05 November 2009

Pedihnya Perasaan Ini!!! (entry menangis dalam hati....)

Ibu dah lama tak menyakiti hati orang dan disakiti. Tak bermakna ibu dulu seorang yang begitu. Dan juga bukan manusia yang bersih dari membuat dosa. Apapun...dosa dan pahala Allah sahaja yang menentukannya.

Namun, bila sudah melibatkan keluarga sendiri, orang yang kita harap menjadi payung berteduh rupanya sekadar langau yang merosakkan dan membiakkan kekotoran di merata tempat.

Sakitnya hati - terlalu pedih sebenarnya bila kita tiada kuasa sepenuhnya untuk membantu menyelamatkan orang yang tersayang. Sesiapa saja mampu mengucapkan perkataan bertanggungjawab, namun sukar untuk melaksanakannya bila tiba masanya.

Di matanya, keluarga kami umpama racun yang melumpuhkan kasih sayangnya. Dia matanya, dia sahaja yang mulia dan berada di pihak yang benar. Dan di matanya, dia yang menentukan seluruh hidupnya tanpa campur tangan orang lain.

Tanpa berfikir secara matang, dia alpa bahawa bila dia berkahwin dia perlu 'berkahwin' dengan seluruh ahli keluarga pasangannya. Ini tidak, sudahlah hendak memunya, dilayannya keluarga kita seperti patung yang tidak berperasaan dan seperti tidak beribu bapa.

Kalaulah manusia boleh melihat masa depan, individu ini sememangnya tidak layak berada dalam keluarga kami. Sebelum dapat, lakunya ibarat malaikat dan sesudahnya barulah terserlah kepuakaannya. (maaf...kesabaran ibu sudah berada ditahap maksima)

Bila nama baik dan maruah keluarga sendiri dihenyak dan dipijak2, apa agaknya anda akan lakukan? Sudah tentu berjuang berhabisan dan membantu ahli keluarga yang kesusahan. Tapi bila dia dah gunakan kuasa veto ala hitlernya apa lagi daya kami?

Bom saja tidak cukup untuk meletupkan individu yang busuk hati, putar belit dan pendendam itu. Hmm...cakap je tak guna. Biar Allah memberi balasan setimpalnya kepada individu yang mempunyai niat yang tidak baik kepada keluarga kami.

6 comments:

  1. Sabar....sabar..Tuhan sedang menduga mu..

    ReplyDelete
  2. salam..
    em siapakah yg membuat ibu khalish angin ni.
    apa2pun bersabar byk2 yer

    ReplyDelete
  3. kak alia,
    perasaan sabar ibu khalish dah lama terperam dan akhirnya dah meletus. huhuhu...walaupun pedih, lega sikit rasanye bila diluahkan.

    ReplyDelete
  4. terima kasih atas keprihatinan kak irfa, individu berkenaan perlu dirahsiakan identitinya bagi menjaga maruah keluarga(yang pasti, bukan cik abang tercinta ibu khalish.

    ReplyDelete
  5. harap bersabar ye..
    ada hikmah di sebalik nyer.

    ReplyDelete
  6. Salam..napa adah? Sabo2...setiap yang berlaku pasti ada jalan penyelesaiannya...

    ReplyDelete