18 March 2013

Tips Untuk Calon PAC 2013

Lepas berjaya melepasi ujian bertulis SPA tempoh hari, saya diminta untuk menghadiri Program Assesement Centre (PAC) di Rumah Seri Kenangan Taiping, Sabtu lepas.

Calon yang sepatutnya hadir sepatutnya kira-kira 130 dan yang hadir hanya 98 orang. Program berlangsung selama sehari dari 7.30 pagi hingga 5.30 petang. Rata-rata yang hadir kebanyakannya telah bekerjaya samada dengan sektor awam dan swasta. Tapi yang menariknya, dikhabarkan hampir 80 peratus yang menghadiri PAC (khususnya jawatan penolong pegawai pembangunan masyarakat s27) adalah daripada KPSL sejak 2008. Sangat kompetitif.

Apa yang dapat disimpulkan di sini berdasarkan pengalaman saya menghadiri PAC berkenaan adalah:

1. Calon seharusnya lebih tenang dan mengawal perasaan gugup. 
2. Perlu lebih bekerjasama dengan rakan sepasukan supaya tidak dilihat 'gila kuasa' dalam menyampaikan sesuatu idea.
3. Calon perlu melontarkan idea yang bernas dan tidak melalut dengan isi yang tidak berkaitan.
4. Tidak berbangga diri dengan tempoh perkhidmatan 5, 10, 15 atau 20 tahun kepada mereka yang baru bekerja.
5. Muka jangan berlagak dan rasa diri hebat berbanding orang lain.

PAC JKM ini adalah kali pertama diadakan dan bagi saya ia sangat mesra calon dan tidaklah menakutkan seperti yang dibayangkan. Fasilitator dan urusetia sangat membantu dan sesi ini berlangsung dalam suasana latihan dalam kumpulan.

Nanti ada ujian psikologi SPA, jangan lupa bawa pensil 2b jawab. 185 soalan dalam masa 40 minit. Perahlah otak dengan sebaik mungkin kerana soalannya mampu membuatkan gegaran medula oblongata serta DHA dan ganglioksida berhubung dengan cepat. hahaha...lepas tu tensi dengan orang sebelah tanya macamana nak jawab dan asyik pinjam pemadam. Sabar dalam senyuman. *kecik je aku tengok dia ni.

Paling menyentuh hati, ada sesi lawatan bertemu warga emas di mana kebanyakan warga emas yang saya temui adalah bekas anggota polis dan ibu tunggal yang ketiadaan anak. Tidak dapat dibayangkan saya menghabiskan sisa hidup seusia mereka di rumah ini. Sedih, tapi perlu berwatak hati kering di depan mereka.

Ada calon yang mengawal latihan berkumpulan secara total. Ada calon nak cakap, dia potong lepas tu suka-suka hati meminta orang mengeluarkan banyak pendapat sedangkan diri sendiri hanya ada satu isi yang kurang mantap. Alahai...bajet bagus sangat. Stress orang kiri kanan depan belakang tau, ahkak oiii...

Bagaimanapun, sesi petang adalah sangat bagus dengan kumpulan yang lain. Moderatornya adalah calon KPSL yang telah berkhidmat 20 tahun. Sangat berdiplomasi, bijak mengawal sesi dan kelakar. Saya tak terkejut jika beliau lulus PAC ini.

Jika lulus, calon seterusnya akan dipanggil temuduga. Dengarnya hanya kira-kira 80 kekosongan jawatan yang diperlukan. Bayangkan minta beribu-ribu, PAC ini 800, yang lulus kelak 400 untuk ditemuduga, kekosongan 80. Hurm...tawakal pada Allah. Kalau dah rezeki Allah tetapkan, takkan ke mana.


18 comments:

  1. Assalam, nak tanya.. latihan dalam berkumpulan ni berkaitan isu apa ye?? adakah dah ditetapkan @pun boleh membuat pilihan???

