04 September 2013

Koleksi Siput Dah Jadi Khazanah Muzium UPSI

Bulan Jun lepas, saya menerima email daripada pihak jabatan biologi fakulti Sains dan Math UPSI, Puan Noraine. Menurut beliau, mereka kini sedang giat menambah koleksi spesimen kulit siput di Muzium Zoologi dan sangat berminat dengan koleksi kulit siput yang saya miliki menerusi entry kulit siput ini. 

Memandangkan bagi tujuan pendidikan, saya senang hati sudi menyumbangkan sebahagian koleksi yang ada. Bukanlah semua jenis, hanya jenis kulit siput yang mempunyai dua atau lebih jenis yang sama. Yang hanya ada satu dan susah nak dapat, memang tak delah den nak sumbangkan dengan senang hati. Berat hati adalah, sayang punya pasal.

Walaupun kulit siput, sesi pemilihannya memakan masa tau. Mula-mula kita tengok dulu koleksi saya yang dah terkumpul sejak tahun 1990-an lagi. Bagus, masih elok cuma ada beberapa yang hancur berderai. Lepas pilih, kita asingkan mengikut jenis, bentuk dan   keunikkan. Lepas asingkan untuk Upsi, boleh pulak saya masukkan balik dalam kotak. Lepas asingkan, keluarkan balik 2-3 kali. 





Eh...apasal macam sayang semua. Wa...rasa macam tak nak berpisah pun ada. Namun, saya kuatkan semangat memilih mana yang masih sempurna untuk disumbangkan. Selamat tinggal kulit siputku sayang. Untung-untung muzium tu dibuka pada awam nanti, bolehlah saya jenguk kamu kelak. (Puan Noraine, jangan lupa inform ye).
Ini je lah yang dapat disumbangkan 
Makanya, sesi penyerahan kulit siput sehari lepas balik Ipoh raya haritu, berkesempatan ke Upsi memandangkan En Bapak kebetulan cuti tiga hari. Sudah berjanji dengan Dr Remmy (menggantikan Pn Noraine) yang akan menerima kulit siput. Jumpa di Yik Mun memandangkan inilah restoran feberet kami apabila ke Tanjung Malim (dalam boikot2 sempat lagi ko membonceng ke sini ye). Tak pelah, sesekali je pun. 

Sekali, bila bertemu alamak (dalam hati) sekali Dr Remmy tu mamat cina la. Teringat la pulak sebelum tu, siap sms dia dengan salam bagai. haha...mana acik tau. Jumpa ingat nak la berborak2-borak bagai. Sekali memang tak delah sebab beliau nampak rushing semacam. Tak sampai lima minit pun jumpa. Terus blah. Sabar jelah kan.

Yeha, makan terus tetap makan. En Bapak makan nasi goreng si chuan, Alahai, setakat makan nasi goreng sayang boleh siapkanlah. Sekali En Bapak balas, nasi goreng sayang sama je rasa, nasi goreng kampung ke, tom yam ke, cina ke sama rasa. Ceh...tu namanya kasih sayang saya sama rata sume hokey. Ape da...Kan dah tak merasa nasi goreng saya selama sebulan. Rasakan...biasa dia mengkritik chef domestik macam ai ni!

Masa makan itu hari adalah order roti bakar kahwin dengan white kopi. Air soya suam langsung tak sedap. Nasi gorengnya ok-oklah tapi paunya masih lagi sedap. Kami kemudiannya membungkus mee hokkien untuk dibawa ke Sungai Klah.


Yeah. kami kembali lagi ke kolam air panas di Sungkai. Nantikan entry berikutnya yang penuh dengan khasiat. Katanyalah...


notajari: Lepas jumpa Dr Jimmy haritu, petangnya dia ada sms mengatakan ada surat yang lupa nak serah pada saya. Minta alamat katanya akan dipos. Sampai sekarang masih tak nampak bayang suratnya dalam peti pos. Bizi sangat kot. 


30 August 2013

Kenangan Aidilfitri 2013 (bahagian 2) : Best Ever Open House

Tiap-tiap tahun kecuali Aidilfitri tahun lepas (sebab Mak Ayah mengerjakan umrah selama sebulan) tak pernah miss buat open house.

Dengan ahli keluarga yang ramai, saudara mara, kawan-kawan dan rakan bisnes maka Ayah menjadikan majlis berkenaan yang lebih tepat setiap malam raya ketiga sebagai aktiviti wajib.

