Suatu ketika ada seorang anak perempuan yang bertanya kepada ayahnya, tatkala tanpa sengaja dia melihat ayahnya yang sedang mengusap wajahnya yang mulai berkerut-merut dengan badannya terbongkok-bongkok, disertai batuk-batuk.
Anak perempuan itu bertanya kepada ayahnya : “Ayah, mengapa wajah ayah kian berkerut-merut dengan badan ayah kian hari kian membongkok?". Demikian pertanyaannya, ketika si ayah sedang berehat di beranda.
Si ayah menjawab: “Sebab aku lelaki”. Anak perempuan itu kebingungan sambil berkerut dahi kerana tidak mengerti tentang apa yang dimaksudkan oleh ayahnya. Ayah hanya tersenyum, lalu dibelai rambut anaknya itu kemudian si ayah mengatakan : ”Anakku, kamu memang belum mengerti tentang lelaki.” Demikian bisik si ayah, yang membuat anaknya itu makin kebingungan.
Kerana perasaan ingin tahu, si anak kemudian bertanya kepada ibunya :”Ibu, mengapa wajah ayah jadi berkerut-merut dan badannya kian membongkok? Dan ayah tidak pernah merungut serta tidak rasa sakit walaupun sedemikian?”. Ibunya menjawab : ”Anakku, seorang lelaki yang benar-benar bertanggungjawab terhadap keluarganya memang akan berbuat demikian.” Hanya itu jawapan ibu.
Si anak itupun kemudian membesar dan menjadi dewasa, tetapi dia tetap juga masih tercari-cari jawapan, mengapa wajah ayahnya yang tampan menjadi berkerut-merut dan badannya menjadi bongkok?
Hingga pada suatu malam dia bermimpi. Di dalam mimpinya itu seolah-olah dia mendengar suara yang sangat lembut, namun jelas sekali. Dan kata-kata yang didengar itu ternyata suatu rangkaian kalimah sebagai jawapan rasa kebingunguannya selama ini.
“Saat Ku-ciptakan lelaki, aku membuatnya sebagai pemimpin keluarga serta sebagai tiang penyangga dari bangunan keluarganya, dia sentiasa akan berusaha untuk menahan setiap hujungnya agar keluarganya merasa aman, teduh dan terlindung. Ku ciptakan bahunya yang kuat dan berotot untuk membanting tulang menghidupi seluruh keluarganya dan kegagahannya harus cukup kuat pula untuk melindungi seluruh keluarganya. Ku berikan kemahuan padanya agar selalu berusaha mencari sesuap nasi yang berasal dari titisan keringatnya sendiri yang halal dan bersih, agar keluarganya tidak terlantar kelaparan, walaupun seringkali mendapat cercaan dari anak-anaknya.
"Ku berikan keperkasaan dan mental baja yang akan membuat dirinya pantang menyerah, demi keluarganya dia rela kulitnya tersengat panasnya matahari, demi keluarganya dia rela berbasah kuyup kedinginan dan kesejukan kerana tersiram hujan dan hembusan angin, dia relakan tenaga perkasanya dicurahkan demi keluarganya dan yang selalu dia ingat adalah disaat semua orang menanti kedatangannya dengan mengharapkan hasil dari jerih-payahnya.
"Ku-berikan kesabaran, kesungguhan dan ketekunan yang akan membuat dirinya selalu berusaha merawat dan membimbing keluarganya tanpa ada keluh kesah, walaupun di setiap perjalanan hidupnya keletihan dan kesakitan kerapkali menyerangnya. Ku berikan perasaan cekal dan gigih untuk berusaha berjuang demi mencintai dan mengasihi keluarganya, di dalam suasana dan situasi aapapun jua, walaupun tidaklah jarang anak-anaknya melukai perasaannya, melukai hatinya.
"Padahal perasaannya itu pula telah memberikan perlindungan rasa aman pada saat dimana anak-anaknya tertidur lelap. Serta sentuhan perasaannya itulah yang memberikan ketenangan bila saat dia sedang menepuk-nepuk bahu anak-anaknya agar selalu saling menyayangi dan saling mengasihi sesame saudara. Kuberikan kebijaksanaan dan kemampuan padanya untuk memberikan pengertian dan kesedaran kepada anak-anaknya tentang saat kini dan saat mendatang, walaupun sering kali ditentang bahkan dikotak-katikkan oleh anak-anaknya.
