29 April 2011

Makanan Pelengkap

Hari ini genap hari ketiga Ilhan diperkenalkan makanan pejal pertamanya. Haihh...baru sempat update.

Reaksinya adalah seperti di bawah :




Minuman wajibnya adalah susu ibu. bukan susu cap teko ye, anda tau cap ape. Syukur, rezeki Ilhan murah kerana badan saya masih menghasilkan keperluan penyusuannya dengan mencukupi.

Makanan pejal adalah supplement bagi seorang bayi. Bila usianya menjangkau 6 bulan (180 hari), maka keperluan nutrien yang mencukupi diperlukan untuk membantu tumbesarannya.

Seperti Ilhan yang sebelum ini bergantung sepenuhnya kepada susu ibu kini boleh tersenyum sebab dapat merasa makanan lain. dalam erti kata lain tidaklah terkulat-kulat tengok abang dia makan. Namun, saya berazam memberinya susu ibu hingga usianya dua tahun. Insyaallah.

Informasi mengenai pemberian makanan bayi (6-8 bulan):

Berapa banyak yang perlu diberi?

*1/2 cawan bubur nasi dikisar (bekas plastik dadih yang kecil)

Bagaimana memberinya makan?

*beri selepas bayi menyusu

*sebagai permulaan, berikan dengan jumlah kecil (1/4 - 1/2 susu teh) supaya mereka dapat menyesuaikan diri

* jangan paksa sekiranya bayi menolak

* tingkatkan kuantiti makanan mengikut umur bayi

* beri anak anda makan sebaik saja dia lapar

* berinteraksi dengan anak semasa memberi mereka makan.

Cara Penyediaan:

*makanan yang dipuri dan dikisar sesuai diberi pada minggu pertama semasa makanan pelengkap dimulakan.

*makanan yang dilecek atau separuh pejal sesuai untuk bayi berumur 6-8 bulan.

Cth hidangan: (minggu permulaan)

* puri buah-buahan : epal, pir, mangga
* bubur nasi kosong (dimasak dan dikisar)
* diikuti bubur nasi + ikan bilis goreng tanpa minyak dan dikisar menjadi serbuk.
* kemudian barulah ditambah sayur seperti lobak merah / sayuran berdaun / kentang
* selain isi ayam kisar, boleh diganti daging empuk kisar, namun dicadangkan memberi menu yang sama selama 4-7 hari bagi melihat keserasian anak dan makanan berkenaan.
* Ia juga bertujuan untuk mengenal pasti samada anak elergik dengan sesuatu makanan.
* elakkan penggunaan garam atau gula kepada bayi berusia
bawah setahun.

>sumber: pamplet kementerian kesihatan dan nasihat pembantu perubatan >>rasa macam pakar pemakanan la pulak.

notakaki: now, berat Ilhan 8.25kg (sikit lagi nak sama berat dengan sekampit beras 10kg. kekeke) - tinggi 67cm.

24 April 2011

Tiga Hari Lagi....

Lagi tiga hari anak kedua saya, Ilhan genap 6 bulan. Yahuu...suka sebab makan time dah tiba.

Sangat tidak sabar tunggu 27hb ni sebab nak mulakan suapan pertama makanan pejalnya.

Ok, menu hari-hari pertama beliau adalah puri buah, diikuti puri sayur dan barulah kanji aka bubur. Susu ibu hidangan wajib tau. Anytime anywhere. Ewah...cam slogan lak. Walaupun dah ada pengalaman masa Khalish dulu namun tetap rasa macam baru jadi ibu. hehe...


*Khalish makan time

Sedang mengumpul info dan menelek resepi yang bersesuaian. Mungkin akan mereka-reka resepi sendiri untuk si comel saya itu.

Sabar Ilhan, Ibu akan sediakan makanan sedap untuk kamu.
Makan banyak-banyak bagi montel lagi.

19 April 2011

Saya Tak Ternak Makhluk L!!!

