29 April 2011

Makanan Pelengkap

Hari ini genap hari ketiga Ilhan diperkenalkan makanan pejal pertamanya. Haihh...baru sempat update.

Reaksinya adalah seperti di bawah :




Minuman wajibnya adalah susu ibu. bukan susu cap teko ye, anda tau cap ape. Syukur, rezeki Ilhan murah kerana badan saya masih menghasilkan keperluan penyusuannya dengan mencukupi.

Makanan pejal adalah supplement bagi seorang bayi. Bila usianya menjangkau 6 bulan (180 hari), maka keperluan nutrien yang mencukupi diperlukan untuk membantu tumbesarannya.

Seperti Ilhan yang sebelum ini bergantung sepenuhnya kepada susu ibu kini boleh tersenyum sebab dapat merasa makanan lain. dalam erti kata lain tidaklah terkulat-kulat tengok abang dia makan. Namun, saya berazam memberinya susu ibu hingga usianya dua tahun. Insyaallah.

Informasi mengenai pemberian makanan bayi (6-8 bulan):

Berapa banyak yang perlu diberi?

*1/2 cawan bubur nasi dikisar (bekas plastik dadih yang kecil)

Bagaimana memberinya makan?

*beri selepas bayi menyusu

*sebagai permulaan, berikan dengan jumlah kecil (1/4 - 1/2 susu teh) supaya mereka dapat menyesuaikan diri

* jangan paksa sekiranya bayi menolak

* tingkatkan kuantiti makanan mengikut umur bayi

* beri anak anda makan sebaik saja dia lapar

* berinteraksi dengan anak semasa memberi mereka makan.

Cara Penyediaan:

*makanan yang dipuri dan dikisar sesuai diberi pada minggu pertama semasa makanan pelengkap dimulakan.

*makanan yang dilecek atau separuh pejal sesuai untuk bayi berumur 6-8 bulan.

Cth hidangan: (minggu permulaan)

* puri buah-buahan : epal, pir, mangga
* bubur nasi kosong (dimasak dan dikisar)
* diikuti bubur nasi + ikan bilis goreng tanpa minyak dan dikisar menjadi serbuk.
* kemudian barulah ditambah sayur seperti lobak merah / sayuran berdaun / kentang
* selain isi ayam kisar, boleh diganti daging empuk kisar, namun dicadangkan memberi menu yang sama selama 4-7 hari bagi melihat keserasian anak dan makanan berkenaan.
* Ia juga bertujuan untuk mengenal pasti samada anak elergik dengan sesuatu makanan.
* elakkan penggunaan garam atau gula kepada bayi berusia
bawah setahun.

>sumber: pamplet kementerian kesihatan dan nasihat pembantu perubatan >>rasa macam pakar pemakanan la pulak.

notakaki: now, berat Ilhan 8.25kg (sikit lagi nak sama berat dengan sekampit beras 10kg. kekeke) - tinggi 67cm.

No comments:

Post a Comment