"Kuberikan kebijaksanaan dan kemampuan padanya untuk memberikan pengetahuan dan menyedarkan, bahawa isteri yang baik adalah isteri yang setia terhadap suaminya, isteri yang baik adalah isteri yang sentiasa menemani dan bersama-sama menghadapi perjalanan hidup baik suka mahupun duka, walaupun seringkali kebijaksanaannya itu akan menguji setiap kesetiaan yang diberikan kepada isteri, agar tetap berdiri, bertahan, sepadan dan saling melengkapi serta saling menyayangi.
"Ku berikan kerutan di wajahnya agar menjadi bukti bahawa lelaki itu sentiasa berusaha sekuat daya fikirnya untuk mencari dan menemukan cara agar keluarganya dapat hidup di dalam keluarga bahagia dan badannya yang terbongkok agar dapat membuktikan bahawa sebagai lelaki yang bertanggungjawab terhadap seluruh keluarganya, sentiasa berusaha mencurahkan sekuat tenaga serta segenap perasaannya, kekuatannya, kesungguhannya demi kelanjutan hidup keluarganya. Kuberikan pada lelaki bertanggungjawab penuh sebagai pemimpin keluarga ,sebagai tiang penyangga(sokongan),agar dapat dipergunakan dengan sebaik-baiknya, dan hanya inilah kelebihan yang dimiliki oleh lelaki, walaupun sebenarnya tanggungjawab ini adalah amanah di dunia dan di akhirat.”
Terkejut si anak dari tidurnya dan segera dia berlari, berlutut dan berdoa hingga menjelang subuh. Setelah itu dia menghampiri bilik ayahnya yang sedang berdoa, ketika ayahnya berdiri si anak mengenggam dan mencium telapak tangan ayahnya. “Aku mendengar dan merasakan bebanmu, AYAH.”
Bersama kita renungi:
Bila ayah anda masih hidup jangan sia-siakan kesempatan untuk membuat hatinya gembira. Bila ayah anda telah tiada, jangan putuskan silaturrahim yang telah dirintisnya dan doakanlah agar ALLAH selalu menjaganya dengan sebaik-baiknya...Amin
(Sumber dari teman untuk teman)
25 April 2009
23 April 2009
KOS UPAH SEORANG IBU....
Kisah ini diperoleh menerusi emel seorang teman. Sekadar untuk muhasabah diri dan renungan kepada kita semua.
Seorang anak mendapatkan ibunya yang sedang sibuk menyediakan makan malam di dapur lalu menghulurkan sekeping kertas yang bertulis sesuatu. Si ibu segera mengesatkan tangan di apron menyambut kertas yang dihulurkan oleh si anak lalu membacanya.
Kos upah membantu ibu:
1) Tolong pergi kedai : RM4.00
2) Tolong jaga adik : RM4.00
3) Tolong buang sampah : RM1.00
4) Tolong kemas bilik : RM2.00
5) Tolong siram bunga : RM3.00
6) Tolong sapu sampah : RM3.00
Jumlah : RM17.00
Selesai membaca, si ibu tersenyum memandang si anak sambil sesuatu berlegar-legar si mindanya. Si ibu mencapai sebatang pen dan menulis sesuatu di belakang kertas yang sama.
1) Kos mengandungkanmu selama 9 bulan - PERCUMA
2) Kos berjaga malam kerana menjagamu - PERCUMA
3) Kos air mata yang menitis keranamu - PERCUMA
4) Kos kerunsingan kerana bimbangkanmu - PERCUMA
5) Kos menyediakan makan minum, pakaian, dan keperluanmu -PERCUMA
Jumlah Keseluruhan Nilai Kasihku - PERCUMA
Air mata si anak berlinang setelah membaca apa yang dituliskan oleh si ibu.