Setakat menyediakan juadah hidangan 400-500 tak de hal punya memandangkan Ayah sendiri menjalankan bisnes katering. Bukan nak cakap besar tapi ini realiti. Bagi Ayah paling menggembirakannya adalah menjamu orang makan. Bak kata Ayah ada rezeki lebih patut dikongsi bersama. 

Oleh kerana En Bapak mula bekerja pada hari kedua, beliau dengan suka-paksanya menghantar juga anak isterinya balik ke kampung. Walaupun buat muka sardin dan ugut kononnya nak upload gambar megi dalam fb, saya 'terpaksa' kering'kan hati untuk balik juga ke kampung.

Hello, ai ada Mak Ayah juga tau. Nak gak beraya bersama dan sertai best ever open house. Dah lama dua tahun tak dapat join. Alah, apedehal setakat lima hari ketiadaan ai, takkanlah tak leh hidup ye tak. Kalau ada jemputan open house mana-mana, pergilah buang penghilang kebosanan. hehehe...

Jadi, pagi-pagi raya kedua lagi dah bangun dan masak apa yang patut untuk bekalan sang suami yang balik ke Ipoh untuk bekerja mencari sesuap rezeki. Ecewah...ayat tak agak-agak.
Ayah (berjubah)
Mak dan Hakimah
Open house Ayah saya aka Pak Cik Usop ni bukan sebarang open house tahu. Dah gaya open house rumah MB tau. Menu utama je dah berjela dalam senarai. Ayah memilih gaya gerai dalam menghidangkan makanan. 

Ambil pinggan, carilah gerai mana yang menjadi pujaan hati. Nasi himpit, rendang, ayam masak merah, kuah kacang, bihun, mi dan kuey teow goreng, nasi goreng cina, laksa, nasi lemak sambal sotong kembang, soto, nugget, sosej, roti canai, ikan bakar, kupang bakar malah ada kek dan aiskrim lagi. Mana nak dapat, dalam satu malam macam-macam boleh makan. Kalau yang jenis pemakan tu, hah melantak la jawabnya.
Afrina babam dan ibunya
Menu tahun ni ada tambahan kambing bakar. Sebenarnya kambing tu aqiqah untuk anak buah yang dah tiga bulan usianya, Nur Afrina Firzanah. Kambing...biasalah comel lote je, tak sampai setengah jam dah licin licau, tak ingat orang belakang langsung. 
Pak cik2 jaga air. hihihi - Thalha dan Farhan
Pilihan air pula dah bajet macam jual kat pasar malam. Air sejuk je dah empat jenis - air mata miow, air oren, air anggur, air sirap, air panas pun ada juga. 
Orang sibuk makan, diorang sibuk tengok bola
Rumah kami taklah sebesar mana, tapi kalau nak berjalan dari bilik saya ke bilik mak, sengal gak kaki. Kelebaran kurang tapi memanjang lebih. Ada faham.

Jadi, tahun ni menjangkakan pengunjung akan bertambah, ayah telah menempah dua buah khemah untuk tetamu. Tu pun penuh juga hinggakan ada yang terpaksa melepak kat tembok pagar. Selesa juga tapi dah dalam rumah penuh nak buat camna kan. Lagi senang apa, dah habis pergi tambah lagi, duduk, gi tambah lagi...

Sayangnya saya tak berkesempatan ambil gambar sendiri dek kesibukan menjadi penanggah aka akak katering. Sekejap-sekejap larik gi dapur tambah makanan dalam tray. Sekejap-sekejap angkat pinggan plastik buang dalam plastik sampah. Nak berbual lama dengan sedara mara belah Ayah memang takdelah. 
Adik-adik sepupu yang rajin. Dak Azam juga kanan sekali. Eh Adib Khalish tiba2 terselit di situ
Gambar-gambar ni pun cilok dari fb sepupu saya, Kay Zuhair. Thanks mamat sudi upload pic ni. Majlis habis dalam jam 11.30. Syukurlah ada saudara mara yang ringan tulang membantu mengemas. Kalau diorang takde, nak slip disk juga rasanya. Alhamdulillah, terima kasih semua. 

Ikutkan saya tempah je katering, lepas tu fikir balik, eh apehal ko nak tempah katering, Ayah kan katerer tersohor lebih 20 tahun tu. Tak memasal termimpi-mimpi Ayah cakap, Mak ko masak lagi sedap!

