Tuan rumah baru balik dari cuti-cuti Malaysia. Dari minggu lepas 3 hari 2 malam ke Pulau Pangkor bersama mentua, rehat dua hari, lepas tu sambung bercuti ke utara tanahair bersama famili sendiri, dari Melaka.
Meskipun badan masih bersaki baki penat, namun hajat saya untuk bercuti kesampaian akhirnya. Syukur, walaupun sedikit letih namun minda rasa lebih rileks dan stabil.
Sudah banyak kali saya ke Pulau Pangkor sejak zaman remaja namun tidak pernah bermalam di sana. Kali terakhir pergi ketika tiga bulan mengandungkan Khalish.
Pada masa itu, keluarga saya datang menziarahi kami dan aktiviti sempat dilakukan hanyalah mengelilingi pulau dengan menaiki bot, melawat Kota Belanda, Batu Surat dan Taman Fu Lin Kung {replika tembok besar China} serta membeli hasil laut di kilang berhampiran.

Mengingatkan saat bot laju meluncur membelah ombak, terasa seperti tunggang kuda pun ada. Seronok dalam seriau. Masa tu tak ingat langsung tengah mengandung. Mujurlah tiada kejadian tak diingini berlaku.
Kini, lepas tiga tahun, kami kini sudah berempat sekali lagi berpeluang meronda pulau berhampiran menaiki bot laju. Pakej ditawarkan adalah RM4O termasuk sesi mandi manda di Pulau Giam aka Coral Island.
Bagi mereka yang mempunyai keluarga melebihi lima orang, boleh juga menaiki bot yang berbumbung dan lebih besar (mampu memuatkan 15 orang) dengan pakej RM130 satu bot atau RM15 seorang secara berkumpulan.

Jika diikutkan saya bukanlah seorang yang suka mandi laut {mungkin sebab air masin membuatkan saya kurang selesa} walaupun rumah keluarga terletak kira-kira 30 meter dari pantai Sungai Tuang. Maka, saya telah mencadangkan En Bapak berkelah dan mandi manda di Pulau Giam dengan alasan untuk merasai suasana sedikit berbeza berbanding mandi di tepi pantai.{ceh..padahal lautnya sama je. Percayalah, hanya mereka yang tinggal tepi pantai je faham apa yang saya ingin sampaikan. hehehe}
Lepas mandi, Khalish dan Ilhan diberi kebebasan bermain pasir. Ilhan paling tak tahan, sekejap korek pasir, campak pasir dan sesekali makan pasir. Alahai....bunyi kruk krak macam makan coco crunch pula. Kalau tak dipantau maunya pasir menjadi snek kesukaan Ilhan. Ishhh....semua benda nak dibawa masuk mulut budak ni.
Petang hari kedua, kedua lengan dan bahu saya sengal semacam. Selepas menanyakan beberapa individu termasuk staf resort dan budak penyewa bot, saya dapati hanya dua saja spa di pulau ini iaitu di Heritage Spa & Beauty yang terletak di Coral Bay Beach Resort dan francaisnya di Puteri Bayu Resort, di Pasir Bogak.
Pakej yang ditawarkan termasuklah sesi urutan (tradisional, bali dan aromaterapi), body scrub, sauna, facial, urutan refleksologi, pedicure dan manicure. Harga yang ditawarkan pula agak berpatutan serendah RM35 hingga RM205.

Terlebih dahulu, saya membuat temujanji untuk urutan tradisional dan mama untuk urutan kaki. Namun, akhirnya setelah sampai mama bertukar fikiran untuk turut sama berurut badan manakala ayah mentua yang terseliuh kaki sempat mencuba urutan refleksologi.
Adik ipar, Mira sebagai peneman setia menunggu di ruang tamu. Mujur anak-anak lena kepenatan ditemani suami di bilik di Purnama Beach Resort, Teluk Nipah.
Sesi urutan sangat menenangkan dengan diiringi kelunakan lagu-lagu berentak perlahan yang mampu membuatkan mata terlena seketika. Sesi selama 60 minit yang diakhiri dengan secawan teh halia benar-benar membuatkan tubuh saya kembali segar. Bayaran bagi urutan adalah RM70 setiap sesi.
Sebarang pertanyaan mengenai rawatan spa hubungi 05-6855111 atau Ina 016-5164145.

bestnya kena urut :)
ReplyDeletedah lam jugajk x berurut.last urut masa lepas bersalin dulu..2 tahun lepas la
kak, ada masa pergilah rilekskan badan tu dgn berurut. rasa ringan je badan.
ReplyDelete