*credit to google - geli nak guna imej sebenar*

Sejak beberapa bulan kebelakangan ni, hidup saya diselebungi 'kegelian' bila tiap kali hujan turun.
Asal masuk je bilik air bawah mesti mata tu terus melilau kat lubang air, kat dinding dan mangkuk tandas. Jirus-jirus air sikit nak tengok ada tak makhluk banyak kaki melepak kat situ.

Kalau ada, harus saya jerit kecil dan buat aksi geli-geliman sambil laju-laju cari penyembur lipas nak 'fire' itu makhluk banyak kaki. Lepas fire ketuk sepenuh tenaga pakai cebok. Dah boleh teka makhluk apakah itu, saya bagi klu ye, namanya bermula dari abjad L. Lipas?? no..no...kalau tak hujan pun dia ada gak.

Jawapannya adalah LIPAN. Ish...meremang je bulu tengkuk saya walaupun tengah tekan keyboard dan sebut dalam hati. *bukan cerita hantu pun boleh guna perkataan meremang tau*. Sejak zaman bebudak hingga kini saya memang fobia dengan haiwan yang melata, berkaki banyak dan jenis lembik-lembik ni. Harus jegil mata besar-besar dan angkat bahu geli-geli sebagai tanda tindakan refleks.

Bila dah jadi mak orang ni, keselamatan anak-anak adalah menjadi keutamaan. Saya risau kalau L tu round sampai ke dalam rumah dan membahayakan keselamatan anak-anak or suami. Dijauhkanlah...

Dah google cari penyelesaian - ada yang jirus air panas kat lubang air, ada yang sembur pakai penyembur lipas dan bubuh cloroc. Semua try dah, tapi yang pasti setakat ni penyembur lipas yang paling berkesan.

Tau je hujan, terus sembur kat lubang dan tepi pintu masuk. Sure pening-pening lipan dan pastu mati kejong bergelimpangan. Kalau 2-3 ekor ok tu boleh tahan lagi, tapi bila dikira-kira dekat 7-8 ekor anak lipan yang ada.

Geli tau, dok terbayang sarang dia kat celah mana dalam salur air tu. Scary...Kata En Bapak, mungkin kawasan perumahan ni dulu asalnya ladang kelapa sawit, tanah lembab dan musim hujan memungkin faktor makhluk tu bermain dalam bilik air kami. Tapi...tahun-tahun sudah tak de pun...???

Tulah, bilik air aku ni bukan taman permainan korang, kan dah kena 'pembunuhan beramai-ramai'.

notakaki: sebelum ni masalah anak anjing masuk rumah selesai dah, ni masalah cik L bilalah nak selesai. mesra alam sungguh taman perumahan nih. agak-agaknya ada tak ubat khas bunuh lipan yer???

18 April 2011

Ibu Khalish - Calon MasterChef Malaysia??

ni calon junior masterchef malaysia

Saya adalah peminat setia rancangan realiti masakan luar negara.

MasterChef, Top Chef, Junior MasterChef, DC Cupcake, Unlimited Cake Off semua saya tengok.

Kalau tanya saya pandai masak, idak le...takat boleh masak-dimakan- dan kadang kala tak berapa nak jadi, tu tolak tepi.

Walaupun begitu saya tetap suka makan dan mencuba menu masakan baru. Saya lagi suka kalau masakan saya tu menjadi, sedap dan ada orang makan dengan penuh nafsu dan minta buat lagi!!

Suami suruh saya cuba masuk,tapi saya segan sebab saya ni amatur tahap paling rendah sekali. Kalau nak masak gulai misalnya, kadang-kadang saya masih rujuk resepi kalau-kalau tertinggal bahan.

Buatnya saya terpilih, kena la pulak ujian tekanan teka nama ikan, lagi la haru dibuatnya. Suami lebih kenal jenis ikan apa sebab dia yang pergi pasar tiap-tiap minggu. Zaman bujang lak, ayah dan mak yang pergi pasar beli ikan. Saya?? Kenal la juga. Tapi konpius antara ikan merah dan ikan kerisi. Tapi paling tak konpius ikan sardin dalam tin. hehehe...

Borang uji bakat online tamat harini. Walaubagaimanapun, boleh datang ujibakat bermula 23 April ini di lima lokasi berasingan. Korang klik sini untuk maklumat lanjut.