Si anak menatap wajah ibu, memeluknya dan berkata, "Saya Sayang Ibu". Kemudian si anak mengambil pen dan menulis "Telah Dibayar" pada muka surat yang sama ditulisnya. "
16 April 2009
Alahai Mertua vs Menantu!!
Akhirnya pergolakan antara seorang ibu mertua dan menantu perempuannya terlerai sudah. Bagi mereka yang follow Mertua vs Menantu melalui saluran Astro Prima episodnya sudah berakhir malam tadi. huhuhu...pasni sudah tentu malam rabu teman tak ceria tanpa watak2 seperti Nurul Ain (Erra Fazira), Datin Faridah (Rozie Othman), Rosyam (Aqasha) dll.Meskipun Erra julung kalinya berlakon dalam drama namun teman rasa inilah lakonan terkesan yang pernah dibawakan beliau berbanding filem2 yang pernah dibintanginya. Mungkin aura wanita ngah preggie kot.
Memula tengok dulu teman agak sakit hati + geram tgk lakonan ngegada Liza (Raja Farah) tu. Pastu si Rosyam, gedik x-gf Rosyam (tak ingat nama coz geram sgt dgn watak dia) sampai rasa nak cubit2 je bebudak tu. hehehe....nasib baik paras estrogen masih dapat dicontrol.
Apapun, teman puji barisan produksi n pelakon dek idea n lakonan mantap yang berjaya diterjemahkan. Sampaikan menitik air mata teman bila tengok babak Datin Faridah peluk Nurul Ain time dia minta maaf atas kesilapan yang dilakukan. Rasanya lama dah tak tengok drama Melayu yang betul2 membuatkan teman rasa syahdu. Selalu kalau bab2 membazirkan air mata ni time tengok cerita hindustan je. hahaha...(iklan...) Nasib baik teman dapat mertua yang sporting dan baik hati. Kalau dapat cam Datin Faridah tu tak tahulah teman leh bertahan ke idak. Harap2 bahagialah ke anak cucu...Amin..
Pasni drama 3 Janda. Harap2 jalan ceritanya menarik dan setanding dgn MvsM. Sama-sama kita saksikan episod 1 minggu depan setiap rabu, jam 10 malam, Astro Prima. (terpromo la plak).
31 March 2009
Eskrim....Kini Menjadi Pojaan Hatiku....
Sejak kebelakangan ini, nafsu teman terhadap eskrim sukar dibendung. Dulu tak lah ghairah sangat nak makan makanan dingin beku atau lebih tepat lagi kategori pencuci mulut ni. Tapi keadaan kini berubah sama sekali.
Mujur ada suami tersayang yang sudi melayan kerenah teman yang tak menentu ni. Bila tekak terasa kering mulalah sms cik abang di ofis...
"B, hari ini panaslah, kan bagus kalo dapat makan aiskrim"...
Bila sms dibalas "Nak perisa choc ke vanilla..?" Waduh...hepinya bukan kepalang....
Best wooo dapat menikmati eskrim cornetto. kesejukan serta gabungan perasa choc, vanilla, susu dan kacang membuatkan deria rasa berada di alam kayangan. Kenikmatannya...aduhai.....
Malam tadi suami belikan lagi untuk teman. Terima kasih B.
Kadang kala, kalo nak lebih asyik lagi teman ajak suami layan eskrim kat Baskin Robin. Fuh...jangan cerita la eskrim kat sana sukar ditandingi...kalo mak mentua lalu gerenti teman tak perasan punya kalo layan eskrim ni...
Tapikan, petang tadi teman ternampak iklan kat tv3 eskrim potong yang dalamnya ada kacang merah. teringat zaman kanak2 dulu teman dan kengkawan sanggup berkejar uncle cina jual eskrim (dipanggil uncle kon tang) untuk dapatkan eskrim perasa kacang yang mempunyai ramai peminat ketika itu. kan best kalo dapat barang sebatang dua....hehehe....
Mujur ada suami tersayang yang sudi melayan kerenah teman yang tak menentu ni. Bila tekak terasa kering mulalah sms cik abang di ofis...
"B, hari ini panaslah, kan bagus kalo dapat makan aiskrim"...