    ReplyDelete
    Replies
    1. Isu telah ditetapkan dan berbeza- beza mengikut kumpulan.

      Delete
  2. Tahniah berjaya ke pac. Samala kita dear. Tp, sy pac kat rumah seri kenangan, seremban. Persaingan terlalu senget kan. Dalam group sy pun ada kpsl. Mesti lagi senget persaingannya.

    If ada rezeki kita insyallah. Kalau takde pun xpe. Atleast sebagai pengalaman buat kita.

    Saya pun adabupdate serba sedikit pengalaman pac aritu. Gudluck untuk awak...



    Semoga berjaya yeaa..

    ReplyDelete
  3. atanayuiman@Jue: Gud luck utk kita berdua. hehe...

    ReplyDelete
  4. salam.. camne? dapat dah result pac aritu? saya dah dapat panggilan pac ke2 kat KL.. aduhai.. banyak betul stepnya kan..

    ReplyDelete
  5. atanayuiman

    salam..sy dpt PAC kali ke 2 di KEMAS KL..

    sy ada tanya kat diorang & then diorang kata aa public speaking dlm bahasa melayu or ingglish..

    haiya..aku pun risau ni public speaking

    ReplyDelete
  6. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  7. Sy dpt jgk 18 mei di KL... wahhhh ada public speaking eh... adeh nak kena gali byk2 maklumat la gini huhu... fitness pon dah xbape nk fitt dh skrg ni hihi.. good luck ye semua

    ReplyDelete
  8. good luck semua...saya pun dapat PAC yng ke2 di KL..mungkin akan berjumpe @atanayuiman @ ayu

    ReplyDelete
  9. assalam...sy dl PAC kt seri kenangan mlk...g ke 2 pun kt pusat lthn mlk...sy kena 22hb...tkt la ape jer xtvt nyer..

    ReplyDelete
  10. iyer kee..? nnt kalu terjumpa say tegur2 la ek,.. takut tak terperasan pulak.. kali ni kurang preparation la sebab sibuk banyak menda. baru arini nak gali serba sedikit.. tak berapa yakin je nak dpt sebab preggy.. huhuhu..

    gud luck all.. :)

    ReplyDelete
  11. atanayuiman @ Jue: Saya pun akan ke PAC ke 2 di Kepala Batas Sabtu ni. Ni Kemas lak kendalikan. Seriau juga sebenarnya sbb sibuk dgn menda lain. Rasanya post ni yg melebihi step dr post lain. harap2 kita berjaya ke temuduga lepas ni.

    Selamat berusaha semua!

    ReplyDelete
  12. saya pun dapat 18hb ni kat kemas kl...hati berat sangat nak pergi,mcm susah sgt jer nak dpt...tp kalo kita xusaha mana kan dpt hasilnya...semoga berjaya semua kawan2..

    ReplyDelete
  13. Alhamdulilah saya dah berjaya menyandang jawatan ini.ada sesiapa lagi tak berjaya

    ReplyDelete
  14. Wah...tahniah mimie. saya tak berjaya padahal interview macam bagus je rasa. hehe...now dah tahu yang tak cukup bagus rupanya.

    ReplyDelete
  15. salam perkenalan.

    tahniah kepada yang berjaya.
    sy cuma dapat calon simpanan sahaja.

    ReplyDelete
  16. Salam, Kak saya mau bertanye,
    Masih ingat x soalan peperiksaan sebelum di panggil untuk PAC utk jawatan penolong pembangunan Masyarakat s27 ?

    Kalau masih, boleh kongsi dngn saye kak ..? ^_^

    Jazakillah Khoir~! :

    ReplyDelete
    Replies
    1. Baru check blog. Seingat saya soala-soalan berkaitan dengan jawatan, pengetahuan am terkini dan sejarah serta logik math tahap pmr. Lebih senang score berbanding jawatan penerangan. Serius senang. Tapi details soalan saya dah tak ingat dah. hehe...harap membantu

      Delete