Tak sabar nak tengok versi Masterchef versi Malaysia. Harap-harap setanding dengan versi asal. Saya bercadang nak join musim ketiga atau keempat nanti. Mesti time tu saya dah pro. Harap-haraplah...

Khalish @ Setahun 11 bulan

Sejak mengenalpasti hasil kamera hp C3 say tak sharp macam hp nokia lain, mood memblog saya turun sama sekali. Ok, tu salah satu alasan bagi mereka yang bermasalah disiplin dalam dunia blog seperti saya. kekeke...

Baik terus bercerita - sementara dua hero tu tengah lena diulit mimpi.

Di mata saya, Khalish masih seorang bayi yang memerlukan sepenuh perhatian. Mana taknya, jarak usia dia dan Ilhan selang setahun. orang kata tak puas manja lagi dah dapat adik.

Serius cerita, saya pernah berada dalam tahap tekanan yang paling tinggi kerana menjaga kedua-dua anak yang masih kecil. Rasa macam diri sendiri yang terdera.

Dalam rumah ni, rasa macam tak terurus sebab banyak barang satu hal, satu hal lagi ada tukang selerak. Pendek cerita 10 kali kemas, 10 kali kali jugalah dia buat selerak. Pantang kemas sikit, siaplah dia mula baling sana-sini barang macam kapal karam jadinya.

Bila kata "Khalish no...", dia buka almari kasut, ambik kasut Ayah dan pakai dok keliling ruang tamu. Saya susun balik kasut, dia punggah koleksi Vcd dalam almari tv pulak. Tak habis susun vcd dia timbun pulak koleksi majalah saya dari almari buku. Adeh....tekanan mak tau.

Penyelesaiannya, hiasan kecik-kecik ni simpan dalam kotak dan bunga hiasan pun basuh dan balut elok sebab habis Khalish petik buat tabur setaman. Almari kasut dan vcd saya angkut letak kat tangga. Dia tak dapat naik sebab ada pagar. Itu belum bab menyapu...fuh...mencabar betul.

Walaupun aktiviti harian saya dan Khalish hampir sama saban hari, Khalish tetap anak yang saya sayang. Ibu lepok-lepok dan cubit-cubit tu nak mengajar. Biarlah ibu yang buat anak camtu, kalau orang lain maunya saya naik hantu suka-suka-hati nak pukul anak aku. *heh...terkeluar topik ok.

Bab makan, dah pandai memilih. Dia paling suka makanan bergoreng seperti nasi goreng, mee or bihun goreng. Paling dia suka makaroni bolognese. Buah-buah semua dia suka - epal, lai dan terkini durian, semua dipanggilnya "apal..." *tomato dan bawang juga termasuk sekali.* hehehe

Bila nampak Pak Nil dalam tv dia sebut "biak...'*maksudnya bijak (asyik tengok rancangan Clever edisi Malaysia). Selain Upin & Ipin, dia dah boleh layan channel Playhouse Disney, Backyard Science dan BoBoiBoy.

Pantang nampak iklan makanan dia sebut "nak..../ masak.."
Paling tak tahan, anak bujang saya ni berjiwa patriotik.
Asal nampak lagu 1 Malaysia or Bunga Raya, dia mula hentakkan kaki macam askar kawat dan goyang-goyangkan tangan sambil tunjuk satu. *1 Malaysia!!! Bagus berjiwa kenegaraan anak Ibu nih...

Dah faham arahan-* boleh suruh-suruh* ngeh...ngeh...ngeh. Cth ambilkan bantal adik, jom mandi, buka tv, pakai kasut, ambilkan barang itu, ini...Bila adik nangis dalam buai, cepat je dia berlari dodoikan adik sambil sebut "Allah...Allah".

Tu belum lagi gelabah sebab tengok adik dia meniarap dan muka tertangkup. Kalau ada air liur cepat je dia sebut "isu..isu"*maksudnya tisu* nak lap mulut adik yang banyak air liur. Bijak anak ibu, itu la gunanya seorang Abang!!

Jumpa lagi.