Esoknya, lepas settle semua kerja, kami ke rumah Mak Long di Pengkalan Balak untuk sarapan pagi. Masih terasa-rasa mee rebus dia buat. Setaraf dengan mee rebus Ramli yang femes kat Ipoh tu kata ko. Phew...Nanti balik, orang belikan Mak Long taucu Opah ek. Masjid Tanah takde orang Melayu buat taucu, tapi kat Ipoh melambak!

Kami kemudiannya konvoi ke hospital Jasin melawat Pak Ncik yang masuk hospital sejak petang raya kerana darah tinggi. Nasib baiklah Hospital Jasin kan, tak ramai orang parking pun senang. Kalau Hospital Melaka, silap-silap kena halau sebab satu rombongan cik kiah datang hospital. Sabar jelah...

Dua hari lepas tu, Mak Ayah hantar kami ke Port Dickson. Pass kat adik, Hakimah untuk dihantar ke KL Sentral. Eheh...terasa macam barang lak main pass-pass ye. Dah Kimah rela menghantar, kami lagi rela sudi dihantar. hihihi

Mula-mula ingat nak balik Ipoh naik bas, tapi kali terakhir balik aritu Khalish bantai muntah masa kat Seremban. Kesian pula dia yang mewarisi bapaknya yang asyik muntah bila naik bas.  Lepas tu, En Bapak offer nak balik kampung ambil, ishhh...rasa macam kesian lak suami ai sebab dia baru suntik gel kat buku lali dia.
Sudahnya kami memilih naik ets. Ets kan ada tiga kelas gerabaknya- 1. Platinum (sehala terus tanpa henti KL-Ipoh), 2. Gold (henti tapi 8 stesen), 3. Silver (14 hentian). Masa tu En Bapak ingat Gold tu yang paling cepat, sekali salah beli da. Tapi tak pelah, naik 12.05 tengahari sampai 2.15 petang. Sekejap je pun, sempat lagi Ilhan layan tidur. Mujurlah tiada sebarang insiden muntah dalam tren dilakukan Khalish. Baguslah, lepas ni kalau balik kampung boleh naik ets lagi. Tapi sampai KL Sentral lah. Lepas tu, kalau tak de orang ambik ko balik Melaka jalan kaki sendiri. :*(

Esoknya, hari ulang tahun En Bapak. Boleh baca di sini ye. 


notajari: Open house tahun ni mengakibatkan kehilangan tab Samsung Mak. Tak tahulah siapa pencurinya. Dah ramai-ramaikan, sikit cuai je alamat putih matalah jawabnya. Walaupun kita dah berhati-hati tapi perkara macam ni memang tak dijangka. Dah diberi makan, eh ko nak mencuri lagi ye. Dasar tak bersyukur memang cenggini. 

Mak tak terkilan sangat pasal tab tu, dapat free je pun masa cabutan bertuah. Yang beliau terkilan sebab banyak pix dalam galeri tu termasuk pix ke Medan baru-baru ni. 

29 August 2013

Kenangan Aidilfitri 2013 (bahagian 1)

Assalamualaikum,

Wah...wah diam tak diam dah 22 hari kita beraya. Dan diam-diam jugalah saya perapkan cerita aidilfitri kami. Tak patut, tak patut. Memandangkan sistem giliran balik kampung beraya yang diamalkan sejak berumah tangga lima tahun lepas, tahun ni giliran beraya di rumah En Bapak. 

Tiga hari sebelum raya kami dah balik ke sana. Nak rayakan, sebagai menantu mithali *lantik sendiri - jadi tolong apa yang patut, tukar langsir, kemas rumah, membuat penyediaan menu raya malah sempat lagi bershopping baju raya untuk opah dengan mama. 

Ofkos, chef utama adalah MIL aka mama. Buat kata En Bapak, menu raya adalah spesialiti mama, so selamatlah anak menantu kesayangannya daripada mengodek kuali yang penuh dengan rendang kerang dan ayam. hihihi.
Malam raya, sempat lagi saya mengodek kek marjerin dan muffin blueberry bertemankan cerita satu malam kubur berasap. Memang berasap je rasa tengok si angah berlakon cenggitu. Dekat jam 2 pagi baru tidur lepas kudap-kudap makan kuih raya dalam balang yang baru diisi. 

