09 January 2014

Love Is Not Just Word, It Is Also Action

Terbaca dalam share fb Prof Dr Rozita Shaary

DALAM KESIBUKAN KADANG-KADANG KITA LUPA... tangan anak itu masih kecil. Bila anak kecil menumpahkan air, jangan cepat melenting, tengok saiz gelas atau cawan itu dan tengok saiz tangannya. 

Adakah berpadanan saiz dan beratnya utk dia angkat? Walaupun sebab dia menumpahkan air itu sebab dia tidak tahu diam, jangan juga melenting. 

Kenapa? Bacalah lagi. 

Namun, anda boleh menyuruhnya mengambil kain untuk dia mengelap. Suruhlah dengan baik .

Dua perkara baik terjadi di sini. 
1- Dia akan faham bahawa lain kali dia akan lebih berhati-hati.
 2- Bila dia diajak untuk mengelap tumpahan itu dengan baik, dia akan faham bahawa dia perlu mengambil tanggungjawab terhadap kesilapannya. 

Tapi pembelajaran itu sampai dengan baik dan positif. Satu lagi yang sangat penting yang dia pelajari dan rasa, ialah ibu atau ayahnya faham akan kelemahan fizikalnya dan kasih akan dia. 

Bila anda bertimbang rasa dengan anak anda semasa dia masih kecil dan kurang mampu suatu hari nanti bila tangan anda sudah terketar dan tidak mampu memegang benda dengan baik, malah menumpahkan air dan apa saja, anak anda itu akan bertimbang-rasa dengan keadaan anda. 

Kerana anda telah menunjukkan contoh teladan yang baik.  Formula i-LOVE L- Lead By Example.

*sedikit tersentuh dalam hati sebab kadang-kadang saya termarah Khalish atau Ilhan kerana tumpahkan air. Saya biarkan rasa penat menguasai diri dan perasaan amarah melebihi status Ibu kepada mereka. Padahal saya lupa tangan mereka tak sebesar dan tak sekuat tangan saya. Maafkan Ibu anak, Ibu akan lebih bertimbang rasa dengan kalian selepas ini.* - {bergenang air mata}.

No comments:

Post a Comment