20 May 2010

19 Mei yang Indah Nan Syahdu


Semalam...19 Mei 2010
Alhamdulillah usia saya kini sudah bertambah matang lagi setahun.
Syukur kepada Ilahi atas rahmat kesihatan yang baik, fikiran waras dan kebahagiaan bersama suami, Khalish, baby dan keluarga tercinta.

Perkara pertama yang saya selalu lakukan apabila tiba hari lahir adalah mengucapkan jutaan terima kasih kepada Mak yang melahirkan saya 27 tahun lalu. Jasa Mak dan Ayah dalam membesarkan, mendidik dan mencurahkan kasih sayang tiada yang setanding di dunia ini.

Semoga Allah memberikan ganjaran tertinggi atas kesabaran dan ketabahan mereka ketika membesarkan saya 5 beradik. Moga Allah memanjangkan usia, murahkan rezeki serta memberi kesihatan yang baik kepada mereka berdua.

Kepada suami tercinta, terima kasih atas kecintaan dan keprihatinan melayan segala kerenah isterimu ini. Sesungguhnya kehadiranmu dan anak-anak menjadikan hidup ini lebih beerti.

Terima kasih jua kerana sudi menjadi Chef untuk makan malam yang hebat semalam. Bukan senang nak merasa air tangan B ni. Sangat terharu ok!!

Next entry saya akan postkan sambutan 3+1 kami yang berlangsung semalam ye. Wassalam...

Notakaki: Teringat zaman sambutan besday masa zaman sekolah dulu, tapi taklah sampai kena gantung sekolah macam yang terjadi kat Negeri 9 tu. huhuhu....

6 comments:

  1. Happy Besedayyyyyyyyyy..., 27 muda lagi belum 30...still young.Semoga diberkati , dimurahkan rezeki, gembira selalu..muahhss..

    ReplyDelete
  2. Terima kasih Kak Alia. Muda lagi kalau saya umo 17thn. hehehe...muahhss jugak utk akak.

    ReplyDelete
  3. happy birthday to ibu khalish ;)..pangkat adik pada sy lah..sy dah 30 (bulan lapan nanti)..hehehe..muda lagi ni 27tahun...

    ReplyDelete
  4. Happy belated birthday Ibu Khalish.. semoga semua impian tahun ni tercapai yer..

    umur baya2 Ibu Khalish skrg ni..saya baru jer kawin..hihihi

    ReplyDelete
  5. Terima kasih Kak Cat. oho...besday bln 8 sama bln dgn besday OS saya.

    ReplyDelete
  6. Amin...moga Allah makbulkan doa Ibu Arifa.

    ReplyDelete