18 February 2015

Pengalaman Temuduga Pen. Pegawai Pembangunan Masyarakat 2015

Assalamualaikum,

Pix takde kena mengena dengan ini cerita
Semalam saya menghadirkan diri ke temuduga kali kedua untuk jawatan di atas di SPA Putrajaya.

Nasiblah buku nota temuduga lepas saya tak lupuskan dalam tong sampah.

Hampir 2 minggu jugalah tidur malam tak lena mengenangkan situasi temuduga yang akan dihadapi.

Nak ingat pasal kementerianlah...jabatan...isu-isu semasa...dasar...(fuh naik mata panda aii...)

Sekali...masa iv semalam...santai-santai saja. Mungkin dia tengok akak ni lama nau 'melepak' kat rumah panel tanya soalan simple je...(padahal dalam hati...tolonglah bagi saya soalan mencabar sikit pasal akta kanak-kanak ke, warga emas ke, oku ke...gst jangan saya tak hadam lagi...) hihi...

Santai-santai pun ada makna tu...panel nak tengok skil komunikasi, berdebat, bahasa tubuh, semualah...

So, rasa lega sebab dah hilang 'beban' risau pasal iv. 

Geram...sebab apasal tak tanya soalan-soalan 'tough' macam iv pertama dulu...

Moga-moga ada rezeki untuk saya berkhidmat untuk bangsa dan negara...ecewah...

Rezeki Allah siapa tahu kan...

Kepada calon temuduga untuk jawatan ni, tak yah stress sangatlah...panel nak kasi trick je korang tu. Kalau diorang macam nak kondem tu, saja je tu. Kalau tak tahan tekanan dalam bilik iv, macam mana nak tahan dengan tekanan masa kerja nanti. Ye dakk...

Wassalam....


6 comments:

  1. alhamdulillah sis dapat lepas iv tu.. harap2 dapat la pasni eh.. iv pertama tahun 2013 tu ke? semoga dipermudahkan urusan lepas ni k.. =)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Yer betul iv pertama hujung thn 2013. terima kasih atas doa. amin...

      Delete
  2. Blh bg tips x soalan y ditya....siapa panel temuduga

    ReplyDelete
    Replies
    1. sebenarnyakan ct. soalan yg ditanya adalah bergantung kepada siapa panel kita pd hari itu dan bergantung kepada background dan pengetahuan kita mengenai kementerian / jabatan.

      panel saya adalah salah seorg ahli suruhanjaya spa dan wakil jkm. wakil jkm akan berkisar mengenai jabatan. apa pengalaman kita dgn golongan sasar jabatan. sudut pndgn mengenai jawatan dan simple2 thing. tang pengerusi panel tu, seorang datuk dan memang kaw2 dia 'soal siasat' tntg diri dan fail yg kita bawa. serius...jangan mengelabah. tenang2 saja sbb mmg dia nak tgk cara kita respon, handle dia dan keyakinan kita. tips nya adalah jgn cepat melenting / berubah mood hokey! good luck ct...

      Delete
  3. Terima kasih...dalam srat pggilan ada nama penemuduga tuan haji onn....ini pengalaman pertama saya

    ReplyDelete