13 September 2009

Tidak!!! Bendela JepOn Dah Naik!!! (untuk 18 thn ke atas saja)

Gambar hiasan semata-mata

Sedihnya tak dapat nak habiskan puasa ramadhan tahun ni yang tinggal tak berapa hari lagi. Ingatkan dapatlah ibu puasa penuh tahun ni. (huhuhu...ruginya).

Kejadian berlaku kira2 jam 5 petang semalam time ibu tengah mengodek kuah bihun soto kat dapur. Perut ibu rasa senak semacam. Sekali check...alamak...rupanya dah period. Geramnyer...geramnyer....

Ibu mengkhaborkan kejadian tersebut pada cik abang ibu yang berada di bilik komputer (dia off day). Respon dia simple jer...."Yeh...nasib baik khalish lum nak jadi abang lagi". Cheh...sabar jelah cik abang aku ni.

Sebenarnya beberapa hari kebelakangan ni ibu dilanda kerisauan, maklumlah 2 bulan lepas period ibu teratur setiap awal bulan. Tup..tup bulan ni lambat lak. (takut gak bila teringatkan pesanan doc supaya merancang kehamilan dan tak hamil dalam masa 1 tahun ++ - yelah ibu kan caesar masa lahirkan khalish aritu).

Setakat ni ibu tak ambil apa2 pil perancang (takut akan kesan sampingannya terutama masalah kegemukan), suntikan atau implan. Kami merancang menerusi kitaran biologi jer (setakat ni ia masih berkesan la).

Namun demikian, selepas ni cik abang nampaknya isterimu ini (yang masih fobia melalui fasa kelahiran) memerlukan satu pelindungan padu untuk membolehkan khalish mendapat kasih sayang sepenuhnya selain memastikan luka pembedahan ibu pulih dengan baik sebelum kedatangan baby baru dalam tempoh terdekat ni. hihihi.... (Seram ibu memikiorkannye)

Lastly, selamat berbuka pose pada ayah khalish - jangan risau, ibu akan masak secukup rasa dan pasti sedap hari ni sebab ...... hehe. sendiri mau ingat sebab apa.

11 September 2009

Cepatnya Masa Berlalu....

Khalish sedang mempromo minyak bayi johnson bedtime

Pejam celik, pejam celik, hari ni khalish dah masuk 4 bulan. Rasa macam baru semalam terdengar suara tangisannya dalam operation theatre Putra Hospital Specialist Melaka. Khalish dilahirkan secara caesarean apabila doktor mengkhabarkan air ketuban ibu semakin berkurangan.

Masih terasa denyutan sakit bersalin beberapa jam selepas diindius dan paling tak dapat dilupakan kesakitan di perut sehari selepas kelahiran khalish. Sakitnya, subhanallah...membuatkan ibu insaf apabila mengenangkan kesakitan emak melahirkan ibu 26 tahun lalu.

Pesanan untuk khalish ibu ayah mendoakan khalish menjadi anak soleh dan bahagia dunia akhirat. Ibu dan ayah sayang khalish....

Sebagai hadiah, semalam ibu dah mulakan kembali sesi urutan untuk khalish (sebelum ni pada usia sebulan dah try tapi khalish kurang selesa). Nampaknya khalish gembira dengan pengalaman baru ni. Dia rileks saja dan merelakan ibu 'menguli' badannya. hehehe...

Yang pasti, lepas sesi tu dia mesti menguap banyak kali dan terus titon....






08 September 2009

Khalish Soping Raya

Walaupun baru berusia 3 bln 27 hari, khalish dah pandai pilih baju sendiri

Beberapa hari lalu, ibu dan ayah khalish (yang kebetulan offday) keluar bersoping baju raya untuk khalish di salah sebuah hypermarket di Ipoh. Walaupun masih bayi (hakikatnya tak tahu pilih baju dan amik tahu harganya) namun kami tak ketinggalan menyediakan persiapan baju raya untuk khalish.

Banyak betul pilihan untuk baju bayi, naik juling mata jugalah nak pilih. Yang paling tak dilupakan masa ibu tunjukkan sehelai baju yang bertali dan ada t-shirt dalamnya (sila lihat pix di atas) pada khalish cap baby kiko. Sekali khalish pegang tak nak lepas da...

