09 March 2009

Anakku! Buat Apa di Dalam Tu?

Sekadar hiasan untuk tatapan mata

Rasanya seperti sudah lama tidak bersiaran. (cheh...macam dlm tv la pulak). Bukannya apa kesihatan teman sekarang ini kurang mengizinkan teman untuk turun naik. Al-maklumlah sekarang teman da masuk 7 bulan dan baby dalam perut ni pun makin membesar hari demi hari.

Bilik komputer teman di tingkat atas. Setiap pagi selepas subuh, teman akan turun ke tingkat bawah untuk menyediakan breakfast untuk suami tercinta lantas membawa bersama telekung, bahan bacaan, hp, minyak angin dan lain2 barang dirasakan perlu. Alasannya, senang teman tak perlu naik 17 anak tangga berulang kali dalam satu hari.

Rasanya, sejak beberapa minggu kebelakangan ni, teman rasa tak berapa nak bernafas dengan sempurna ekoran rasa mengah tatkala tiba di anak tangga terakhir. Excercise yang bagus, tapi kadang2 sakit juga bawa perut yang memboyot ni.

Tidur malam pula, dah mula tak berapa lena. Baby boy yang bijak ni semakin aktif menjelang jam 12 tgh malam. Pusing kanan, pusing kiri...aduhai...apa la baby teman buat malam2 gini. Sekejap2 terasa perut teman tinggi sebelah, rasa sesuatu menguit di bahagian pinggang, geli n tendangan ala2 rembatan bola Ronaldo pun ada juga. Aduhai baby ibu....

Kadang kala, jam 2 pagi pun belum tentu teman dapat melelapkan mata. tengok suami di sebelah, bestnya tidur...jeles2...Lebih dasat lagi kalo teman dapat tidur awal tapi terjaga di tengah malam kerana mimpi yang entah apa2...ada yang mengerikan, menyeramkan, mengembirakan, sedih pun ada. Hmm...sabar je lah...

Apa pun, teman bersyukur kerana setakat ni kesihatan teman berada pada paras yang amat normal sekali. Kesihatan & tumbesaran baby juga seiring dengan usianya. Meskipun sudah kelihatan strech mark di perut dan pertambahan berat badan tapi teman sentiasa tanamkan di fikiran itu adalah ilusi optik semata-mata dan akan kembali normal selepas deliver nanti, insyaallah. Semoga teman dan baby sentiasa dalam lindungan Ilahi. Amin...

No comments:

Post a Comment