Tanda bagus sebab dapat seat bawah - kapal tiga tingkat, bawah sekali tiada tingkap. |
Khalish tak bagi Ilhan jalan jauh-jauh sebab orang ramai |
Sebelah malamnya, kami menghadiri majlis kenduri dan khatam Al-Quran yang diadakan di pihak pengantin lelaki (selalu tengok sebelah perempuan je kan). Buat pertama kalinya saya, keluarga dan saudara mara yang turut hadir dapat merasa keenakkan makanan tradisi orang Langkawi terutamanya kerabu bronok.
Saya pernah melihat penyediaan kerabu ni dalam sebuah rancangan masakan. Bronok atau dipanggil timun laut tidak di masak, cuma dibersihkan, dipotong kecil dan digaul dengan kelapa, serai, kerisik, bawang, garam gula dan sedikit cabai. Rasanya seakan kerang tapi sedikit kenyal seperti sotong.
Untuk pengetahuan, bronok tidak dimasak kerana teksturnya yang lembut selepas dibuang segala isi perut akan membuatkan bronok mencair apabila dimasak. Mak cik yang makan di sebelah saya berpesan jangan makan banyak kalau tidak biasa kerana khuatir nanti sakit perut dan panas badan. *sabar je kan, bila dah syok makan orang cakap camtu terus potong selera*.
Rupa bronok segar *imej di google |
Lepas makan, kami terus balik hotel di Kelibang.
Hari kedua :
Sebelum ke majlis bersanding pada waktu tengahari, kami sempat singgah ke Gamat Nusantara yang terkenal dengan produk berasaskan gamat. Kali terakhir saya ke sana ketika berbulan madu bersama En Bapak empat tahun lalu.
Emak saya memborong minyak untuk stok beberapa tahun |
Replika botol gamat gergasi baru dibuat. Dulu masa saya pergi takde lagi. |
Selesai majlis, kami berpisah dengan keluarga lain untuk ke destinasi lawatan masing-masing. Percutian sebelum ini kami telah melawat hampir keseluruhan tempat menarik di Langkawi seperti Underwaterworld, Gunung Mat Chincang, Makam Mahsuri dan lain-lain.
Tapi ada yang masih tidak dikunjungi seperti galeri perdana, air hangat (masa kecik-kecik pernah) dan telaga tujuh (tak larat nak naik atas) kerana kesuntukan masa.
Tahniah buat pengantin Sakinah & Anwar Ibrahim (glem nama suami awak). Moga bahagia hingga ke hujung nyawa. |
Sekian.
notajari: jangan lah tanya resepi tajuk entry ni pulak. saya saja letak. takde makna nak makan nasi minyak gamat kat rumah pengantin. .
No comments:
Post a Comment