Ayah khalish tersenyum je time tu tengok keletah anaknya dan segera merakamkan detik2 itu dengan hpnya. Amik jelah, kata ayah. Ibu pun dah nak sambar gak baju belang hijau dan separa kodroi tu, namun lepas meneliti harganya (hah?? boleh beli 2 pasang baju raya ibu tu...), maka ibu dan ayah terpaksa buat2 lupa hasrat untuk menyambarnya.

Ni try kasut raya lak...

Tak pe ye khalish, bila khalish dah setahun ke atas baru ibu belikan. Lagipun alasan paling logik khalish tak leh nak tunjuk laram lagi kan..kan? (alasan tersirat : dek kegawatan ekonomi yang memaksa kita berjimat. hahaha...)

Soping baju raya khalish berakhir dengan pencarian tiga pasang baju comel berlainan jenis serta kasut raya untuknya. Harganya = sehelai baju cap kiko tadi. Ingat nak ronda2 lagi, tapi tak dan sebab khalish dah stat meragam akibat kepenatan.

Maka dengan itu, diumumkan jadilah khalish sambut raya buat kali pertama tahun ni. Yahuu...Jom layan pix

Letihnya soping....


(Khalish: bilalah nak pakai baju ni, ibu)







































05 September 2009

Panas di Luar Panas di Dalam

Bersinarkan....?

Dah beberapa hari ibu tak hapdet blog. Bukan apa, ibu dah mula sesi kemas mengemas rumah. Maklumlah tiga bulan lamanya ibu lepak kampung (berpantang) lepas kelahiran khalish. Terkejar2 la juga, maklumlah sekarang ni ada khalish, kena pandai2 bahagikan masa mengemas, cuci baju, memasak, susun baju...bla2....Bila khalish tidur dapatlah ibu mula kemas2 apa yang patut. Tapi, yang wat spoil tu bila ibu layan mata join khalish tidur. hehehe...

Hari ni sesi mengemop lantai, lepas mendobi ibu pun mula mengemop (tingkat bawah je, tak larat) guna ajax fabuloso tu...pergh...bersinar2 lantai umah.

Bagus juga eksesais macam ni, berpeluh2 ibu dibuatnya. Kat luar pun cuaca panas. Ipoh dah beberapa hari kekeringan. Malam pun usah cerita. Kalau dok dalam bilik, rasa cam dok dalam sauna.

Sebelum ibu mengarut entah apa2 (keletihan sedikit), eloklah kiranya ibu menamatkan catatan di sini. Nak masak sementara khalish tengah enak diulit mimpi dalam buaian automatiknya. Chow...

30 August 2009

Naluri Keibuanku Tersentuh

Khalish berposing semasa berada di rumah atuk n neneknya di Melaka


Semalam ibu bercadang nak update blog tapi tergendala gara2 melayan khalish yang semakin ligat menghisap jari-jemarinya, permainan, play mate, bantal, baju ibu dan segala benda yang boleh dipegangnya meskipun selepas menyusu botol sebanyak 5 oz. Siap berdecit2 bunyinya.

Adakah ini petanda khalish kelaparan atau giginya nak tumbuh? (tak logik la plak gigi nak tumbuh pada usia 3 bulan lebih- perhatian kepada diri sendiri, sila kurangkan berimiginasi).

Tidur khalish pada siang hari pun tidak lena (nasib baik malam dia tak meragam). Sejak balik Ipoh ni sejam sekali bangun nak menyusu. Walaupun dah 5 oz, selalunya tak habis pun dia akan tinggalkan sedikit. Bila tengok orang makan pula mulalah dia terkulat-kulat.
Akhirnya dek kerana kasihan melihat khalish yang asyik menghisap benda2 berkenaan hampir 2 jam lamanya, maka ibu ternampak bekas berisi biskut oat (ayah khalish punya) dan setelab buah kurma di atas meja. Tingg....idea sudah mari. Apa lagi ibu sambil bertawakal kepada Allah mengambil sebiji buah kurma, membuka sedikit kulitnya lalu menyuakan pada bibir tomel khalish.

Memula dia menolak, mungkin rasanya lain berbanding benda2 yang biasa dihisapnya. (mungkin juga khalish rasa macam kena paksa makan ubat lak - baru2 ni dekat seminggu khalish demam). Namun, setelah beberapa kali membiarkan khalish menjilat2 kurma berkenaan, akhirnya khalish mula menghisapnya dengan penuh asyik. Tangan ibu khalish pegang erat seolah2 tak mahu melepaskan.

