09 January 2010

Bagi Saya Rumah Tu Satu!!

Pemandangan depan

Cerita ni berlaku sebulan yang lalu. Masa tu kami balik kampung ibu di Melaka. Pada suatu petang yang hening (eceh...cam buku cerita yang cik abang ibu bacakan pada Khalish sebelum dia tido lak), ibu terbaca booklet mengenai projek perumahan baru di Alor Gajah. Booklet tu ayah ibu dapat masa gi kenduri rumah kawannya.

Tengok design dia atas kertas dah membuatkan ibu jatuh cinta. Rekaan rumahnya moden dan bergaya. Harganya di bawah RM180,000. Tak lah besar sangat dalam 22"x70" je. Ada 5 bilik termasuk Penthouse dan 3 bilik air. Yang buat ibu jatuh chenta sangat siap ada Sky Garden n ruang balkoni yang boleh dijadikan taman mini.

Sky Garden (ada dua bahagian)

Ibu terus cakap pada cik abang banyak2 projek perumahan ibu dah survey nilah yang paling berpatutan dan termurah. Yer...mungkin lokasi memainkan peranan tapi dengan kemudahan disediakan ibu rasa berbaloi. Tanpa selindung, ibu cakap dah berkenan dengan rumah tu dan tanya pendapat dia. Dia pun komen smart tapi tang nak beli rumah dia cakap sabarlah...tengah usahakan ni. Hu3...ibu faham tapi sajalah nak test markat. kekeke

Balkoni (Penthouse)

Keesokannya kami nak bertolak balik ke Ipoh. Pagi tu ibu cakap pada mak minta dia tengok-tengokkan rumah contoh taman tu. Last-last yang ibu tahu ayah ajak kami pergi bersama ke Alor Gajah untuk tengok rumah. Kebetulan, keluarga mentua ibu ada di Melaka coz hadiri majlis kawin anak Mak Ngah. Makanya, berkonvoilah kami bersama. Bila lagi kan...??

Projek tu rupanya sedang membangunkan fasa 3. Rumah yang ibu berkenan ni fasa 2, 90% dah siap. Masuk je rumah contoh tu, segenap ruang sampai ke bilik air ibu teliti. Tingkat bawah, ada empat bilik termasuk master bedroom. Diorang design satu bilik study/kerja, 2 bilik anak n satu bilik tetamu. Tingkat atas, akan jumpa Sky Garden dulu sebelum masuk bilik ala2 Penthouse yang siap ada ruang persalinan lagi.

Bilik Atas (Penthouse - kat belakang ibu ada ruang persalinan n bilik mandi)

Aduhai...rasa nak beli je rumah contoh tu. Kakak yang incharge tu cakap developer tawarkan rumah tu untuk dijual. Reganye? RM270,000 ye puan2...full furnished siap ada hekon lagi. Hiii...kalaulah ibu ni ada akaun RM500,000 dah sambar dah. (hik2...ntah bila dalam akaun nak banyak tu).

Living room

Tapi, cik abang ibu cakap mana ada orang beli rumah contoh, lagipun barang2 dah kurang nilai coz rumah ni yang siap dulu berbanding yang lain dan rumah ni juga yang dah ramai orang terjah dulu. (hi...ayah ni tak leh orang nak berangan sket. Potong betullah...)

Dalam booklet kata Disember tahun ni dijangka siap (nama pun dijangka), sekali bulan 2 atau 3 ni dapat CF. Kami dah telan air lioq....Namun, lawatan kami tetap diteruskan melihat rumah kosong yang bakal dibeli (tinggal beberapa bijik je lagi). Rumah tepi sume dah habis. Yang tinggal rumah 2 dari tepi...tepi lorong k. Masuk ke rumah kosong tu, ibu dah berkira-kira nak stylish rumah tu camner (imiginasi lagi).

Ruang dapur

Dah selesai sesi lawatan, ayah ibu cakap nak tak rumah ni...Ibu jawab selamba memang nak, tapi tak sangka lak secepat ni siapnya. Ingatkan dalam pembinaan lagi dan nak tengok2 la dulu. Al-fulusun belum memenuhi kuota lagik. Sekali ayah ibu cakap, tak pe memula ni ayah bantu mana yang tak cukup dulu. Lagipun, rumah sekarang ni makin lama makin mahal.

Kami serentak..."Err..tak pe lah ayah. Nanti-nantilah dulu, Kitorg nak survey je dulu". Dengan tak dijangka, ayah ibu keluarkan deposit RM500 untuk book rumah tu dulu. Kami?? Sesama berpandangan dan menahan nafas...

Bak kata cik abang ibu, macam mimpi lak beli rumah dalam sekelip mata. Ikutkan...lokasi dah
mantop, dekat dengan highway AMJ, PLUS highway, Batu Berendam Airport dan Tampin KTM Station. Tapi bab fulus...lom berapa mantop lagi. Hmmm...kita usaha pelan2 ye cik abangku....

Notakaki: Depan rumah contoh ada amaran dilarang ambil gambar (yang ada pix kamera dipangkah, pix ni kitorg amik guna hp. Larangan kalo guna kamera, guna kamera hp tak pe kan??)

No comments:

Post a Comment