01 February 2013

Steamboat @Rosa Passadena, Cameron Highlands

Rugilah kalau ke Cameron Highlands (CH) tak pekena steamboat. Pilihan kami masih lagi di restoran Ferns, Hotel Rosa Passadena, Brinchang. Sebelum ni kami pernah ke sini. Oleh kerana percutian kali ini adalah pada hari Jumaat maka parking di CH dibanjiri banyak kereta dan bas pelancong. Agak tensi kejap di situ.

Makanya kami empat beranak gigih la berjalan dari hotel ke sana. Tak jauh mana pun, cuaca pun sejuk jadi ibarat makan angin di malam hari. Kalau nak order steamboat ni, kena order minima untuk dua orang. Satu kepala RM25, dua RM50. Untuk seorang makan tak dapat dik. Akak dah tanya.

Walaupun korang datang empat orang, Order jelah dua dah cukup banyak tau. Serius, tak larat nak habiskan. Sup, sos pencicah, sos kicap, semua sedap, memang tak boleh lawan mana-mana tempat. Kali ni ada penambahan sikit dalam set steamboat mereka, ada kepah dan sotong kembang.

Set steamboat berkenaan biasanya turut serta dihidangkan bersama teh cina yang saya tak suka tu. hehe...Steamboat ni, nak makan tak boleh rushing nak habiskan. Kena ambil masa, makan perlahan-lahan. Lepas habiskan bahan gorengan, baru mula makan mi, bihun dan bahan-bahan yang direbus. Agak-agak mengah, berhenti jap.

Sembang-sembang apa yang patut. Main kejar-kejar dengan anak ke. Lepas tu sambung makan balik. Tapi...kali ni memang rasa makan main sumbat je sebab tak habis separuh makan, Khalish yang selsema merengek ajak balik hotel nak tidur. Ishh...terpaksalah ibu makan apa yang mampu. Rugi2...


notajari: kami lunch di sebuah medan selera (tak ingat la nama) di Brinchang, belakang Greenhill Hotel. masakan yang dihidangkan pada tekak kami semuanya sedap belaka. kailan ikan masin siap ratah macam tu je. tak tau la kenapa. hehe...

p.s:# ada restoran namanya Rosa juga dan turut menyediakan steamboat. Jangan bagitahu saya rasanya tak sama macam yang saya pergi ni sebab tempatnya lain hokey. Diulang saya pergi ni restoran Ferns di Hotel Rosa Passadena. Harap maklum. 

9 comments:

  1. oh boleh cuba kalau kesana
    cuti cny ni mesti jem kat sana'
    kalau nak pegi x nak dah pegi hari cuti

    ReplyDelete
  2. maaf ye,blog ni seronok dibaca
    tp verification code tu buat susah nak komen :(

    ReplyDelete
  3. Kak Irfa: kalau dpt pergi CH masa weekdays. Kalau weekend n public holiday, ngadaplah jem kat merata tmpt.

    Aiseh...ntah bila la pulak sy tukar setting. terima kasih atas pemberitahuan ye.

    ReplyDelete
  4. Betul ker sos nya lagi sedap dari Johnny's? Hari tu try makan di Glory78, sos tak der kick langsung. Saya tak pernah jumpa lg restaurant steamboat yg sos nya boleh challenge Johnny's. Kalau betul saya akan try nxt time ke CH. Terimakasih berkongsi info ini.

    ReplyDelete
  5. DinaAbuSamah: Bagi kami suami isteri sos steamboat Rosa memang tak boleh lawan mana-mana. Byk tempat dah pegi, tapi situ jugak menjadi idaman hati. Teringat2....cubalah kalau berkesempatan. Insyaallah, sedap.

    ReplyDelete
  6. suka makan steambot, slalu makan kat Johnny tu je..sebab buleh bajet2..

    ReplyDelete
  7. MasyaAllah steamboat kat Rosa ni paling teruk. Sy makan tak habis pun. Dgn sup kosong dgn kiub ayam dan fishball yg tak berbaloi. Sos seperti kedai nasik ayam, sos kicap potong cili dan semangkuk minyak masak. Maafkan sy, sy tak mahu yg lain pergi dan rasa sama mcm apa yg sy rasa

    ReplyDelete
  8. Anonymous : kami tak pernah pula dapat sos kicap potong cili n smgkuk myk masak. Rosa mana awak pergi ni? hehe...

    ReplyDelete
  9. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete