04 July 2013

Majlis Pertunangan Yang Tak Pernah Dihadiri

Kalau majlis pertunang orang Melayu selalu sangat dah pergi. Kali ni, apabila jiran kami, Auntie Supiamah melayangkan kad jemputan hadir ke majlis pertunangan anak beliau, Dr Jayalaksmi membuatkan kami tidak melepaskan peluang untuk menyaksikannya.

Majlis dibuat di sebuah hotel di Ipoh. Sehari sebelum majlis, saya dan jiran sebelah, Kak Ros bersepakat untuk pergi bersama famili masing-masing ke majlis berkenaan.

Majlis bermula jam 7.30 malam. Maghrib dulu dan baru bergerak ke sana. Kira-kira jam 8.20 kami sampai, dewan berkenaan hampir dipenuhi orang rata-rata berbangsa India. Adalah beberapa orang Melayu sampai, mungkin kenalan anak-anak Auntie sendiri.
Menarik juga apabila dapat melihat adat pertunangan masyarakat India. Macam adat Melayu, mereka juga ada sesi perbincangan bersama keluarga (kalau kita siap ada pantun bagai), masa ni memang tak dengarlah sebab hanya ibu bapa kedua-dua belah keluarga sok sek2 sendiri (dengan dewannya bising dan En Bapak yang amik gambar diorang pun tak dengar suara).

Lepas tu, ada la sesi bakar apa tah, yang mana kemudiannya mengundang bunyi loceng kecemasan kebakaran. Yelah, asap berkepul-kepul naik ke atas siling maunye tak berbunyi alarm tu. 2 kali pulak tau. Saya, Kak Ros dan anak-anak kami dah standby lari kot-kotlah pancuran air atas siling tu tiba-tiba terkeluar. haha...takkan ke haru! Mujurlah tiada insiden yang dibayang berlaku.

Tak lama selepas itu, bakal pengantin perempuan masuk dengan persalinan yang cukup cantik bersama pengiring yang membawa hantaran. Siap ada sirih junjung tau. Lepas tu ada sesi serahan 'tanda' pada bakal ibu mertua, memakai thali, bunga kalungan dan kemudiannya sesi menyarung cincin.

Pasangan bertunang kemudian dipakaikan pottu di dahi sebelum melakukan 'sujud hormat' pada kedua ibu bapa mereka. Usai sesi berkenaan, sesi bergambar pun bermula 

Para tetamu kemudiannya dijemput menjamu selera. Mula-mula agak risau juga kot-kotlah ada hidangan  yang menimbulkan was-was dihidangkan. Memahami kegusaran di wajah saya, katerer berkenaan menyatakan makanan yang dihidangkan pada malam itu semuanya vegetarian. Fuh....lega.

Seingat saya, ada capati dan kuah dhal, ada nasi, sayur, masak tauhu dan beberapa hidangan yang saya rasa sedap di tekak. Haha...buat kata En Bapak tekak saya ni memang ala-ala mamak. Lepas tu memandai menggelar saya kacukan 'Jawi Peranakan'. Grrr...memandai!
Lepas makan, kami terus ke hospital untuk sesi nebulizer Khalish. 

No comments:

Post a Comment