Bila sms dibalas "Nak perisa choc ke vanilla..?" Waduh...hepinya bukan kepalang....
Best wooo dapat menikmati eskrim cornetto. kesejukan serta gabungan perasa choc, vanilla, susu dan kacang membuatkan deria rasa berada di alam kayangan. Kenikmatannya...aduhai.....
Malam tadi suami belikan lagi untuk teman. Terima kasih B.
Kadang kala, kalo nak lebih asyik lagi teman ajak suami layan eskrim kat Baskin Robin. Fuh...jangan cerita la eskrim kat sana sukar ditandingi...kalo mak mentua lalu gerenti teman tak perasan punya kalo layan eskrim ni...
Tapikan, petang tadi teman ternampak iklan kat tv3 eskrim potong yang dalamnya ada kacang merah. teringat zaman kanak2 dulu teman dan kengkawan sanggup berkejar uncle cina jual eskrim (dipanggil uncle kon tang) untuk dapatkan eskrim perasa kacang yang mempunyai ramai peminat ketika itu. kan best kalo dapat barang sebatang dua....hehehe....
09 March 2009
Anakku! Buat Apa di Dalam Tu?
Rasanya seperti sudah lama tidak bersiaran. (cheh...macam dlm tv la pulak). Bukannya apa kesihatan teman sekarang ini kurang mengizinkan teman untuk turun naik. Al-maklumlah sekarang teman da masuk 7 bulan dan baby dalam perut ni pun makin membesar hari demi hari.
Bilik komputer teman di tingkat atas. Setiap pagi selepas subuh, teman akan turun ke tingkat bawah untuk menyediakan breakfast untuk suami tercinta lantas membawa bersama telekung, bahan bacaan, hp, minyak angin dan lain2 barang dirasakan perlu. Alasannya, senang teman tak perlu naik 17 anak tangga berulang kali dalam satu hari.
Rasanya, sejak beberapa minggu kebelakangan ni, teman rasa tak berapa nak bernafas dengan sempurna ekoran rasa mengah tatkala tiba di anak tangga terakhir. Excercise yang bagus, tapi kadang2 sakit juga bawa perut yang memboyot ni.
Tidur malam pula, dah mula tak berapa lena. Baby boy yang bijak ni semakin aktif menjelang jam 12 tgh malam. Pusing kanan, pusing kiri...aduhai...apa la baby teman buat malam2 gini. Sekejap2 terasa perut teman tinggi sebelah, rasa sesuatu menguit di bahagian pinggang, geli n tendangan ala2 rembatan bola Ronaldo pun ada juga. Aduhai baby ibu....
Kadang kala, jam 2 pagi pun belum tentu teman dapat melelapkan mata. tengok suami di sebelah, bestnya tidur...jeles2...Lebih dasat lagi kalo teman dapat tidur awal tapi terjaga di tengah malam kerana mimpi yang entah apa2...ada yang mengerikan, menyeramkan, mengembirakan, sedih pun ada. Hmm...sabar je lah...
Apa pun, teman bersyukur kerana setakat ni kesihatan teman berada pada paras yang amat normal sekali. Kesihatan & tumbesaran baby juga seiring dengan usianya. Meskipun sudah kelihatan strech mark di perut dan pertambahan berat badan tapi teman sentiasa tanamkan di fikiran itu adalah ilusi optik semata-mata dan akan kembali normal selepas deliver nanti, insyaallah. Semoga teman dan baby sentiasa dalam lindungan Ilahi. Amin...
Bilik komputer teman di tingkat atas. Setiap pagi selepas subuh, teman akan turun ke tingkat bawah untuk menyediakan breakfast untuk suami tercinta lantas membawa bersama telekung, bahan bacaan, hp, minyak angin dan lain2 barang dirasakan perlu. Alasannya, senang teman tak perlu naik 17 anak tangga berulang kali dalam satu hari.
Rasanya, sejak beberapa minggu kebelakangan ni, teman rasa tak berapa nak bernafas dengan sempurna ekoran rasa mengah tatkala tiba di anak tangga terakhir. Excercise yang bagus, tapi kadang2 sakit juga bawa perut yang memboyot ni.
