12 January 2010

Gosok Jangan Tak Gosok

Mood Khalish seminggu kebelakangan ni tak menentu. Kerap meragam, merengek, sentiasa mahu ibu ada depan mata hingga nak wat keja pun kena main-aci-nyorok dengan dia. Berlagak cam dah biasa, ibu beranggapan Khalish buat perangai sebab nak beralih bulan. (ye...hari ni genap anak bujang ibu tu 8 bulan).

Namun, hari Ahad lepas masa mandikannya ibu baru perasan ada objek putih pada gusi bawahnya. Yeyeyy...rupa2nya gigi Khalish telah memunculkan diri. Ibu khabarkan pada ayah. Kami berdua teruja sangat melihat gigi susu yang baru nak tumbuh tu. Masing-masing ajar buka mulut sambil berkata,"Gigi...gigi". Tapi Khalish respon dengan menjelir lidah. hik..hik..hik...

Ini dinamakan baby tooth brush

Patutlah...air liurnya dok meleleh semacam (nak kata ibu mengidam time preggie, sume ibu sebat), Khalish juga suka dok menghisap jari dan lengan ibu serta kelihatan resah serba tak kena. Nenek Khalish kata gusinya mungkin gatal dan tak selesa sebab giginya nak keluar.

So, ibu bagi dia baby teether yang dalamnya ada air mineral untuk Khalish gigit2. Sebelum tu ibu masuk dalam chiller supaya gusi dia rasa nyaman dan selesa bila gigit benda tu. Nenda Khalish pula kata biasa baby akan keluar dua gigi sekaligus, tapi gigi Khalish baru keluar satu. Huhu...tak sabar nak tunggu nih.

Hakikatnya, Khalish dah mula rutin menggosok gigi, uppps gosok gusi sejak berusia 5 bulan lagi. Kami belikan berus gigi khas untuk baby yang diperbuat daripada fiber kat kedai Sweetheart Baby. Ibu percaya kebersihan gusi perlu dijaga sebelum tumbuh gigi. Tak le mulut anak bau susu, nestum, bubur mahupun ikan bilis. hehehe...

Nak guna berus gigi ni senang je, masukkan jari telunjuk dalam sarung tu, then gosoklah gusi anak anda. Mulanya, dia tak berapa berkenan sangat bila time menggosok tu tapi sejak dua menjak ni, Khalish paling suka gosok gusi sampaikan jari ibu diketap kuat tak bergerak.

Demo gosok gusi : Cuba perhati betul2 nampak tak gigi khalish kat bawah tuh?

Paling tak menahan, ada ke patut ayah Khalish beria sangat nak beli ubat gigi untuk gigi Khalish yang baru nak keluar tak sampai setoit tu? Dah la berperisa buah-buahan, silap2 Khalish telan sebab ingat itu puri yang selalu ibu bagi. Haru....



































No comments:

Post a Comment