11 January 2009

Ragam Ibu Mengandung...

Teman tak pasti samada ia adalah perubahan hormon ataupun simptom 'pembawakan budak' (bak kata orang tua2) apabila bau badan suami teman yang sinonim dengan perfume cap Aramis - suatu ketika dulu menjadi pujaan hidung mancung teman menjadi antara bau yang kurang menyenangkan. Secara automatiknya membuatkan teman rasa mual dan loya.
Berkali2 teman mohon maaf pada suami apabila pelukannya terpaksa teman leraikan segera sambil melepaskan nafas yang tertahan.

Selain itu, termasuk dalam senarai yang turut menyumbang kepada pemabukan teman adalah seperti berikut:
1) Gel rambut suami. (dipakai suami teman dalam kereta sebelum pergi kerja)
2) Tak lalu bau dan makan ayam. (3 bulan suami tak makan lauk ayam yang teman masak)
3) Kulit kayu manis
4) Bau nasi mendidih (hanya lalu makan bubur nasi hampir sebulan)
6) Bau penyegar rumah, dapur dan apa jua bau2an termasuk perfume Britney Spears hantaran kahwin teman tak leh bau.

Jika teman terbau juga, alamatnya tandaslah menjadi tempat paling banyak teman kunjungi dalam sehari. Sabar jelah..

Bagaimanapun, teman masih bersyukur kerana meskipun mengalami masalah berkenaan sekurang2nya tidak berpanjangan hingga 9 bulan seperti dilalui kakak sepupu teman ketika mengandung anak pertamanya. Bayangkan, beliau tidak boleh memandang ke langit sepanjang tempoh berkenaan. Sekiranya beliau terpandang jua, maka rasa pening, loya dan muntah2 akan datang secara tiba2 dan berlarutan beberapa hari....



Belum lagi bermacam cerita seperti si suami yang kena morning sickness, mengidam makan mangga atau sebagainya. Tak dapatkan bayangkan sekiranya cik abang teman kena ragam pembawakan budak ni. Payah lak dia nak pegi kerja nanti.

Namun, masuk bulan keempat semua simptom seperti disebutkan di atas akhirnya beransur2 hilang dan secara tidak langsung mengundang kepada satu fasa baru iaitu 'makan time'.

Sudahnya hingga kini (masuk 6 bulan) berat badan teman sudah bertambah hampir 8 kg!!!
Suami teman sedikit terkejut dengan perubahan berlaku kerana sebelum kami kahwin lagi teman ni jenis payah nak habiskan makanan. Dari zaman2 berdating sampailah kahwin, kadang kala dia yang tolong habiskan makanan teman. Kirenye sekarang ni teman da tak membazir lagi la kan...

Teman membayangkan sekiranya berlaku pertambahan berat badan lagi (hingga due nanti) disebabkan rasa kelaparan yang melampau, silap2 haribulan cik abang teman kena sponsor hantar pegi Slim World lepas tempoh berpantang nanti. hehehe...itu pun kalo dia nak tengok teman slim macam zaman2 sebelum dan awal kahwin la. Kalo tak, Aiman tak kesah....(tidak!!! baju kebaya teman tak muat lagi)

Buah Cinta Kami...


25/9/2008
Hari yang penuh dengan kegembiraan buat teman dan suami. Kebetulan suami teman off hari ni lantas teman memintanya membawa ke klinik selepas hampir seminggu tidak sedap badan termasuklah demam berulang dan kurang selesa di bahagian tekak. Takut juga dijangkiti demam Chikungunya yang semakin menjadi2 ketika itu.

Lantas, suami teman membawa ke sebuah klinik swasta berhampiran. Kedatangan teman yang berpagian itu disambut penuh senyuman warga di dalamnya. Selepas mendaftar dan dipanggil berjumpa doktor, teman 'mengkabokan' pemasalahan dihadapi, diikuti doktor memeriksa suhu badan, tekanan darah serta meminta teman membuang air kecil bagi mengisi keperluan ujian pengesahan kehamilan.