Esoknya, sebelum subuh mama dah kejutkan kami untuk bersalaman dengan ayah aka FIL disebabkan ayah terpaksa bergegas pulang ke kampungnya di Teluk Intan untuk pengebumian saudaranya yang meninggal dunia.

Memandangkan opah berada di rumah ini, makanya mama tidak sertai ayah bersama. Sebak juga melihat mama teresak-esak ketika ayah pergi. Khalish juga bangun bersalaman dan mencium atuknya. Mau mengamuk dia kalau tak jumpa atuk nanti.

Pagi terasa indah apabila mendengar suara takbir. Anak-anak mudah dikejutkan memandangkan masing-masing teruja memakai baju baru. Ensem kata Khalish. Siap dengan spek tak tahan. 

Selepas solat aidilfitri, kami teruskan sesi bermaafan sesama kami. Sebenarnya awal-awal pagi lagi saya dah mengadap En Bapak. Siap dapat duit raya lagi! 





Seterusnya kami ke kampung halaman mama di Pulau Indah. Destinasi utama adalah menziarahi kubur arwah atuk. Buat pertama kali, kami membawa Khalish dan Ilhan ke sana. Al-Fatihah dikirimkan buat arwah.

Kami kemudiannya ke rumah arwah atuk yang kini diwarisi mak anjang. Seperti biasa adik beradik mama turut berkumpul di sana. Akhirnya berjumpa juga dengan ketupat. Wah...rindu betul. 

Rasanya kali terakhir makan ketupat daun pisang masa saya sekolah rendah. Tu sekitar tahun 90-an. Masa tu ayah buat kelonsong ketupat sendiri dan merebusnya dalam tin minyak masak dan menggunakan kayu api. (ayah bab menganyam ketupat dan mengelim karipap adalah paling hebat dan kemahirannya tidak diwarisi pun kami adik beradik). huhuhu...
Selepas itu, kami kemudiannya bercadang konvoi berhari raya bersama. Mula-mula kami ke rumah Pak Ulung, sekali semua orang takde rumah. Kemudian ke rumah pak cik. Juga takde rumah. Dah namanya konvoikan, dekat 10 famili lepas tu banyak masa menunggu orang ni orang tu. 

Cadangnya nak ke Banting menziarah kubur arwah nenek dan keluarga di sana. Memandangkan dah dekat jam 1 lebih dan masih lagi menunggu ahli konvoi yang lain, kami berkeputusan untuk terus balik ke Melaka pula. En Bapak, esoknya dah kerja balik. Kang dengan jem lagi maunya tengah malam baru sampai. 

Jadinya, kami jumpa mama di tepi jalan, salam-salam dan terus cabut balik Melaka. Fuh...nasib baik budak-budak dah mula mengantuk.


....bersambung......

21 August 2013

Selamat Tambah Usia, En Bapak Sayang

Hari lahir En Bapak 14 Ogos lepas sebenarnya. 
Saja buat kelainan sikit saya ajak En Bapak ke Padang Polo, Ipoh untuk acara potong kek simbolik pertambahan usia yang makin matang. 

Sempat lagi anak-anak bermain gelongsor padahal waktu tengahari meremang tu.

Lepas tu, kami ke Restoran Malaysia Raya pekena stimbot. Restoran ni milik bumiputra. Nanti entry lain saya ceritakan ek. En Bapak kata boleh tahan sedap berbanding restoran Joni dan Sha...bu2. Kiranya stimbot paling ok di Ipoh setakat ni.

Ada dua kuah yang disediakan. Tapi, tekak saya masih teringat pada Rossa Passadena, Cameron Highland.

Salam aidilfitri semua. 

11 July 2013

Ini Ayam Selasih Bukan Ayam Senandung

Assalamualaikum,

Salam Ramadhan untuk semua pembaca blog picisan saya ni. Harini masuk hari kedua kita berpuasa. Semoga ibadah kita diterima dan diberkati Allah hendaknya. 
Pix kredit: sini
Sebelum ni, selalu juga nampak ayam berwarna hitam togel siap dibungkus di Mydin. Ingatkan ayam tu memang sengaja di'bakar-rentungkan' untuk memberi impak 'smoke' kekdahnya. Rupa-rupanya memang ayam tu jenis warna hitamlah. Dari bulu, bebola mata, kulit, daging, tulang malah lidahnya juga berwarna hitam. Tulah...kan dah tak kenal jenis ayam lagi. ahahaha....*simpati pada diri sendiri.

