010

Pretty Zaza Baby Face Contest

Contest ni mempertandingkan si kecil come lote yang bermuka bayi (erkh...? betulkah ayat aku ni). Apapun, Ibu berbesar hati dapat join contest Pretty Zaza walaupun rasa macam peserta terakhir je join. Janji belum kol 12 am. kekeke....

Ni pix si kecik Ibu yang dipertaruhkan. Tara.....


"Sopan yang seksi???"

Nama Baby : MUHAMMAD ADIB KHALISH BIN MOHD AZLI
Usia : 9 BULAN
Jantina : For sure hero. oupps... BOY

24 January 2010

Selera Padang di Restoran Simpang Tiga

Assalamualaikum kepada semua yang sudi singgah ke blog Ibu ni. Semoga kalian semua sihat walafiat adanya. Ibu, Cik Abang dan Khalish sihat2 belaka. (hehe...cam menulis surat lak rasa).

Sebenarnya lama gak tak buat entry baru ni. Ntah le...sejak dua menjak ni sikap suka bertangguh melanda diri. Apapun, Ibu paksa+rela berkongsi pengalaman bersama kalian. (eceh...ade ke orang baca entry aku!!).

Baru-baru ni, bersempena Cik Abang Ibu dapat wang saguhati dari companynya, maka beliau dengan bermurah hati mengoffer untuk belanja Ibu makan kat luar. Beliau memberi pilihan pada Ibu samada nak pergi makan Mc D (CNY dah dekat, ada Burger Prosperity) atau pekena masakan Padang di Restoran Simpang Tiga, Greentown Business Centre, Ipoh.


For surelah, bila ada orang nak belanja, kita mesti pilih tempat makan yang mahal sket dan tak pernah pergi, kan3. Makanya, kami tiga beranak bersepakat ke Restoran Simpang Tiga. Kami pergi time lunch hour, tak ramai orang sangat. Memandangkan kami dah kelaparan, maka kami pun orderlah:-

Minuman : Jus Avakado Makanan :nasi+lauk masak lemak kuning pucuk ubi+gulai isi kuku lembu+pegedil daging+ayam goreng bumbu+balado hijau (sambal belacan stail Padang).

Sebelum tu, Ibu nak order ayam penyet (takde kak), nak daging dendeng (takde kak). Cheh...apa yang ada da... Ni yang buat Ibu teringat kat Indori....nak tau sape Indori, kang Ibu stori.


----info---Restoran Simpang Tiga mengambil sempena nama tradisi Perbaungan yang dulunya dikenali sebagai Kota Simpang Tiga yang terletak lebih kurang 40 kilometer dari Medan---


5 minit kemudian, jus avakado sampai. Alahai...kaler hijau dia tak mengancam langsung(teringat lagi kat Indori, huhuhu). Pastu, makanan pun sampai. Lauk pertama Ibu rasa lauk pilihan Cik Abang iaitu gulai isi kuku lembu. Memula rasa macam pelik sikit, agak kenyal tapi sedap gak. Tapi yang tak best tu, bila banyak makan, terserlah rasa kelembuan kuku tu. Nak termun... pun ada.

30 minit kemudian, perut naik sendat bila kami berusaha menghabiskan makanan walaupun tak banyak(rugi tak makan, kang bayo mahal). Nasib baik Khalish dah makan, dapatlah Ibu dan Ayah shapedek dalam keadaan tenang. Ibu berpendapat perasaan merasa kesemua makanan yang diorder adalah biasa2 saja. Oleh kerana dah lapar, bedal jelah kan. Harga kesemuanya dalam RM45++.


Teringat kat Indori. Sape Indori sebenarnya? Jeng3...Indori (lihat pix kat atas) adalah sebuah restoran makanan Padang di Melaka. Letaknya betul-betul bawah x opis Ibu dulu- NSTP Melaka Raya. Makanannya superb.. memang Indon Ori habis. Harganya pun berpatutan.

Dulu, kalau teringin nak bekpes stail amareka (ahaks...), kat Indori la Ibu menempel. Kalau Ibu dan Kak Mis (x bos Ibu) rasa nak meratah daging dendeng basah (ada minyak zaitun), Indori la arah tujuan kami. Pastu, bila petang skit kalau kengkawan opis sama2 rasa haus, kitorang kol je Indori suh anta Espokat (jus avacado)kat tingkat atas. Kepekatan jus avacado ditambah dengan campuran coklat benar2 membuatkan air liur Ibu meleleh ketika ini. Srrurppp...mengidamnya!!!


Info lanjut mengenainya, klik Indori disini

20 January 2010

Pakai Buang vs Pakai Basuh


Huhuhu...saje je wat tajuk kat atas tu sebab dah ketandusan idea. Tak kisahlah kan, yang penting ada kena mengena dengan apa yang ibu nak story ni.

