Moga negara ini sentiasa dilindungi dan dirahmati Allah dari sebarang anasir kurang baik dari dalam mahupun luar negara.
Ok, cerita hari ini adalah seperti tajuk di atas.
Masa peknen Khalish, kegilaan saya adalah menyelesaikan puzzle sudoku.
Saya bukan terer math pon dan saya memang bencikan subjek tu masa sekolah.
Masa sekolah rendah, cikgu math miang nak mampos, tangan sebelah tanda buku sebelah lagi dok usap2 belakang budak pompuan. Dulu mana tau gangguan seksual ni so kitorg diam kan je.
Masa sekolah menengah, cikgu math membosankan dan asyik bertukar.
Bila naik tingkatan empat dapat cikgu veteren tp semangatnya kalah cikgu muda.
Sampaikan saya dok depan sekali siap tidur cikgu tak perasan.
Tulah, bila result spm keluar, dapat pon cukup2 idup je. Padan muka.
Tp, bila math melibatkan RM saya tetiba terer bagai nak rak. Tahu plak bahagi-darah-tambah RM untuk shopping, facial, makan dll. hehehe...dasar perempuan.
Selesaikan sudoku ni kadang kala boleh menyebabkan kita tenang dan kadang kala sakit hati bila tak dapat selesaikan. So, bila padam balik, cuba lagi. Tak dapat, padam balik dan cuba lagi. Sampai kali keempat tak dapat2, sila curi tengok jawapan kat belakang buku cari 2-3 klue. hehe...
Baru jumpa Kakuro ni masa gi rumah adik kat Putrajaya.
Kakuro ni kiranya advance dari Sudoku. Sama-sama merupakan teka-teki logik dan berasal dari Jepun.
Dah try buat tahap easy dan medium. Bila time tahap susah, adus...rasa nak pecah kepala.
Cis...cis...apasal susah sangat nih.
Jangan harap nak beli buku kalau online punya pun tak pass.
Hussshh, korang try sendiri baru tau best ke tak games ni.
**pic: cdt to google. mls nak snap.
notajari: bila Khalish dah pandai mengira saya nak perkenalkan Sudoku sbg games minda dia. Tak sabarnya.
No comments:
Post a Comment