Lepas tu, tertengok pula dalam masterchef selebriti baru-baru ni, diorang kena masak ayam selasih. Ayam ni selalunya cina yang pandai masak. Biasanya dibuat sup herba atau ubat. Ada juga mengatakan ayam selasih ni antara lain sebagai salah satu 'pengeras' untuk ritual ghaib. *tahyul sangat dah ni.

Mengikut pembacaan saya menerusi google, di Indonesia ayam ini turut dikenali sebagai ayam cemani. Katanya harga ayam ni boleh mencecah ribuan ke ratusan ribu ringgit bergantung kepada jenis ayam selasih yang dikehendaki. Biasanya ada kriteria tertentu dicari oleh bakal pembelinya antara lain keseluruhan badan ayam termasuk darahnya haruslah berwarna hitam. *tahi warna hitam tak nak ke?

Kat Mydin, reganya dalam belas-belas ringgit je, tapi yang dah matilah. En Bapak pernah mencadangkan pada saya supaya beli dan buat masak rendang. Eksotik la sangatkan, rasa macam tak lalu nak potong, masak apatah lagi makan. hurm...
Masa ke pasar besar Ipoh tempoh hari, ternampaklah ayam jenis ni kat area jual pisang bawah tu. Dah terlanjur nampak, kita tanyalah ayam apa ni. Rupanya nilah ayam selasih yang hitam legam tu. 

Harganya......cer tanya, cer tanya....harganya..........jap kesat peluh, harganya ye....RM120 seekor je. Diulang RM120 seekor je tau. Tapi yang kami jumpa ni tak semuanya hitam, paruhnya ada blond skit. Mesti dah jadi kacuk ni ala pan asian la katakan.

Kita berenti amik gambar je lah. Bukan senang nak jumpa ni. Minggu selepas tu, pergi pasar, dah kosong sangkar ayam ni. Selamat....Kesimpulannya, silalah ambil tahu jenis-jenis ayam disekeliling kita. Jangan terer pasal ayam KFC spicy-original je. Ada faham??

Baiklah, sebagai kerja rumah cuba teka apakah nama ayam di bawah ini.

04 July 2013

Majlis Pertunangan Yang Tak Pernah Dihadiri

Kalau majlis pertunang orang Melayu selalu sangat dah pergi. Kali ni, apabila jiran kami, Auntie Supiamah melayangkan kad jemputan hadir ke majlis pertunangan anak beliau, Dr Jayalaksmi membuatkan kami tidak melepaskan peluang untuk menyaksikannya.

Majlis dibuat di sebuah hotel di Ipoh. Sehari sebelum majlis, saya dan jiran sebelah, Kak Ros bersepakat untuk pergi bersama famili masing-masing ke majlis berkenaan.

Majlis bermula jam 7.30 malam. Maghrib dulu dan baru bergerak ke sana. Kira-kira jam 8.20 kami sampai, dewan berkenaan hampir dipenuhi orang rata-rata berbangsa India. Adalah beberapa orang Melayu sampai, mungkin kenalan anak-anak Auntie sendiri.
Menarik juga apabila dapat melihat adat pertunangan masyarakat India. Macam adat Melayu, mereka juga ada sesi perbincangan bersama keluarga (kalau kita siap ada pantun bagai), masa ni memang tak dengarlah sebab hanya ibu bapa kedua-dua belah keluarga sok sek2 sendiri (dengan dewannya bising dan En Bapak yang amik gambar diorang pun tak dengar suara).

Lepas tu, ada la sesi bakar apa tah, yang mana kemudiannya mengundang bunyi loceng kecemasan kebakaran. Yelah, asap berkepul-kepul naik ke atas siling maunye tak berbunyi alarm tu. 2 kali pulak tau. Saya, Kak Ros dan anak-anak kami dah standby lari kot-kotlah pancuran air atas siling tu tiba-tiba terkeluar. haha...takkan ke haru! Mujurlah tiada insiden yang dibayang berlaku.

Tak lama selepas itu, bakal pengantin perempuan masuk dengan persalinan yang cukup cantik bersama pengiring yang membawa hantaran. Siap ada sirih junjung tau. Lepas tu ada sesi serahan 'tanda' pada bakal ibu mertua, memakai thali, bunga kalungan dan kemudiannya sesi menyarung cincin.