Kali ni nak share mengenai pix kat atas tu. Kalau yang belum tau, itulah dinamakan lampin kain moden@cloth diaper@CD. Ibu mula tahu benda ni masa berpantang kat kampung dulu, time tu tengok MHI ada segmen bersama Kak Suraya dari Lunatots. Lepas balik ke Ipoh, ibu cari lebih info mengenai CD dalam internet.

Rupa-rupanya banyak kelebihan berCD ni. Memetik beberapa fakta dari blog Mommy Iki tu, berCD bukan saja dapat elakkan baby dari bahan kimia dalam diapers, malah boleh jimat wang dan mengurangkan sumber SAMPAH ketiga terbesar di dunia!! (Disposable diapers @ DD mereput dalam masa 500 tahun!)

Meskipun dah tahu fakta time tu, kami masih lagi berkira2...nak2 lepas tengok harganya, waduh...(eh, omong seberangkah aku) tersentap sekejap harga sekeping CD dekat RM50. Masa tu CD tersenarai dalam list pembelian paling bawah sekali. Yelah...baik beli lampin pakai buang yang harga RM30++ dapat 60 keping.

Buat seketika, Khalish masih setia dengan brand Mamy Poko dan Huggies. Tu je pun brand yang kurang buat kelangkangnya jadi merah. Bukan nak kutuk, tapi brand yang lain memang tak serasi dengan kulit lembut mulus Khalish.

Kira-kira 2 bulan lepas tu (Khalish 5 bulan), kami memutuskan untuk melabur sebahagian duit rayanya untuk membuat pembelian 5 keping CD dengan Lunatots sebagai percubaan. Keputusan ini bukan saja demi kebaikan Khalish malah ia juga menuntut lebih komitmen daripada ibu. (sebelum pakai, nak kena pre-wash tiga kali, pastu bila dah guna, kena basuh lagi...sidai...kiranya bertambah satu item dalam kerja-kerja pembasuhan.

Demi anak, ibu gagahkan juga. (alah...mak dulu2 pun gigih juga basuh kain lampin yang warna putih empat segi dan plastik getah, boleh je!). Walaupun pakai secara berselang hari, apa yang ibu perasan, ruam merah tak muncul pun bila ibu lambat tukar CD. Selain tu, tak perlu nak pakaikan Khalish krim anti ruam pada kelangkangnya. Perasaan bertambah gumbira bila dia nampak kiut je bila pakai Cd yang colurful tu.

Dalam sedar, kami menambah koleksi CD Khalish sedikit demi sedikit hinggalah sekarang Khalish dah ada 20 helai CD pelbagai brand - Lunatots, Coolababy dan Babyland. Ibu memang nak try semua brand dan tengok ketahanannya. Setakat ni, memang puas hati dengan brand yang ada ni. Tapi, Babyland yang printed je ok, jenis plain kureng skit (kawan cakap la, huh...nasib baik beli printed je).

So, sekarang ni Khalish dah sepenuhnya pakai CD. Dia dah tak de ruam merah lagi. Selepas membuat kiraan matematik moden, ayah Khalish dah berjimat berjaya mengurangkan kos pembelian DD kira-kira RM75-RM85 sebulan. (Sehari Khalish pakai 6 pc DD brand Huggies (RM0.50/pcs) / Mamy Poko (RM0.84/pcs). Syukur dapat beli CD awal sebagai langkah penjimatan jangka panjang.

Yang best lagi, CD ni leh pakai hingga Khalish pandai pergi tandas sendiri, boleh adjust pelbagai saiz dan boleh pass kat next 2nd junior akan datang. Alangkah indahnya dunia, uhuk2...pasni ibu boleh dapat elaun tambahan beli mekap, baju, henbeg....kan ayah kan?

Nota imbasan: Teringat masa berpantang tiga bulan kat kampung, tiap2 hari ayah tanam DD Khalish dalam lubang besar kat tanah lapang sebelah rumah. Kalaulah akan datang ada orang buat rumah kat situ, mesti diorang jumpa banyak 'harta karun' Khalish. hehehe...

Notakaki: Sape nak berCDkan anak, ada promosi berbaloi2 di blogshoppe khalish : khalishterritory.blogspot.com

13 January 2010

Bila Si Langau Berbau Bangkai

# Ini entry cili padi : ganti nama ibu bertukar menjadi aku #

Pagi ni mak ada kol gtau adik aku sedih n stress coz kawan sepejabatnya memfitnah dia dengan bos. Fitnah ni mula jadi bila bos dia bergelar Datuk hampir 6 bulan lalu. Untuk pengetahuan, adik aku ni baru dua tahun bekerja sebagai seorang P.A di sebuah badan berkanun kerajaan.

Memula adik aku tak amik pusing dengan cakap2 orang-yang-sakit hati-tengok-orang-lain-hidup-tenang ni. Tapi, bila dia berdiam diri makin melampau lak hingga satu bangunan termasuk pak cik guard n mak cik cleaner pun tau gak.

