06 March 2010

Selamatkah Penapis Air Di rumah Anda?

Salam semua,

Siapa yang ada penapis air kat rumah? Bukan penapis teh atau kopi tau. Yang dimaksudkan adalah penapis air yang disambung terus dari paip tu. Wah...ramainya yang jawab dalam hati....saya ada (he3...saya belajar ilmu alam tau). Bagus, saya percaya kebanyakkan anda mempunyai alat yang boleh dikategorikan mesti-ada dalam setiap rumah.

Penapis air yang saya gunakan

Saya percaya anda juga seperti saya, membeli penapis air untuk memastikan seisi rumah mendapat bekalan air minuman yang bersih, tulen dan tidak tercemar. Walaupun dengan penapis air, kita boleh minum terus dari paip tapi saya lebih selesa meminum air yang dimasak terlebih dahulu.

Lagipun, dengan kewujudan pembangunan pesat sekarang ni sumber air bersih makin terhad. Diburukkan lagi pencemaran air di sana sini, maka klorin diguna pakai secara meluas untuk merawat bekalan air di seluruh dunia.

Berbalik kepada penapis air tadi, nak dapatkannya sekarang ni mudah sesangat. Sediakan RM, pilih je mana berkenan antara melambak-lambak penapis air di pasaran dari yang biasa-biasa (harganya dalam puluhan ringgit) hinggalah yang mencecah ribuan ringgit.

Yang membezakannya adalah fungsi sesuatu sistem perawatannya. Macam-macam produk yang menawarkan bukan saja penapisan, penulenan, pengaktifan, berteknologi tinggi hingga berupaya memberi tenaga kepada air yang diminum secara optimum. Ada tu nak hindarkan penyakit pun ada. Canggihkan?

Bukan niat saya untuk bercerita mengenai jenama penapis air tertentu atau mempromosi penapis air yang mana lebih elok sistemnya tetapi mahu berkongsi info mengenai apa yang saya baca dalam akhbar Kosmo! semalam.

Naib Cancelor UTM, Prof Datuk Dr Zaini Ujang menasihatkan kepada mereka yang menggunakan penapis air sebagai sumber minuman supaya membersihkan penapis air sekerap mungkin untuk mengelakkan pembiakan bakteria.

Ini kerana, katanya terdapat kes penapis yang menjadi pembiak bakteria sedangkan ia tidak sepatutnya berlaku.

"Penapis-penapis air akan menyahkan kandungan klorin, tetapi apabila ia kotor, bakteria mula membiak.

"Kegagalan pemiliknya membersihkan penapis dalam jangka masa tertentu mengakibatkan ia tidak membantu meningkatkan tahap kesihatan, sebaliknya memudaratkan diri pengguna sendiri", katanya.

Tambah beliau, perubahan warna seperti kekeruhan pada air yang keluar daripada paip tidak boleh dikategorikan sebagai tercemar sebaliknya ia ditakrifkan sebagai komponen estatika yang tidak memudaratkan.

Dalam pada itu, Zaini turut meminta orang ramai supaya memeriksa tahap kebersihan tangki rumah masing-masing sebelum mengambil keputusa menggunakan penapis air.

Kata beliau, penyelenggaraan air yang sempurna lebih menguntungkan kerana air paip yag dibekalkan di negara ini masih selamat untuk diminum. Lagipun, ia hanya perlu ditukar sekali dalam tempoh 10 tahun.


So, lepas ni sapa yang dah lama tak cuci penapis air tu, pergilah kasi cuci sampai bersih. Kesian kat dia, mesti dah penuh karat kat badan. Yelah...kalau dok mengharapkan penapis tu yang lindung kita - membiarkan hingga setengah tahun baru nak cuci- serupa je kalau tak pakai.

Pesanan khidmat masyarakat, minum ayor masak banyak-banyak pada musim panas ni k.

Wassalam...

4 comments:

  1. "Saya percaya anda juga seperti saya, membeli penapis air untuk memastikan seisi rumah mendapat bekalan air minuman yang bersih, tulen dan tidak tercemar." Saya setuju dengan pandangan anda. Bagi saya, saya percaya penapis air RO boleh membantu saya. Ada beberapa brand di pasaran yang mejual RO tecknologi.

    ReplyDelete
  2. Thanks sudi singgah blog saya, Horlic. Sememangnya setiap yang kita pilih adalah yang terbaik untuk diri sendiri dan keluarga.

    ReplyDelete
  3. Salam,

    Ada sesiapa pernah pakai penapis bio-aura? Nak tanya pendapat sikit. Sila tgok blog ni jap.

    http://bio-aura-nano.blogspot.com/

    ReplyDelete
  4. brand berteknologi tinggi penapisan air sekarang adalah elken. mak saya dah try banyak brand. tapi, result yang terhasil dari elken adalah paling bersih.

    ReplyDelete