Pasangan bertunang kemudian dipakaikan pottu di dahi sebelum melakukan 'sujud hormat' pada kedua ibu bapa mereka. Usai sesi berkenaan, sesi bergambar pun bermula 

Para tetamu kemudiannya dijemput menjamu selera. Mula-mula agak risau juga kot-kotlah ada hidangan  yang menimbulkan was-was dihidangkan. Memahami kegusaran di wajah saya, katerer berkenaan menyatakan makanan yang dihidangkan pada malam itu semuanya vegetarian. Fuh....lega.

Seingat saya, ada capati dan kuah dhal, ada nasi, sayur, masak tauhu dan beberapa hidangan yang saya rasa sedap di tekak. Haha...buat kata En Bapak tekak saya ni memang ala-ala mamak. Lepas tu memandai menggelar saya kacukan 'Jawi Peranakan'. Grrr...memandai!
Lepas makan, kami terus ke hospital untuk sesi nebulizer Khalish. 

03 July 2013

Share: Apa Yang sebenarnya Berlaku di Syria?

Saya temui artikel ini di sini. Sila baca dan doakan mereka. 
By Dunia Maklumat 

PERISTIWA SYRIA

Syria merdeka dari penjajahan Perancis pada 1945, dan telah diperintah oleh anak bangsa Syria sendiri sehingga zamanHafez Al-Assadyang telah memerintah selama 32 tahun dan diikuti oleh anaknyaBasyar Al-Assadyang telah memerintah selama 11 tahun.Syria telah menjadi negara yang diperintah oleh diktator.

Hafez Al-Assad berpegang padaSyiah Nusairiyah, yang menyimpan perasaan dengki terhadap rakyatnya daripadaMUSLIM SUNNI, yang mencaci dan menghina Saidina Aishah dan Ummahatul Mukminin radhiyallahu anhum, diharamkan sembelihan mereka, mereka melakukan kejahatan yang pelbagai, mereka tidak solat di masjid kita (ASWJ) Ahli Sunnah Waljamaah.

Kerajaan Syria didokong oleh Iran yang terkenal dengan Syiahnya, bahkan Hafez sendiri merupakan pelampau Syiah.

Syeikh Hassan seterusnya menceritakan tentang Syria yang mana 6 peratus darinya merupakan Syiah Alawie, 10% darinya beragama Kristian dan 84% daripada rakyatnya beragamaMuslim Sunni.


Iran mempertahankan tindakan ganas regim Hafez yang membunuh rakyatnya sendiri, begitu jugaHizbullah di Lubnanjuga menyokong tindakan Hafez Al-Assad.
BERMULA ZAMAN AYAHNYA

Hafez Al-Assad-konflik berdarah di Hamapada tahun 1982 yang berlaku selama 27 hari mengorbankan hampir 46000 ribu penduduk Hama. Peristiwa ini menyebabkan rakyat Syria mendiamkan diri dari politik sekian lama.

Rakyat mula kembali bangkit terhadap kezaliman yang berlaku semenjak 8 bulan yang lalu.

Permulaanrevolusiberlaku di Hama, kemudian merebak ke bandar-bandar lain seperti Dar’aa, Hauran, Halab bahkan sehingga ia berlaku di 157 tempat di Syria.

PUNCA KEBANGKITAN ADALAH: Ada sekumpulan kanak-kanak seramai lingkungan 28 orang bermain-main dan telah menulis sesuatu di dinding sekolah mereka.

Apa yang ditulis oleh kanak-kanak ini ialah “RAKYAT MAHU JATUHKAN KERAJAAN”. Slogan ini telah dilaungkan di negara2 yang berlaku kebangkitan rakyat.

Pasukan keselamatan Syria telah menangkap kanak-kanak ini. Mereka telah diseksa dengan cara mencabut kuku-kuku kaki dan tangan mereka. Salah seorang kanak2 itu telah meninggal dunia dan keluarganya meminta mayat kanak2 itu serta kanak2 lain dilepaskan.

Kerajaan telah meletakkan syarat dimana bila mahu lepaskan kanak2 itu, mereka perlu memberi wanita2 dikalangan mereka untuk dinikahi oleh puak2 kerajaan Syria ini ( satu bentuk penghinaan), maka berlakulah kebangkitan di Syria.
BENTUK KEZALIMAN YANG BERLAKU SEPANJANG TEMPOH SAURAH.

