01 March 2010

Bila Anak Tak Sihat, Mood Semua Sakit...


Salam semua,

Dah bersawang rupanya blog saya ni. hehehe... Sejak Khalish tak berapa sihat sepanjang minggu ni, hajat nak masukkan entry baru pun tergendala. Si kecik saya tu asyik nak berkepit je bila demam. Ada jumpa doc semalam, dia kata kalau Khalish masih batuk berkahak dan berbunyi lagi, dia suh datang klinik esok untuk sedut lendir yang dah berkumpul kat paru-paru belah kiri dia.

Alkisahnya, kesihatan Khalish hingga Isnin lepas berada di tahap sihat walafiat. Hinggalah kami bertiga 'melarikan' diri 1,500m dari paras laut untuk mencari suhu sejuk bagi mendinginkan diri yang semakin kering kontang akibat kepanasan melampau di Ipoh. Entry tu 'hutang' cerita dulu lah ye.

Memula sampai je,memang nyaman sangatlah. sampaikan Khalish bantai tidur tak nak bangun. Hinggalah padda waktu malam, Khalish dah mula batuk-batuk kecil. Kami baru teringat, dulu masa Khalish newborn hingga 3 bulan, dia ada masalah lendir tapi taklah sampai tahap membahayakan. Ingatkan dah baik, rupanya masalah itu 'bongkar' kembali.

Disebabkan itu, kami segera menghabiskan percutian itu dengan kadar yang sesingkat mungkin. Wajah Khalish mempamerkan mood keseriusan yang kronik. Susah betul nak suruh dia senyum bila bergambar. Yelah...bila dah tak sihat, mood pun larilah.

Kami balik sehari lepas tu, maklumlah dah book Heritage. Bukan murah regenya. Sesampai je di Ipoh, suhu badan Khalish meningkat sedikit akibat batuk-batuk. Dalam perjalanan, usah cerita berapa kali saya bermandikan muntah. Kesian Khalish, tu boleh tahan lagi ikut jalan Simpang Pulai, kalau laluu ikut Tapah...tak dapat nak bayangkan jalannya yang macam ular kena palu tu.

Esok cadang nak bawa Khalish buat sedut lendir. risau juga tengok dia kurang aktif tak macam biasa, tak lalu makan dan sudah susut sikit badannya. huhuhu...kalaulah boleh dipindahkan kesakitan tu, saya rela menanggungnya. (Saya hargai apa yang dirasai Mak ketika menjaga saya dan adik-adik waktu kami kecil. Terima kasih, Mak!!)

Lepas tu, kami akan balik ke rumah MIL kat PJ. Cik abang ada kursus esok-Rabu. Doakan Khalish saya pulih seperti sedia kala ye.

Wassalam

2 comments:

  1. salam kenal..betul tu..serba tak kena bila anak tak sihat..semua ibu2 pun sama mcm ibu khalish :) ...kalau leh biar sakit anak tu pindah kat kita pun takpe..

    ReplyDelete
  2. Salam kenal Catlina, diorang kecik lagi kesian bila demam dan sakit bagai. Meragam je serba tak kena, sebagai ibu, memang kena banyak2 bersabar...

    ReplyDelete