10 June 2013

Mr DIY

Sejak jatuh cinta dengan barangan keluaran Jepun di Daiso, pasti saya tidak ketinggalan untuk mengunjunginya kalau ke Aeon Seksyen 18, Ipoh. Kadang kala tak tahu pun nak cari apa, tapi suka cuci mata barangan yang kiut miut dan selalu juga cakap dengan diri sendiri eh macam ni pun ada. Kagumnya kalau jadi orang Jepun. hehe...jakuns tau.

Dulu, selalu juga jeling-jeling dengan kedai 100 Yen kat depan Ipoh Parade, sejak kahwin sampailah dah tukar kedainya ke Ipoh Garden haram En Bapak tak bawa. Alah, haram tak bawa jelah, bukan dosa pun. Sekarang, saya dah jumpa kedai baru idaman hati. Bukan setakat barangan setanding kat Daiso, harga pun lebih rendah tau.

Mana lagi kalau tak kat Mr DIY. Pada awalnya ingat kedai ni jual peralatan membaiki rumah ke kereta, pastu beli dan buat sendiri. Sekali masuk, ha...macam-macam ada, barang elektrik, kereta, rumah, perhiasan, mainan, aksesori, barangan dapur, eh macam-macamlah.

Barangan yang ada pun bukan setakat dalam negara, luar negara dari Jepun, Korea, China, Turkey dan banyak lagi. Boleh belek tengok made dari mana. Baru-baru ni kami beli berus gigi made in Turkey. Katanya black magic sebab berusnya warna hitam. Scary je mula-mula. Tapi, dah guna macam sedap je time menggosok, boleh lentur mana-mana sisi gigi yang sukar dicapai. (pergh ayat). Berus gigi kanak-kanak pun colourful dan boleh lekat lagi bila ditegakkan. Baru RM1.20 sebatang.
Lepas tu, saya suka beli mainan anak-anak kat sini. Lebih murah dan berkualiti. Yang jenis buku gabus lembut tu tak sampai RM5. Kalau kat luar dah RM10-RM12 harganya. 

Paling saya suka bila dapat berlama-lamaan kat tempat barangan dapur. Sampai boring En Bapak dibuatnya. Perasaan jakun sukar dinyahpergi bila tengok acuan bento (bekal) orang Jepun yang sangat kreatif. Tu..chopstick tu 10 set baru RM2.50. Acuan bento tu pun RM2.90. Kat Daiso pun ada macam ni tapi RM5lah. Kan ke Daiso tu setiap barangnya RM5. 

Orang kata, alah membeli menang memakai. Jadi, kalau terjumpa barangan yang sama tapi harga lebih murah apa salah kita membelinya. Walaupun buat kata En Bapak, entah bila membuatnya namun saya membuktikan bahawa ada gunanya benda ni bila tiba masanya. 

Tengok...tengok...berselera anak-anak makan bila nasi dibentuk sebegini tau. En Bapak nak pun saya boleh buatkan tau, bento - bawa bekal lunch ke ofis nanti. Sanggup?


4 comments:

  1. first time pg sana..borong jugak..sebb semua murah2..

    ReplyDelete
  2. mmg boleh biol mata tgk brg2 dakat DIY..semua cantik2 dan murah..rasa cam nk borong jer semua

    rajin2 jemputla jenguk blog saya pulak ye..:)

    http://superstorevitaminhebat.blogspot.com/

    ReplyDelete
  3. Cik Viva: dari takde apa nak beli, smp sana terus ada apa-apa kan...

    ReplyDelete
  4. hazlina azmi: memang cantik dan murah. terima kasih atas kunjungan. nnti saya jenguk ye.

    ReplyDelete