10 January 2014

Kenangan Terakhir di Ipoh : Dedikasi Untuk Keluarga Kak Ros & Abg Hashim

Cerita di Ipoh tak habis lagi. Ada beberapa entry lagi yang harus ditamatkan sebelum akhir minggu depan.

Ibarat tubuh di BSP jiwa tertinggal di Ipoh. Ecewah...tulah sebelum pindah asyiklah cakap bilalah nak pindah ni, dah lama sangat kat Ipoh. Bila dah pindah, kan ke teringat-ingat termimpi-mimpi.

Haha...tipulah. Belum sampai tahap tu.

Tapi...Ipoh tetap dalam kenangan.

Dua tiga hari sebelum pindah, saya dan En Bapak dah merancang nak bawa jiran sebelah rumah sekeluarga makan malam. Nak masak memang tak dan la sebab saya sangat sibuk mengemas barang sana-sini. Ruang tamu je dah penuh dengan kotak pelbagai saiz.

Tempat pilihan kami adalah restoran nasi Arab Azzahra. Makan malam ni adalah sebagai tanda penghargaan kepada Kak Ros dan suaminya, Abang Hashim serta anak-anak mereka yang banyak membantu kami sekeluarga ketika dalam kesusahan.

Teringat ketika kereta En Bapak dilanggar di kawasan perumahan. Masa tu dalam perjalanan balik dari membawa Khalish ke taman mainan. Mujurlah Abang Hashim yang juga polis trafik ketika itu ada di rumah. Beliau yang membantu menguruskan hal berkenaan.

Kemudian, ketika En Bapak patah buku lali dan berulang alik ke hospital. Anak-anak Kak Ros terutama Nadia yang ketika itu cuti belajar banyak kali membantu menjaga anak-anak sementara kami ke hospital. Begitu juga ketika anak-anak dimasukkan ke hospital.

Selain itu, Intan, Nana, Aaa dan Adam sering juga melayan kerenah Khalish dan Ilhan bermain. Asal nampak kereta Intan di halaman ataupun mereka bermain badminton pasti Khalish dan Ilhan nak keluar bermain bersama. Mungkin sebab ramai teman bermain, anak-anak seronok nak ke rumah sebelah.

Kak Ros yang bekerja dengan Kemas juga banyak berkongsi pengalaman dan tak kedekut ilmu dengan saya. Ibarat kakak yang diperlukan ketika susah senang, itulah yang saya dapat gambarkan buat Kak Ros. Ketika mula-mula berpindah, Mak selalu berpesan supaya berbuat baik dengan jiran terutamanya sebelah rumah, sebab jiranlah pengganti keluarga dan saudara mara yang jauh dari kita.

Benar kata Mak. 

Paling tak sangka masa hari nak pindah tempoh hari, Kak Ros dan suami ambil cuti untuk tolong kami angkat barang. Subhanallah, mana nak cari jiran prihatin dan baik hati macam mereka. Siap rancang nak sediakan makan untuk staf lori. Tapi tak diduga, Kak Ros ke hospital sebab mengalami sakit perut. Mujur sempat berjumpa dan anak-anak beliau bantu buatkan makanan. 

Dikesempatan ni, saya titipkan doa semoga Kak Ros sekeluarga sentiasa sihat walafiat dan dilindungi Allah. Terima kasih atas jasa dan kasih sayang kepada kami sekeluarga terutama kepada Khalish dan Ilhan. Moga silaturrahim ini terus berpanjangan.

Kami juga turut dikunjungi cikgu kelas memasak saya, Shahidan dan isteri serta ibunya, saya panggil Kak Siti. Siap bawakan anak-anak mainan dan brownies blueberry untuk kami. Siapa sangka bermula perkenalan sebagai pelajar kelas masakan, hubungan kami bertambah erat. Anak-anak juga suka dengan Shahidan yang turut dipanggil Pak Ngah.
Shahidan paling kiri manakala ibunya, Kak Siti paling kanan
Selain itu, saya turut menerima cenderahati comel daripada Kak Long (kakak sulung Ustaz Kazim), pemilik kedai runcit al-Hayani yang sangat peramah. Saya hanyalah pelanggan tetap kedai beliau yang mana setiap kali kehadiran saya pasti ada cerita yang kami kongsi bersama.
Antara hadiah yang anak-anak dapat
Kak Long ni kreatif orangnya. Pandai masak, mengubah hantaran malah design tudung pun dia buat sendiri tau. Jadi, apa lagi nak buat tempahan jangan lupa cari Kak Long kawasan Meru Raya. hehe...Kedainya bersebelahan Cosway berhadapan dengan Halaman Meru Impian. 

Sehari sebelum pindah, bekas bos En Bapak, Abang Syakir dan isteri Kak Khuza turut meraikan kami di restoran Malika Saba yang kini dah tukar nama dan pengurusan sekali. Siap bagi comforter sebagai tanda kenangan. Kami?? Tak sempat beli apa, setakat cupcake dan red velvet untuk mereka sekeluarga. Tu pun lari beli sekejap sebab En Bapak masih bekerja pada haritu. 

Minta tolong staf ambilkan gambar, sekali disuruh pose dgn hiasan restoran. Layankan aje
Abang Syakir ni kena pindah juga balik HQ. Tapi, Kak Khuza pula tak dapat transfer. Jadi, sementara ni Kak Khuza dan anak-anak mereka masih lagi berada di Ipoh. Nanti kita jumpa lagi ye sebab Kak  Khuza dan saya orang senegeri. 

Terima kasih Ipoh kerana pengalaman, pengajaran dan kasih sayang sepanjang lima tahun saya bermastautin di sini. Terima kasih kepada semua yang mengenali. Hanya Allah yang dapat membalas jasa baik kalian semua.

Panjang umur kita pasti bertemu lagi. 


p.s: Walaupun lima tahun jadi orang Ipoh, slang orang Perak tetap tak dapat dikuasai. Syabas orang Melaka. {ahaha...sengal}.



2 comments:

  1. Walaupun belum dpt transfer ipoh, setiap hujung minggu muka ada kat ipoh. Harus cari kedai jahit kakak ustaz kazim tu. Tq

    ReplyDelete
  2. Kak ANIM, kakak ustaz kazim tu buka kedai runcit bkn kedai jahit. hehe...

    ReplyDelete