Tidur malam pula, dah mula tak berapa lena. Baby boy yang bijak ni semakin aktif menjelang jam 12 tgh malam. Pusing kanan, pusing kiri...aduhai...apa la baby teman buat malam2 gini. Sekejap2 terasa perut teman tinggi sebelah, rasa sesuatu menguit di bahagian pinggang, geli n tendangan ala2 rembatan bola Ronaldo pun ada juga. Aduhai baby ibu....
Kadang kala, jam 2 pagi pun belum tentu teman dapat melelapkan mata. tengok suami di sebelah, bestnya tidur...jeles2...Lebih dasat lagi kalo teman dapat tidur awal tapi terjaga di tengah malam kerana mimpi yang entah apa2...ada yang mengerikan, menyeramkan, mengembirakan, sedih pun ada. Hmm...sabar je lah...
Apa pun, teman bersyukur kerana setakat ni kesihatan teman berada pada paras yang amat normal sekali. Kesihatan & tumbesaran baby juga seiring dengan usianya. Meskipun sudah kelihatan strech mark di perut dan pertambahan berat badan tapi teman sentiasa tanamkan di fikiran itu adalah ilusi optik semata-mata dan akan kembali normal selepas deliver nanti, insyaallah. Semoga teman dan baby sentiasa dalam lindungan Ilahi. Amin...
26 February 2009
Alamak! Bermandi Peluh Lagi Aku Malam Ni...

Lirikan mata suami teman yang sedikit sepet itu tampak menggoda lebih daripada kebiasaannya. Seakan mendambakan sesuatu...namun permintaannya diluahkan dengan cara halus dan berhati-hati.
Kerlipan matanya sudah menzahirkan maksud yang tersirat. Renungannya bersinar dan berbeza daripada malam-malam lain, perlakuannya agak menggetarkan jiwa tatkala beliau menghampiri teman persis kucing siam yang ingin mengawan.
Teman seakan sudah menghidu ada kemungkinan sesuatu akan berlaku malam ini apabila si suami menghajatkan sesuatu dari diri ini.
Berdasarkan lagak menggodanya, teman faham apa yang dimahukan tetapi teman buat-buat endah tak endah sambil menginjakkan kaki ke atas katil, menyusun bantal sambil meng'set' alarm handphone pada angka 5 pagi.
"Sayang...jom la siang tadi dah janji kan...," nada manjanya membuatkan mood teman yang baru nak landing atas katil empuk bercadar ungu sedikit terganggu.
Alamak...habislah aku! Alamatnya bermandi peluh lagi la aku malam ni....., getus teman di dalam hati.
Mengenangkan tugas seorang isteri antara lain memberi layanan mesra kepada si suami, maka teman yang mengidamkan gelaran 'isteri mithali' ni lantas menjalankan tanggung jawab yang sewajarnya.
Ahhah! Jangan dok pikior lain no. Ni bukan cerita 18sx ye. Sebenarnya ni cerita suami teman yang la ni dah dok gian dengan Cakar Harimau. Ya...urutan yang pernah dipopularkan oleh penceramah bebas, Ustazah Siti Nor Bahyah Mahamood tidak lama dulu.
Asalnya teman sekadar meminjam bahan bacaan kepunyaan bonda tercinta untuk dijadikan santapan rohani dan minda. Namun apabila disertakan langkah demi langkah urutan ini dilakukan maka teman pun mendemonstrasikannya kepada suami tercinta.
Mula2 sedikit kekok, namun selepas 3-4 kali mencuba, akhirnya teman berjaya menguasainya. Hingga kini, hampir 3 bulan teman udah praktikkannya. Pada awalnya, teman menetapkan 2x sehari untuk men'cakar' suami. Namun bila perut makin membesar ni, nafas pun makin pendek dan termengah-mengah. Sudahnya teman berjanji pada suami akan mengurutnya 2x seminggu.
Masa diperuntukan bagi sekali urutan 15-20 minit, lagi syok menggunakan minyak aromaterapi. Suami teman kata teman pandai mengurut. (ye lah kot, kalo tak takkan syok sangat sampai berdengkur dibuatnya. hehehe...).
