28 July 2010

Buah Delima Bagus Untuk Ibu Mengandung???

>kurang rajin nak amik pix delima dalam peties tu, rupanya sebijik cam pix kat atas ni<

Akhirnya...tertunai juga hasrat mengidam saya buat kali kedua nak merasa buah delima (ar-rumman / pomegranate) ni. Kali pertama, masa mak dan ayah datang ziarah MIL baru-baru ni, mak ada bawakan buahnya yang diperoleh dari jiran sekampung. Ada 2 biji yang comel tapi rasanya kelat-kelat buah je. Jadilah lepas hajat.

Semalam OS bawa balik sebakul penuh 20 bj buah-buahan : epal merah, hijau, buah naga, gugusan anggur, pear, kiwi, limau gedang serta sebiji buah delima merah yang sangat besar!! OS kata klik dia bagi dapat masa cover assignment tapi sebab dia dok sorang dan tak larat nak makan semua buah tu, makanya jadi rezeki kami sekeluarga.

Tak sabar nak merasa keenakkan buah delima lepas berbuka nanti, tengok rupa paras merah dan menggiurkan. Harap-harap isinya manis. Lagipun, susah betul nak cari buah delima sekarang ni. Merata cari kat Ipoh tapi tak tau lak celah mana yang ada. Kalau kat KL esp Chow Kitt ada kot. Tapi...ntah bila nak jejak ke sana lak.

Orang kata makan delima (lebih-lebih lagi time preggie ni bagus). Masa Khalish dulu tak lah saya mengidam buah ni, time 2nd Jr ni pula lain macam je mengidamnya. Jom tengok khasiat buah delima ni.

Antara kebaikannya :
*mengelakkan / mengurangkan morning sickness
*memperelokkan rahim
*menghalang pembentukan sel kanser
*mencantikkan kulit
*mencegah dr nyanyuk
*memberi tenaga
*elok utk pesakit tekanan darah tinggi dan rendah
*elok utk sistem penghadaman
*mengurangkan berat badan

+ Orang kata makan buah delima nanti anak cerdik (tak belajar, tak guna gak)
+ Orang kata nanti mata anak cantik & bercahaya. (Syukur, mata Khalish sangat cantik walaupun saya tak makan delima dulu)
+ Untuk penerang hati. Sabda Nabi s.a.w, "Barangsiapa yang memakan buah delima keseluruhannya, sesungguhnya Allah menerangkan hatinya selama 40 hari.
+ Ada orang kata nanti bibir baby masa lahir merah bak delima...
+ Orang kata lagi, dalam satu biji buah delima tu ada satu ulas yang berkat & berguna untuk membinaan otak yang cerdas dan bijak untuk si pemakan, ibu & bayi dalam kandungan...so kalau makan buah delima sebijik tu tak boleh share sebab kita tak tahu ulas yang mana satu yang dikatakan berkat & baik untuk otak
+ Apabila orang melihat wajah anak itu nanti, hati orang akan merasa belas dan kasihan kepadanya...
> dah rasa jus manggis + delima ni, tapi tekak saya tak menyukainya. rasa pelik!! <

#Dari sudut pemakanan, buah delima amat kaya dengan sodium dan mengandungi unsur- unsur nutrien seperti riboflavin, tiamin, niasin, vitamin C, kalsium dan fosforus. Manakala zat protein dan lemak hanyalah sedikit sahaja terkandung di dalamnya. Oleh sebab ia mempunyai nilai pemakanan yang baik, buah delima juga disarankan dimakan dalam mengimbangi pemakanan sempurna dari kelas buah- buahan.

#Sepertimana sabda daripada Nabi Muhammad SAW daripada Ali dan Abu Nu'aim yang bermaksud: "Buah delima dan kulitnya dapat menguatkan perut untuk penghadaman". Jus buah delima dapat memberikan zat kepada tubuh badan serta menyegarkan badan dan ia dapat dihadam dengan cepat kerana sifatnya yang ringan dan akan mengeluarkan haba bersama dengan angin di dalam perut. Oleh sebab itu buah delima tidak disarankan kepada mereka yang menghidap demam. Ia juga bertindak sebagai penawar yang baik untuk cirit birit, anemia, tekanan darah tinggi dan atritis. Di samping itu, buah delima dapat menguatkan jantung dan membantu dalam fungsi saraf dan otot. Oleh kerana itulah, ia mampu menghilangkan rasa keletihan. Di dalam perubatan homeopati pula, buah delima disarankan untuk mengubat cirit birit, sakit telinga dan kurang lawas penghadaman.