1-Dalam masa 42 hari telah terbunuh Syahid seramai 4000 orang rakyat Syria.

2-39000 orang telah cedera, mereka tak dirawat dan dibiarkan sahaja.

3-Satu peristiwa di mana seramai 19 orang doktor di hospital dan 40 orang pesakit di hospital tersebut dibunuh tentera Assad di wilayah Doma.

4-9000 tahanan ditahan.

5-413 orang telah syahid di dalam penjara.

6-Wanita2 diculik dan dibawa ke tempat yang tak diketahui. Wanita ini telah dirogol di hadapan abang2, ayah, anak2, dan ahli keluarga mereka. Sebelum dirogol, mereka digari terlebih dahulu.

7-Seorang ukhti bernama Zainab Al-Husni dari Hims, di Madinah Khalid bin Al-Walid. Beliau telah ditangkap dan mahu diperkosa oleh tentera yang menangkapnya.

Tetapi beliau melawan. Lantas beliau dibunuh dan telah dipotong 4 KERAT.. Anggota badan yang dikerat itu dimasukkan ke dalam plastik, lalu dicampakkan ke hadapan keluarga beliau.

8-Mengucapkan takbir merupakan sesuatu yang tidak disukai.

9-Menyuruh tukar Laa Ilaha Illah Basyar Asad.

10-Basyar Assad juga daripada kelompok Syiah yang terkeluar daripada Islam dan mengharuskan untuk membunuh Muslimin Sunni..

84% daripada posisi kepimpinan Rejim Basyar Assad dipegang oleh kaum keluarga mereka yang terdiri daripada 3 keluarga besar,

6% daripada posisi tersebut pula daripada kaum Ajam dan 10% lagi daripada golongan Kuffar..

Tiada posisi bagi Ahlus Sunnah wal Jamaah..Kezalimannya terhadap wanita dan kanak2 juga terlalu dahsyat melebihi Israel..rakyat2 Sunni dibunuh sesuka hati tetapi walau seorang Israel pun tidak ditumpahkan darah..hasbunallahu wa neemal wakeel..

#RAKYAT YANG KELUAR BERDEMONSTRASI AKAN MANDI DAN BERWUDHUK KERANA MEREKA YAKIN TIDAK AKAN KEMBALI LAGI…
FATWA ULAMA TENTANG SAURAH DI SYRIA

Rabitah Ulama Syria yang diasaskan oleh Dr Ali As-Sobuni dan Rabithah Ulama Sedunia telah berfatwa kepada rakyat Syria agar mempertahankan rumah mereka daripada keganasan tentera walaupun dengan menggunakan pisau dengan berdalilkan hadis berikut;

“Barangsiapa terbunuh mempertahankan hartanya, maka dia syahid ; barangsiapa terbunuh mempertahankan ahli keluarganya, maka dia syahid; atau mempertahankan agamanya, maka dia syahid”

-hadith ini dikeluarkan oleh Abu Daud dalam Sunannya (2/275) An-Nasaie dan Tirmidzi dan disahihkan oleh Imam Al-Albaniy dan Ahmad (1652 dan 1653) dari jalan Said Bin Zaid dan sanadnya Shahih.
PERKARA TERBARU

1-Masa depan kebangkitan ini begitu baik. ia berterusan dan semakin kukuh. Lebih 30000 tentera yang terdiri dari pegawai telah bersama rakyat.

Mereka ini telah melindungi orang2 yang turun berdemo kerana tidak tahan melihat kekejaman rejim Basyar Assad ini yang sesuka hati membunuh rakyatnya sendiri.

2-Pertubuhan2 Arab (Liga Arab) telah mengambil pendirian tentang apa yang telah Syria lakukan terhadap rakyatnya. Mereka tidak membenarkan pegawai2 Syria memasuki tanah mereka.

tetapi ada dua negara yang tidak berpendirian sedemikian iaitu Iraq dan Lubnan. Iraq tidak berpendirian sedemikian kerana pemimpin Syria merupakan orang Syiah dan mereka selalu meminta pertolongan dari Iraq kerana Iraq merupakan negara Syiah.