Selepas beberapa minit kemudian, doktor yang bermata empat itu mengucapkan tahniah kepada teman ekoran keputusan urine test mengesahkan teman positif mengandung. Usia kandungan teman dijangkakan kira-kira enam minggu. Syukur...

Kemudian, teman diberitahu akan dibekalkan dengan pil asid folik bagi membantu tumbesaran gigi, tulang belakang dan minda bayi yang teman kandung. Turut disertakan, pil muntah, tahan sakit serta ubat angin sekiranya teman memerlukan kelak.

Usai bersama doktor, teman melangkah keluar untuk menyampaikan berita gembira kepada suami teman yang khusyuk membaca Utusan Malaysia di ruang menunggu. Apa kata doktor? Tanya suami teman. Teman sekadar menjawab, doktor kata tak lama lagi B bakal menjadi seorang ayah. Riak muka suami ketika itu seakan terkejut dan menatap teman agak lama.

Mungkin dia beranggapan teman mengusiknya. Namun, riak wajah itu bertukar dengan senyuman lantas memberikan kucupan kasih di pipi teman. Mujurlah hanya kami pelawat yang ada di klinik itu.

Terima kasih, ya Allah kerana rahmat dan ihsan-Mu yang memberikan rezeki yang tidak ternilai ini. Selepas menjalani bahtera rumahtangga selama 116 hari, akhirnya bibit kasih kami bercambah dan bakal menambah lagi umat manusia di muka bumi ini. Hehehe...

Jika di'flashback' sebulan sebelum itu, teman menghadapi simptom yang sama malah menyebabkan suhu badan teman agak tinggi berbanding biasa hampir seminggu lamanya.

Usahkan air badak cap kaki tiga, buah kembang semangkuk pun suami tercinta usaha carikan bagi menghilangkan kepanasan badan namun selepas menjalani pemeriksaan di sebuah klinik lain di Silibin, doktor mengatakan perubahan hormon yang menyebabkan teman berkeadaan sedemikian.

Ketika itu, suami membuat andaian awal atau mungkin menaruh harapan mengatakan teman hamil. Namun, sedikit kekecewaan kepada kami berdua apabila urine test menunjukkan teman belum berisi lagi.

Lebih menambah kekecewaan, beberapa hari berikutnya teman datang period. Meskipun masih awal usia perkahwinan kami, namun kadang kala teman terfikir betapa beruntungnya mereka yang bunting pelamin!

Nyata...berita kehamilan teman ini menyelubungi atmosfera kegembiraan kami di Ipoh, rumah mentua di PJ dan famili teman di Melaka. Keterujaan kami ketika itu mencapai ke tahap maksima.

Mana tidaknya, teman dan suami adalah anak sulung dalam keluarga masing2, maka bayi ini akan menjadi cucu sulung bagi kedua2 keluarga.

Nampaknya...beberapa bulan akan datang semua orang akan naik pangkat! Semoga kandungan ini dalam keadaan sihat, sempurna dan selamat hingga dilahirkan. Amin...

Mukadimah...


Akhirnya... teman berjaya memiliki blog sendiri.

Walaupun mungkin agak terlewat berbanding blogger amatur dan Otai lain, namun teman amat berterima kasih pada suami tercinta yang banyak memberi tunjuk ajar membangunkan blog ini. Luv u, B!

Harapan di lubuk hati teman blog ini dapat menjadi catatan peribadi maya pada masa depan bukan saja untuk diingati malahan sebagai satu wadah berkongsi pengalaman hidup atau apa jua informasi bermanfaat bagi tatapan semua.

Pada masa sama, semoga blog ini dapat mewujudkan ikatan ukhwah antara teman dan anda semua yang mengikuti blog ini secara langsung atau tidak langsung. Salam perkenalan! Ahlan wasahlan ila blog Sup Tul@ng.