27 August 2010

Sesi membazirkan air mata


Salam semua,

Aduhai...dah berhari-hari saya bertangguh nak menulis citer terbaru. Entahlah sejak dua menjak mood rasa semacam - kejap rasa sihat, kejap rasa memberat, gembira dalam resah, sedih dalam gelisah (eceh...dah macam puisi la plak) - pendek kata bercampur baur perasaan ni.

Mungkin hormon 'mak yong' sedikit sebanyak memperngaruhi emosi saya. Namun, alhamdulillah hingga ke hari ini saya masih mampu bertahan berpuasa hingga ke penghujung hari. Tapi....mungkin hari Isnin ni saya tak dapat berpuasa (sebabnya....?? nanti saya beritahu kenapa pada hari berkenaan ek, kasi surprise konon).

Nak bercerita pasal Khalish tapi hold dulu lah (tangguh lagi!). Kali ni nak cerita mengenai drama terbaru - Syurgamu Ramadan. Seyes, dah lama drama / filem Melayu tak berjaya membuatkan saya mengalirkan air mata. Kalau ada pun, citer industan terutamanya menyentuh bab-bab kekeluargaan (tolak tepi bab nyanyian dan joget2 tu ek).

Sejak berpuasa saya dah layan drama yang ditayangkan dalam slot Samarinda pada setiap Selasa - Khamis jam 10.30 malam di TV3. Walaupun tipikal cerita Melayu, tapi bagi saya, jalan ceritanya diolah dengan sangat menarik. Untuk sinopsis sila klik SINI.

SyurgaMu Ramadan adalah kisah pengorbanan, kasih sayang dan yang paling penting, kemaafan. Tiada nilainya pahala sekiranya ianya berlapikkan nafsu api kemarahan….Dan tiada yang lebih indah dari satu kemaafan… Kemaafan dari dendam yang terpendam…..

Mungkin watak yang dibawakan pelakon seperti Ellie Suriaty (Datuk Halimatun), Eira Syazira (Marlia), Ungku Ismail Aziz (Yassin), Zarina Zainordin (Aishah), Aripah Damanhuri (Mak Jah), Shahar Yac’cob (Budiey), Nurul Elfira Loy (Long - watak awak menjadi berbanding Qalesya!) dan ofkos mak cik Noryati Taib ku (Datin Kesuma) sangat terkesan di jiwa saya.

Ditambah pula Pengarahnya yang saya rasakan sangat berbakat iaitu Shahrulezad Mohameddin, drama ini adalah terbitan Radiusone Sdn Bhd. Tahniah kepada semua kerana berjaya membuatkan saya membazirkan air mata (selain menambah bil elektrik) pada setiap episod. Tapi saya rasa macam tak puas sebab hanya 30 minit je ditayangkan (tolak iklan agak2 dalam 20 minit je - selalu macamtu tau, citer best selalu kejap je, cuba citer hampeh berzaman je rasa nak habis).

Drama berkualiti sebegini sewajarnya ditayangkan dengan lebih banyak lagi. Baru industri berkembang setiap tahun, ini tidak balik-balik nak juga cerita 0 syok sendiri dan pelakonnya pun kaku cam tiang lampu dan harap muka je kerut sana sini pamerkan emosi. Tet....terkutuk lak. Sori eh, apapun saya dah lama tak tengok cekekrama - motif???

notakaki: rasa cam nak masuk kelas penulisan skrip dan jual naskhah bermutu pada penerbit drama / filem. (harap tertunailah impian 1 hari nanti...chewah!!)

No comments:

Post a Comment