3-Syeikh Yussuf Al-Qaradhawi telah mengeluarkan fatwa bahawa mereka yang terbunuh dalam keadaan yang sebegini adalah seorang yang SYAHID….

4-95% ulama Syria telah bersama dalam kebangkitan rakyat ini.

5-19% negara-negara Arab telah mewajibkan sekatan politik dan ekonomi ke atas Syria.
KENAPAKAH KITA KURANG MENGETAHUI DENGAN JELAS ISU SYRIA?

1- Gambaran tentang Syria agak tidak jelas bila dijelaskan oleh media2, kerana itu Syeikh Hassan dihantar bagi menjelaskan apakah sebenarnya yang berlaku di SYRIA..

2-Media2 barat sebenarnya tidak mahu manusia dunia tahu akan apakah sebenarnya yang berlaku di Syria. Lalu mereka telah memutarbelitkan fakta.

3-Syeikh Khalid Hasan bercerita, ketika beliau di Indonesia dan bertemu dengan seorang teman, teman itu berkata dia lihat di akhbar bahawa ramai orang menyokong Kerajaan Syria.

TV Indonesia juga menyiarkan bahawa ramai yang menyokong Kerajaan Syria yang dipimpin oleh Basyar Al-Assad. Apa yang berlaku sebenarnya ialah, kerajaan telah mengumpulkan pegawai2nya supaya berkumpul dalam erti kata lain mahu menunjukkan kepada dunia bahawa Basyar Al-Assad ini mempunyai ramai yang menyokong beliau.

4-Jangan terpedaya dengan kenyataan2 yang kita dengar dari ahli intelektual Syria dan ahli politik Syria bahawa yang Syria menentang Israel. Tetapi, sejak zaman ayah Basyar Al-Assad lagi (Hafez Al-Assad) tidak satu peluru pun yang singgah ke tanah Israel. Bahkan Tanah Tinggi Golan yang terletak di Tanah Syria telah dikuasai oleh Israel.

5-Kita banyak tidak tahu tentang Isu Syria selama ini sebab media telah dikawal oleh pihak rejim Basyar Assad. Manakala sumber media lain tidak dibenarkan memasuki Syria untuk membuat liputan.

Segala gambar dan video yang menjadi bahan bukti adalah hasil rakaman daripada para pendemonstrasi yang bertekad untuk merakam sendiri kezaliman tersebut dan kebanyakan daripada mereka telah menemui syahid.

Sebahagian rakaman lain telah dijual oleh tentera rejim Basyar Assad dengan harga 100 dolar. Syeikh Dr Khalid Hassan Al-Hindawi merupakan delegasi khas Syeikh Dr Yussuf Al-Qaradhawi ke Asia Tenggara untuk menyampaikan dan menyebarkan berita sebenar.

PERANAN KITA SELAKU SEORANG MUSLIM & SELAKU SEORANG MANUSIA

-Mendoakan saudara kita di Syria

-Menghulurkan bantuan untuk mereka dari segi kewangan

-Menyebarkan berita sebenar tentang apa yang berlaku di SYRIA.

Ingatlah Saudaraku, Nabi SAW bersabda yang bermaksud:

“Barangsiapa yang tidak mengambil tahu hal orang Islam yang lain, maka bukan dari kalangan KAMI”dan ingatlah selalu akan tempat kembali bagi mereka yang zalim:

Kalam Saidina Ali KWJ;“Sesungguhnya negeri yang batil itu sejkejap sahaj sedangkan negeri yang benar itu tetap sehingga datangnya kiamat”.

Firman Allah Taala dalam Surah Al-Isra’ ayat 81;

“Dan katakanlah :Telah datang kebenaran (Islam), dan hilang lenyaplah perkara yang salah (kufurdan syirik) ; sesungguhnya yang salah itu sememangnya satu perkara yang tetap lenyap”.

Firman Allah dalam Surah Ar-Ra’d ayat 17 ;adapun buih itu maka akan hilang lenyaplah ia hanyut terbuang, manakala benda-benda yang berfaedah kepada manusia maka ia tetap tinggal di bumi.

Demikianlah Allah menerangkan misal-misal perbandingan.

- Disusun semula dari pelbagai sumber oleh Abu Abdullah.

p/s perkongsian tokoh ulama’ syria, Syeikh Hassan di UPM menceritakan peristiwa sebenarnya yang berlaku di Syria.

Wallahu A’lam..