Teman faham setiap orang perlukan terapi untuk menghilangkan kepenatan setelah seharian bekerja mencari rezeki. Ada yang hilangkan penat dengan cara membelai diri, bershopping, bermain dengan anak dan sebagainya.
Dan sebagai usaha untuk menambah kebahagiaan dalam berumahtangga, teman bukan saja menjadikan aktiviti mengurut ni sebagai satu senaman jari-jemari malah satu fenomena yang boleh menzahirkan sikap pengasih dan penyayang kepada suami....
Semoga ada ramai lagi pasangan suami isteri yang mengaplikasikan teknik urutan ini kepada pasangan mereka. Lebih penting, jangan biarkan suami anda pergi ke rumah urut untuk menghilangkan lenguh2 badan. Bahaya!! (eh...tiba2 je ada pesanan khidmat masyarakat...).
Ekstra: Buat para suami pula, jangan asyik mengharapkan isteri membelai badan anda, sesekali apa salahnya bagi ekstra servis pada isteri. Kalo tak berapa rajin, make sure bagi ongkos pada isteri anda membelai diri di spa. Ada berani ka?
21 February 2009
Khusus Buat Kaum Adam...Mengapa Kaum Hawa Suka Merajuk? -Siri 1-
Nota : Hasil kajian ditujukan kepada responden wanita yang berada dalam kategori berusia 25-45 tahun yang sudah berumahtangga dan masih bujang.
- Keinginan tidak diambil perhatian oleh pasangan lelaki / suami dan mereka tidak ambil kisah akan perasaan / keinginan wanita itu.
- Tidak sensitif terhadap perasaan wanita yang prihatin dlm sesuatu perkara dan pasangan hanya memandangan remeh segala pandangan wanita.
- Tidak peka terhadap hari-hari istimewa pasangan dan kena diberitahu pada pasangan mengenai hal itu.
- Memuji wanita lain di depan isteri / teman wanita.
- Menyindir mengenai imej dan personaliti isteri / teman wanita dan membandingkan dengan wanita lain.
- Tidak menjamah makanan yang disediakan kerana dirasakan tidak sedap atau tidak kena selera.
- Tidak memuji pasangan pada ketika pasangan memerlukan pujian itu.
- Suami / teman lelaki lebih suka bercakap dan bergurau dengan teman sekerja wanita atau lelaki berbanding isteri / teman wanita.
- Kedekut dan tidak suka mengeluarkan belanja untuk keperluan isteri / teman wanita.
- Suka memerintah dan tidak suka membantu kerja rumah. Suka mengkritik isteri yang sibuk membuat kerja rumah, tetapi tidak mahu menolong.
- Selalu keluar rumah dan balik lewat, tetapi tidak memberitahu sebab mengapa pulang lewat dan sebagainya.
- Tidak suka membeli buah tangan untuk anak dan isteri apabila balik dari kerja dan sebagainya.
- Tidak suka berhubung dengan telefon dan sms jika ada kerja luar atau berpergian.
- Suami melebihkan ibu bapa dan adik beradiknya dan sanggup berhabisan untuk mereka, tetapi tidak mempedulikan keluarga sendiri.
- Sering memberi pujian dan senyuman mesra untuk orang lain tetapi dengan anak dan isteri garang dan tidak mesra.
- Ada duit digunakan untuk belanja rakan dan saudara mara sedangkan anak isteri diketepikan.
- Mudah mesra dengan orang lain tetapi tidak mesra dengan keluarga sendiri.
- Bila balik kampung isteri, bersikap dingin dan tidak mesra.
- Tidak membela anak isteri apabila ada saudara mara dan ipar duai menyindir kekurangan anak isteri.
- Tidak suka menemani isteri membeli belah kerana malas hendak melayan isteri.
- Tidak suka membelai mesra anak isteri pada saat mereka memerlukan seperti anak isteri sakit atau meraikan kejayaan mereka.
- Suka bercakap kasar dan menengking pada anak isteri.
- Tidak suka meraikan hari istimewa isteri seperti isteri naik pangkat dan sebagainya.
Subscribe to:
Posts (Atom)