Dekat 15 minit juga khalish ralit menghisap buah kurma berkenaan, bila ibu tarik buah kurma dari mulutnya, mulalah khalish merengek.

Waduh...kasihan bangat ibu tengok khalish. Ibu pernah terbaca satu artikel dalam majalah (tak ingat antara Pa & Ma or Mami n Baby), bayi boleh mula makan seawal usia antara 4-6 bulan dan bersedia menerima makanan apabila beratnya bertambah dua kali ganda semasa kelahirannya. (khalish masa lahir 3.2kg, sekarang dah 6kg ++). Namun semuanya bergantung kepada keperluan bayi berkenaan.

Nampaknya ibu terpaksa meminta ayah belikan makanan bayi untuk khalish (walaupun sebelum ni ayah berkeras mahu khalish diberi makanan pada usia 6 bulan > ibu tau ayah trauma kerana teringatkan opahnya memberi ayah makan nasi kanji ketika dalam hari hingga menyebabkan perut ayah tak mengempis sampai sekarang : eleh...alasan). Namun, setelah melihat sendiri keadaan khalish yang kelihatan kelaparan akhirnya ayah akur dan tersentuh.

Ayah kerja hari ni, namun berjanji akan membeli makanan bayi yang sesuai untuk khalish balik nanti. So, nampaknya esok ibu akan mula bagi khalish makan dan tak sabar melihat hasilnya.

28 August 2009

Kembali Ke Pangkuan Suami


Hari ni masuk hari ke-4 ibu dan khalish berada di Ipoh setelah ibu tamat tempoh berpantang 100 hari di Melaka. Perasaan gembira sangat2 bila kita bertiga (ayah, ibu dan khalish) bersatu sebagai keluarga kecil.

Ini adalah cabaran dan pengembaraan baru bagi kita bertiga ;-

Cabaran bagi ibu : akan membesar dan mengasuh khalish dengan sempurna tanpa sebarang bantuan praktikal dari nenek lagi.

Cabaran bagi khalish : menyesuaikan diri dengan suasana baru (termasuk cuaca sejuk kerana Ipoh sekarang ni asyik hujan berbeza dengan rumah atuk dan nenek di Melaka yang sentiasa hangat ekoran berada berhampiran Selat Melaka).

Cabaran bagi ayah : membiasakan diri dengan ‘latihan vokal’ khalish yang begitu nyaring (lebih2 lagi ketika mahu menyusu) sekaligus akan mengejutkan lena ayah di malam hari. Belajar membuat susu dan menyusukan khalish serta menukar lampin bila khalish kebasahan.

Apa2 pun, ibu dan ayah bersyukur kerana kelahiran khalish telah mewarnai dunia kasih sayang kami. Insayaallah, susah senang kita akan lalui bersama.

Kepada geng2 blogger yang mendoakan keselamatan ibu dan khalish ketika kelahirannya pada 12/5/2009 lalu, terima kasih diucapkan. Salam muhibah!

06 May 2009

Detiknya semakin tiba


Ini mungkin entry terakhir sebelum teman bersalin. Sebabnya perut teman sudah semakin memboyot, maknanya saat untuk melahirkan benih cinta sulung teman dan cik abang semakin hampir.

Sebagai persediaan menyambut orang baru, teman kini sudah berada di kampung halaman di Masjid Tanah, Melaka sejak 27 April lepas. Cik abang teman yang hantar.

Sebelum cik abang teman balik semula ke Ipoh, kami telah pergi ke Hospital Pakar Putra, Ayer Keroh untuk check up. Alhamdulillah, teman dan budak dalam perut ni sihat. Cuma doktor pesan kurangkan pengambilan manisan, dia risau teman kena diabetes. Maklumlah ayah teman memang ada kencing manis.

Teman sempat juga buat lawatan sambil belajar kat wad bersalin kat hospital tu. Bukan apa nak hilang rasa takut dan berdebar-debar je.

Kalau ikut due date baby akan lahir 20 Mei ini. Tapi doktor kata mungkin lebih awal, so stand by jer la. Cik abang teman pun dah pesan kalau dah rasa masanya hampir sampai, beritahu terus, bolehlah dia pecut dari Ipoh terus ke hospital.

Harap semuanya akan selamat, doakanlah yer!