Cerita 1:
Saya sekarang sudah masuk minggu ke-38 usia kehamilan. Kalau ikutkan debaran makin terasa kerana kurang dari dua minggu dari sekarang saya dijangka melahirkan adik Khalish.
Beg baby, saya, Khalish dan barang-barang untuk berpantang di kampung siap siaga dikemas dan dikumpulkan. Cuma lampin pakai buang saja masih belum dibeli, mungkin esok baru nak beli.
Sejak nak menambah ahli keluarga ni Ayah Khalish semakin mahir menguruskan anak bujangnya. Saya lihat Khalish pun semakin rapat dengan beliau. Nak tidur malam pun sekarang ni mesti dengan Ayahnya. Saya perhatikan, beberapa skill beliau seperti tukar cd dah pass, mandi, beri makan dan sabar melayani keletah Khalish pun dah pass. Tak macam awal-awal dulu beliau agak kurang rajin dan kurang yakin menguruskannya.
Syukurlah, kiranya kalau saya pergi buat checkup kesihatan sendirian di klinik saya dah tak risau nak tinggalkan Khalish bersama Ayahnya. Kesian juga kadang-kadang 2 beranak tu kena tunggu lama sementara menanti giliran saya diperiksa.
Bertambah lega rasanya kerana mak saya dari kampung sudi menemani hingga saya melahirkan kelak. Jumaat lepas, Mak sampai dari Melaka dihantar Ayah dan Acu menaiki ets dari Seremban. Cepat dan selamat. Ikutkan saya malas nak menyusahkan mak, tapi saya sangat mengharapkan pertolongan beliau menjaga Khalish apabila tiba waktu bersalin kelak.
Bukannya apa,saya takut bila suami tiada di sisi untuk menemani. hehehe... Walaupun ini adalah kali kedua mengandung namun debaran dan ketakutan tetap ada tau. Moga-moga saya dipermudahkan bersalin dan mampu melahirkan secara normal.
Cerita 2:
Khalish sekarang ni dah masuk 1 tahun 5 bulan. Semakin keletah, bijak dan of course banyak ragam untuk dilayan. Pencapaian Khalish untuk usia ni -
1. Dia dah pandai baca abcdefg, 123 sambil kira dengan jari...dan alif (dibaca ayie), ba, ta, tsa, sha...
2. Faham beberapa arahan - ambilkan remote, buku, botol susu, bantal, kasut, baju, cd dll.
3. Sangat suka membantu dengan menyapu menggunakan penyapu dan pengangkut sampah. (dah besar tak tolong, siap!!!)
4. Suka menconteng bila pen / pensil dan buku ada di tangan.
5. Master mendaki tangga rumah namun tak reti nak turun lagi.
6. Suka membantu saya di dapur - angkut sudu, garpu, pinggan or cawan dan main masak-masak kat ruang tamu.
7. Pandai mengikuti beberapa gerakan dalam solat, berdoa dan suka mengikut bacaan zikir dalam Indahnya Iman di astro Oasis.
8. Yang pasti, Khalish sekarang makin manja dengan saya dan asyik-asyik nak lepak kat perut. (eheheh...mentang2 perut saya sudah muncung ke depan, sedap je dia letak bantal busuk kat situ).
Saya dah mula praktis panggil dia dengan panggilan abang dan nampaknya dia faham saya maksudkan adalah dia. Hurmmm...rasa macam tak percaya je tengok anak sulung saya semakin tinggi dan bijak. Macam semalam baru lahirkan dia....
Cerita 3:
Kehamilan kali ini saya cuba untuk merasa pengalaman bersama klinik dan hospital kerajaan. Khalish dulu semuanya dengan panel dan hospital swasta kecuali dah bersalin je dipantau nurse klinik desa. Bukan tiada bajet namun ia digunakan untuk tujuan masa depan yang lebih gemilang. hahaha...
Apapun, setakat ni saya berpuas hati dengan khidmat yang diberikan cuma menuntut masa yang agak lama untuk menunggu giliran. Lain-lain ok. Esok adalah kali kedua saya perlu menjalani ujian Bsp. Alah...yang kena amik darah 4x dari pagi-malam tu untuk memastikan tahap gula dalam darah. Lusa jumpa doktor untuk tengok tahap kesihatan saya.
Temujanji seterusnya dengan pakar GH Ipoh adalah pada 3/11 ni. Kalau tak bersalin lagi time tu alamatnya habislah saya, sure kena paksa bersalin. Hurmm...dijauhkanlah. Moga baby bijak saya ni tahu mencari pintu keluarnya sendiri. Fuh...fuh...Doakan saya selamat melahirkan baby yang sihat dan sempurna ye. Wassalam...
Hoping for tha best ! Semoga semuanya berjalan lancar dan selamat .., Aminnnnnnn.
ReplyDeletesalam,
ReplyDeletemoga Allah permudahkan.
akak dtg nak inform ni yg u dpt hadiah cabutan bertuah utk follower blog akak.
link --->http://perutkenyang.blogspot.com/2010/10/ulangtahun-perkahwinan-ke-11-dan.html
akak tunggu respon dr u.