16 May 2013

Sabtu ni ada PAC 2 : Pembangunan Masyarakat

Lepas bercuti lama balik kampung sempena PRU lepas, akhirnya mood menaip kembali. Baiklah, mood sipi-sipi.

Sekarang dalam hati ada semak samun sebab sedikit risau untuk menghadiri PAC kali kedua Penolong Pegawai Pembangunan Masyarakat S27 di Pusat Latihan Kemas Kepala Batas, Sabtu ni. Masih tak dapat gambaran bagaimana ujian penapisan calon akan dikendalikan.

Hari tu JKM yang uruskan PAC kali pertama, ni KEMAS pula. Nampak paling ketara adalah akan berpakaian sukan sepanjang hari. Ada ujian kecergasan pulak tu, habislah dahlah berat badan kebelakangan ni di luar kawalan (kononnyalah padahal diri sendiri suka makan). Berharap masa ke pasar, ulang alik mengemas rumah dan mengambil Khalish di tadika akan membantu mengekalkan stamina berlari kelak. hihihi...

Paling best lagi adalah kami tak dapat lagi tempat penginapan di Kepala Batas. Hotel yang ada hanyalah Seri Malaysia. Homestay banyaklah tapi setakat ni yang saya kol sume dah penuh. So, esok lepas Khalish balik tadika kami akan terus ke sana untuk cari tempat menginap. Alternatif terakhir adalah tidur je di Seri Malaysia walaupun rasa nak nangis bayar duit hotel yang boleh dibayangkan interior designnye sama kat mana-mana. 

Dengarnya ada sesi pengucapan awam, so bersedialah dengan segala input yang munasabah untuk dibentangkan kelak. Setakat 5 minit apa la sangatkan, kekalkan wajah tenang dan isi yang mantap. Phew...Allah saja yang tahu perasaan mereka yang akan berucap depan orang ramai. 

Itu sahaja buat kali ni, bagi mereka yang akan ke PAC untuk jawatan ni, selamat berusaha semua dan semoga ada peluang yang baik untuk jawatan ni. Akhir kata, terimalah kata-kata klise dari saya: "Bukan senang nak jadi senang dan bukan susah nak jadi susah. Apa yang penting berusahalah, lepas tu berdoa dan bertawakal".


p/s: Jangan lupa bawa pensil, pen, pemadam dan buku nota. Elakkan menyusahkan orang sebelah dengan meminjam pemadam ketika menjawab soalan psikologi. Stress tau!

6 comments:

  1. ouh ada public speaking ker?huhu...kene pki pakaian sukan sepanjang masa or nanti tyme ujian kecergasan baru tukar?

    ReplyDelete
  2. Mama S. : saya pun xpasti ada public speaking ke tak. ni ckp2 calon. so, takde salah klau kita bersedia apa yg patut. ada yg dh kol kemas tp diorg kata rahsia.

    Kalau baca surat tawaran dia tulis akan pakai baju sukan masa pendaftaran dan sepanjang hari.

    Gud luck!

    ReplyDelete
  3. Oh public speaking.. sy dpt hari ahad sis.. kalau dh dpt nnti share pengalaman yer.. ;) rs mcm nk tarik diri pon ade nih.. sbb tb2 kene demam plak.. huhu..

    ReplyDelete
  4. ctmz: harap2 cepat sihat. kalau larat pergilah ye...

    ReplyDelete
  5. Assalam akak..bleh crita pengalaman akak pegi PAS hri tu??tq akak ;)

    ReplyDelete
  6. Oh ya..hrp akak dpt kongsi..sbb kwn sy akn attend utk 15hb utk s41 kt tmpat yg sama..rsnya,sama ja aktiviti nya.. :)

    ReplyDelete