“Dan Dialah yang menurunkan hujan..Kami keluarkan daripadanya tanaman yang menghijau, Kami keluarkan pula dari tanaman itu butir-butir (buah) yang bergugus-gugus dan dari pohon-pohon tamar (kurma) dari mayang-mayangnya (Kami keluarkan) tandan-tandan buah yang mudah dicapai dan dipetik dan (Kami jadikan) kebun-kebun dari anggur dan zaitun serta buah delima, yang bersamaan (bentuk, rupa dan rasanya) dan yang tidak bersamaan. Perhatikanlah kamu kepada buahnya apabila ia berbuah dan ketika masaknya. Sesungguhnya yang demikian itu mengandungi tanda-tanda (yang menunjukkan kekuasaan Kami) bagi orang-orang yang beriman.” – Al-An’am:99

Akhir kalam, jom makan buah delima.....tapi, cari sendiri ye, saya ada sebiji je. Sayang oo...nak share.
(sumber n pix : dari google dan sini)

6 comments:

  1. masa ngandung anak pertama dapat makan delima yg bawa balik dr mekah..ayah belikan.
    masa ngandung anak kedua beli sendiri kat Grocery KLCC, sebabnya time tu tak ada yang pg Mekah nak kirim. Cari kat supermaket lain tak jumpa..masa tu sebiji dalam RM10 huhuhu beli jg sebab tau khasiatnya sgt bagus untuk org ngandung. kalau org yg susah pegnen elok makan delima yg dibawa balik dr Mekah..makan jgn share..itu ler petuanya.

    ReplyDelete
  2. ic...nampaknya saya kena sorok-sorok makan ni. thanks akak atas informasi dari pengalaman sendiri.

    ReplyDelete
  3. DAPATKAN JUS DELIMA 100% ASLI.sila layari blog sy http://jusdelima83.blogspot.com @ hubungi aziz 0199311274.10 MKANAN TBAIK DUNIA

    ReplyDelete
  4. “Memberikan kesan dengan cepat”

    Sepertimana yang ketahui bahawa penggunaan delima berfungsi dalam badan manusia untuk mencegah daripada pelbagai penyakit. Tetapi beberapa orang menyedari bahawa nutrisi dan antioksidan yang terdapat dalam delima turut bertindak sebagai Agen Penyembuhan. .

    Delima banyak dikeluarkan dalam bentuk jus yang mempunyai rasa buah sebenar. Apabila memakan delima untuk tujuan penyembuhan, anda perlu memakan biji kerana ia mengandungi vitamin dan nutrisi yang tertumpu di dalamnya.

    Membuang bijinya seperti membuang separuh daripada khasiat yang terdapat dalam delima.

    Delima amat berguna terhadap sistem ketahanan badan kerana mempunyai sumber vitamin dan nutrisi yang berbeza. Kandungan potassium dan polyphenols membantu dalam mencegah radikal yang berbahaya dalam aliran darah. Delima juga mengandungi asid panthothenic dimana ia membantu sel mengambil alih oksigen dan menyahkan toksik.
    Dan ia kaya dengan vitamin B dan C, yang mana ia telah lama dibuktikan dalam meningkatkan fungsi kekebalan (imun).

    Ia adalah Agen Penyembuhan dalam satu buah sama dengan gabungan buah-buah yang lain.
    Sekarang anda dapat melihat delima sebagai;

    “DELIMA Sebagai sumber pemakanan yang hebat”

    Sesuai utk kegunaan seisi keluarga serta kpd anda yg menghidapi masalah kesihatan seperti kencing manis, darah tinggi, jantung & banyak lagi…Insya’Allah.

    “PROMOSI HEBAT!!!!”
    Beli 1 botol 1000 ml dapat 1 botol 1000 ml (diskaun 50%) , Percuma Keahlian dan 1 botol 314 ml.

    *Hanya guna sendiri dan kongsi kebaikan, keuntungan lumayan menanti anda…
    (Pengedar/Stokis diperlukan di seluruh Malaysia)

    Hubungi kami di talian:-
    09-827 2737 / 017-928 2838

    http://al-rumman.blogspot.com/

    ReplyDelete
  5. Assamulaikum...mminta maaf yer...sy ada guna artikel pasal kebaikan buah delima untuk wanita pregnant di fb sy untuk kawan2 sy yg pregnant....
    harap dibenarkan...yq

    ReplyDelete
  6. aizaimra: apa salahnya kita berkongsi maklumat. moga ada manfaatnya pada semua.

    ReplyDelete