Ada ke dia fitnahkan adik aku skandal dengan bos dia? Jadi bini no.2. Adoi...ingat adik aku tak de taste ke ape. Hello...we'all tak minat dengan barang 2nd hand la. Mesti orang kata kalau angin tak bertiup masakan pokok bergoyangkan? Then, aku tanya adik aku adakah dia bermain cinta dengan bos dia? Mengucap panjang adik aku tu, balasnya "Kak, tak terlintas langsung adik nak kacau rumahtangga orang. Adik cuma nak cari rezeki halal, tu pun ada orang dengki,". Kesian adik aku...

Ada cerita disebaliknya. Ada senior kepada bos dia (jeles tak dapat pangkat Datuk) buat cerita kononnya bos adik aku ni ada skandal dengan P.A (adik aku kononnya). Bila sekor langau dah makan bangkai, apa lagi langau2 lain pun join la sekaki. Pastu, tokok tambah kononnya dah berjangkit dengan kawan bos dia (sorang Datuk) skandal dengan pegawai satu opis sampai jadi bini no. 2. huh...tak semua orang berpangkat camtu kan?

Adik aku ni pun ada gunting dalam lipatan gak. Orang cantik, lembut mestilah disukai ramai. Yang jeles tu sapa lagi kalau bukan kaum yang sama gak. Adik aku ni dah naik gred, lagi la menjadi nanah dalam hati si langau betina tu.

Fitnah tu bukan setakat terhenti kat opis je sampaikan menjadi bahan bualan dalam FB. Adik aku baru tau. Huh...memang tak de keje lain diorang ni padahal banyak lagi topik negara yang boleh dibincangkan. Pasal gula naik ke, jenayah sana sini ke...Heeeii...! Manusia cetek ilmu dan agama macam nilah....

Adik aku ingat dia kuat nak hadapi semua dugaan ni, tapi sebagai seorang wanita muda yang baru nak mulakan perjalanan hidup ni dia seakan rebah sekejap. Mengalirkan air mata untuk meredakan keresahan di jiwa. Betullah fitnah itu lebih dahsyat dari membunuh.

Sampaikan dia rasa cam tawar hati je nak gi keje. Tak bersemangat nak dengar orang mengata atas, bawah, depan, belakang pasal dia. Dah la tak berani bertanya face-to-face dengan adik, dicanangnya cerita depan2 dia lak tu. Sabarlah dik...mulut manusia ni selagi dia tak m*mp*s. Tak tutup mulutnya.

Ni aku dengar, bos dia dapat naik pangkat gi departmen lain. For sure lah bila kita wat keje tiptop dan bos puas hati, so bawa kita sekali keje dengan dia. Sapa2 pun, kalau dapat bos baik mesti kita nak kerja dengan dia lagi kan? Maka, bertambahlah dengungan langau2 yang berpenyakit hati memfitnah sana-sini kononnya bawa bini muda sekali. Kalaulah...langau2 tu boleh dibunuh dengan ridsek, alangkah....

Aku berharap adik tabah menghadapi dugaan hidup. Manusia ni ada 3 jenis...
1- Jenis tak kacau hidup orang dan orang tak kacau hidup kita.
2- Jenis suka kacau hidup orang tapi tak suka orang kacau hidup dia.
3- Jenis tak kacau hidup orang tapi orang suka sangat kacau hidup kita.

Takkan aku nak suruh adik aku wat notis kat papan kenyataan macam ni lak,
"bahawasanya saya ...... bersumpah tidak mempunyai apa2 hubungan dengan bos saya iaitu ..... Semuanya adalah fitnah semata-mata. Sekian untuk makluman si langau tercabut kepak".

Takkan nak pergi sekor2 untuk jelaskan perkara sebenar. Tak pun, takkan nak panggil krew Melo*eh nak wat statement. Adik aku tu bukan selebritik, cuma seorang anak dara yang sempoi berusia 23 tahun je.

Banyak2 lah bersabar dik, kita keje mana2 sekalipun, mesti ada cabaran dan risikonya tersendiri. Asalkan kita berada di pihak yang benar, insyaallah mereka2 tu ada balasannya sendiri. Jangan lupa, mohon perlindungan dari Allah jauhkan hasad dengki dan kejahatan manusia serta dari godaan syaitan.

Nampaknya, balik kampung t ko kena mandi bunga untuk buang aura -ve, pulihkan semangat dan cara tak langsung naikkan seri. hehehe... Jangan bos ko yang anggap ko cam anak sendiri syok kat ko sudah. (i tak rela nak beradik iparkan orang tua. yewks...). Moga adik tenang selalu dan bertemu jodoh dengan insan yang fresh n berkualiti. (spesis jawa rejek tau... takde kelas -uppps...ada yang terasa kah? Sapa terasa tak de kelas aku ngutuk ko la tu. Zasss!!!)