27 July 2010

Soal Menu Pun Boleh Pening Tau...


Masa zaman anak dara dulu, apa mak masak tu yang dimakan. Tak kira lah mak masak asam pedas ke, masak lemak ke, sup, ikan bakar, ayam masak merah dan diulang-ulang sepanjang minggu, saya adik beradik makan tanpa banyak bunyi. Masakan mak lah katakan.

Nak spesel sikit, mak masak tom yam, paprik, mee bandung, nasi pattaya, siakap tiga rasa dan beberapa jenis menu yang hanya dibuat berdasarkan permintaan. Masakan barat, maaf ye tak pernah mak masak untuk kami. Kata mak, seleranya dan ayah selera orang kampung.

Di kampung, rumah nenek dan atuk terpisah beberapa meter dari rumah kami. Makanya, maklah yang menyediakan hidangan makan untuk nenek dan atuk. Atuk - kalau boleh, hari-hari makan nasi berlaukkan masak lemak pun tak pe. Tak makan daging atau ayam. Hanya ikan dan seafood. Nenek - berbeza dengan atuk tak kisah makan asam pedas, masak singgang, ayam atau daging, semuanya dikata boleh. Cuma, masak lemak ni kureng sikit sebab nenek ada darah tinggi.

Kadang-kadang mak merungut juga memikirkan soal nak masak apa hari ni. Dia pun naik bosan masak benda yang sama dalam tempoh seminggu. Nak masak menu lain, takut tak kena selera ayah, atuk dan nenek pula.

Bila dah kahwin, baru saya faham apa perasaan mak bila memikirkan soal menu sepanjang minggu. Boleh bikin pening kepala dibuatnya. Puas redah blog dapur orang, belek pula buku masakan dan koleksi resepi dalam internet, balik-balik masakan yang sama juga. Balik-balik lauk tu juga yang saya sediakan. hehehe...

Mujur Orang Sebelah (OS=incik somi) jenis tak kisah makan apa. Tapi, kadangkala, sempat juga dia mengomen asyik-asyik sambal. kekeke... Kang saya buat menu ala Afc Channel, dia juga berpeluh nak cari barang kat pasar besar Ipoh nun, baru padan muka. Tapikan, taklah sambal setiap hari, bila time tak de idea je. Malahan saya semakin rajin dan berjaya mencuba banyak menu yang tak pernah dimasak sebelum kahwin ok.

Kebiasaannya, saya diarahkan OS untuk sediakan list menu dan barang untuk stok 5 hari - seminggu. Saya buat begini, selang seminggu akan ada menu utama seperti ayam, ikan, daging/paru/hati, seafood serta masakan mudah seperti mee atau masakan barat (biasanya spaghetti bolognese/ pasta).

Dalam menu harian, mesti ada lauk berkuah, kering dan sayur. Sebagai contoh:

20/7 - 25/7 (Ayam > sepanjang minggu tu akan makan menu ayam saja)
Isnin
Sarapan : Bihun goreng
Lunch / dinner : Kari ayam + sayur kobis tumis + tempe goreng

Selasa
Sarapan ; Keropok lekor
Lunch / dinner : Tom yam + telur dadar

Dan hari seterusnya....jangan lupa bawah sekali letak #tertakluk kepada pindaan# (macam rancangan tv laks) bermakna- lauk yang tertera tak dimasak tapi digantikan dengan lauk lain yang lebih kurang je bahan-bahannya. hahaha... selera acik kadang2 tak leh jangka.

Bajet pun perlu diambil kira, dah namanya berdua (Khalish biasanya saya bagi sup, sayur goreng, ikan atau ayam) takkan nak makan besar pula, ye tak? Selalunya belanja dalam lingkungan RM50++ seminggu beli barang kat pasar. Barang sekarangkan, faham-faham sajalah reganya.

Tapi, saya paling tak suka bila selera saya menurun (sekali lagi salahkan hormon ibu ngandung), maksudnya saya tak rasa dan tak tahu nak masak apa. Bila minta pendapat OS, kadangkala dia bagi idea tapi kebanyakkan masa dia akan cakap "apa-apa jelah, sayang masak apa pun sedap". (tak membantu langsung, tu pasal balik-balik sambal. hahaha).

Apapun, sebagai isteri dan mem besar yang dok umah, rasanya yang paling best sekali bila dapat makan luar dan order je apa yang nak. Tak yah susah-susah memerah otak nak masak apa dan menyinsing lengan baju sedia itu ini. Sapa setuju angkat apron....hehehe....








2 comments:

  1. akak angkat semua sekali, apron, periuk , kuali , sudip, tangan dan kaki...hikhikhik....!!!!

    ReplyDelete
  2. hahaha...angkat jangan tak angkat. akak, kalau datang Ipoh jangan lupa gitau leh kita gebang-gebang.

    ReplyDelete