Showing posts with label tadika BSP. Show all posts
Showing posts with label tadika BSP. Show all posts

07 January 2014

Malu Seorang Kanak-kanak

Semalam.

Turun dari kereta cikgu, Ilhan dan Khalish kelihatan muram. Mata berkaca-kaca.
Bila saya tanya kenapa, terus kedua-duanya sebak dan menangis hiba.
Menangis secara duo.

Ilhan: "Kawan-kawan nampak huggies adik. Adik malu"
Khalish: "Kawan-kawan cakap bodoh"

Haishh...menangis guna nada tinggi hampir setengah jam. Puas memujuk hingga kehabisan modal. Mujur ada tart coklat sebagai galang ganti.

Kisahnya, sejak masuk sekolah saya akan pakaikan Ilhan lampin pakai buang bagi memudahkannya buang air. Risau juga takut dia terlepas 'shi-shi' sebab dia memang kuat kencing.

Semalam, saya tak pakaikan dia lampin namun membekalkan dua keping huggies dalam beg sekolah. Agaknya masa dalam kereta ada la budak yang sama-sama dihantar cikgu membuka begnya.

Maka, jadilah kejadian ejek-mengejek. Ikutkan logik, biasalah budak-budak. Yang menjadi masalah, anak-anak saya tak pandai ejek-mengejek ni. Mereka agak lembut hati dan sedikit berkecil hati.

Ilhan juga mengadu ada kawannya (mungkin yang 5 ke 6 tahun) cubit pipi dan perutnya. Mungkin geram, mungkin dia kat rumah selalu dicubit, kemudian lepas geram pada anak orang.

Mungkin.

Geram juga saya, kawan-kawan 'ajar' cakap bodoh. Serius cakap, tak pernah perkataan tu digunakan dalam rumah sebelum ni.

Saya dah pesan pada si abang. Jaga adik, kalau ada orang buat adik, bagitahu jangan buat adik saya. Saya tak suka.
Saya pesan Ilhan, kalau ada kawan-kawan buat adik, cubit dia balik. (sebagai tindakan mempertahankan diri, supaya tak mudah dibuli dikemudian hari).

Harap-harap menjadilah pesanan saya. Dah pesan pada cikgu untuk tengok-tengokkan mereka berdua.

Serius, masa tadika Khalish di Ipoh tiada kejadian begini. Saya sedikit terkejut. Baru tadika ni. Belum sekolah rendah dan menengah lagi.

Bayangan saya, saya mungkin akan jadi 'raksasa hijau' yang akan mengamuk bila anak dibuli di sekolah. Harap-harap saya tak terlalu beremosi kelak.

Naluri keibuan memang begini agaknya apabila kita tak mahu sesuatu yang tidak diingin berlaku pada anak. Jangan kata benda-benda ni remeh atas alasan kanak-kanak. Kanak-kanak perlu disiplin dan adab perlu disemai sejak kecil bagi membentuk peribadi yang elok bila besar kelak. Gitu.
Hari ni abang dah pesan jangan bawa huggies adik lagi. Baik, kita turutkan saja demi menjaga maruah seorang abang dan adik.

Tak sabar nak tunggu mereka sampai depan rumah, nak dengar cerita apa pula harini.

Menanti dengan sabar.

04 January 2014

Khalish dan Ilhan Ke Tadika @ Genius Kids BSP

Cerita ni merupakan pembukaan entry pertama 2014.
Cerita mak-mak, pengalaman anak memulakan hari persekolahan.
Khalish dah 5 tahun, Ilhan pula 4 tahun. Masing-masing bersemangat nak ke sekolah.
Sebagai Ibu Ayah, mana yang baik kita galakkan. 
Saya tak risau sangat pasal anak-anak nak ber'drama' bagai kat sekolah, sebab masing-masing teruja lebih nak jumpa cikgu dan kawan baru. 
Cuma, pagi-pagi mesti ada sketsa sikit terutama Ilhan yang payah nak bangun awal. 
Sesi pujuk-memujuk, geletek mengeletek, rayu merayu dah makan masa dekat 10 minit. 
Tu belum masuk sambung nangis macam kena dera dalam tandas. Haishh...
Memang menguji tahap kesabaran dan tekanan darah maknya pepagi buta.
Sabar...sabar....

Lepas bersiap, sarapan pulak. Mujurlah susu dutch lady n coco crunch penyeri keceriaan pagi anak-anak. Dah kenyang dan kembali senyum, baru kita hantar ke tadika.
Masa sampai memang ngam-ngam budak-budak lain dah beratur. 
Ishh...ada yang nangis pulak. Jeling kat Ilhan dia macam blurr kenapa budak tu nangis. Mujur dia rileks je.
Khalish yang dah berpengalaman tadika tahun lepas di IQ Genius Ipoh, tak heran. Ni kan abang, katanya.
Ilhan depan budak pakai tudung biru yang ternganga tengok abang kat depan. Baju rasmi belum sampai lagi
Masuk barisan, masing-masing kena la angkat jatuh tangan yang mana Ilhan dan 2-3 orang budak 4 tahun tangan tak turun-turun sampai habis nyanyi Negaraku. Kelakar rasanya bila tengok dari jauh. Lepas ada tu, cikgu ada la tarik dua tiga orang ke depan untuk kenalkan diri termasuk Khalish. 

Si adik melopong tengok abang kat depan. Abang lak masih lagi mengaku dia 4 tahun. hehe...Habis sesi cikgu suruh budak-budak main permainan yang ada. Bagus juga cara tu, sebab yang nangis-nangis sume gembira sebab main dulu. hahaha....comel.

Lupa nak beritahu, tadika pilihan kami di BSP ni adalah Genius Kids Kindergarten. Dah survey beberapa tadika kat sini, yuran beza berapa puluh je. Tapi sebab ada yang tak sediakan makan sekali - setakat biskut, roti dan air mana kenyang. Nak lah makan berat sikit macam bihun, bubur atau nasi. Macam tadika Khalish dulu makan termasuk semua sekali. Senang. 

Lebih seronok sebab setiap Jumaat anak-anak kena pakai baju Melayu sebab ada kelas solat. Pendedahan yang sangat bagus.

Lepas bayar yuran, kami suami isteri terus ke tempat lain. Senang cerita, anak tak kisah, mak pak gembira. hehe...Balik nanti cikgu hantar.